Tuesday, November 13, 2012

Resepi sup Daging Simple


 Bahan-Bahan A:

Daging lembu (Untuk Portion ini saya gunakan tidak sampai  sekilo / lebih tepat kalau direbus akan jadi kira-kira sebesar 2x penumbok orang dewasa)
Sup Bunjut
Kulit kayu manis
3 Sekawan
Bawang merah besar (2 biji) - saiz sederhana besar
Bawang Puith ( 5-6 biji)
2 inci Halia
1 sudu minyak untuk menumis
garam & perasa secukup rasa

Bahan-Bahan B:

Bihun /mee / Lontong
Begedel (untuk resepi klick SINI

Bahan-Bahan C:

Bawang goreng
Daun Sup
Tomato
Sayuran
Taugeh
Limau
Cili Kicap


Cara-cara:

Rebus daging terlebih dahulu. Sambil merebus tu boleh sediakan bahan-bahan lain.
Kisar bawang merah dan bawang puith.( Nak kisar halia sekali pon boleh nak ketuk je pon bole)
Daging yang telah siap direbus, boleh la dipotong / hiris nipis-nips
Tumis 3 sekawan dan kayu manis dalam 10 saat dan tumiskan sekali dengan bahan kisar dalam periuk yang berasingan.
apabila warna bahan tumis agak keperangan / kuning atau naik bau,Tuangkan air rebusan daging ke dalam periuk.dan masukkan sekali daging yang telah dihiris. ( untuk dapatkan jus daging yang lebih pekat)
masukkan juga sup bunjut.
Bila dah mendidih masukkan garam dan perasa secukupnya.
Ok sediakan mangkuk untuk hidangan......
** sayur tak payah celur/ rebus dulu, masukkan sahaja dalam mangkok bersama bahan B & C dan curahkan kuah yang panas ke atas mongkok...banyak vitamin dalam sayur tu yang boleh kita dapat :)




Ini pula resepi untuk baby saya.

Bila sup dah mendidih (tanpa garam & perasa), asingkan sedikit kuah untuk your baby.
Untuk memberi perasa, letakkan sedikit sahaja garam atau hanya letakkan serbuk ikan bilis sudah memadai. Cukup. untuk baby tak perlulah perisa banyak sangat...

Saya gunakan lontong untuk menggantikan menu nasi untuk luch si Cik Almas..

Hah inilah hasilnya.....

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment