Tuesday, November 20, 2012

Manfaat Bangun Awal Pagi..




KEKAL CANTIK DAN SIHAT
Mandi dengan air sejuk boleh membantu menghilangkan lingkaran hitam bawah mata, menyihatkan rambut, menjadikan kuku lebih kuat, sihat dan tidak mudah rapuh. Kulit pun rasa halus dan lebih lembut.

MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Aliran darah yang lancar akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan bertenaga. Aktiviti harian boleh dilakukan tanpa rasa lesu.

MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Bangun pagi boleh mengurangkankan penyakit ini. Jika diamalkan setiap pagi jika di izin-NYA penyakit dapat dipulihkan.

MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Air sejuk membantu melancarkan semula peredaran darah setelah lama berbaring. Sesiapa yang selalu stress boleh cuba cara ini. Ubahlah tabiat mandi pagi sebelum subuh..

MEMBANTU MENINGKATKAN GULA DALAM DARAH
Kandungan al-kartozon dalam darah adalah paling tinggi waktu pagi sebelum matahari terbit. Ia baik untuk tubuh yang mengaktifkan sel dalam tubuh dan menambahkan kandungan gula dalam darah.

MEMBEKALKAN VITAMIN
Tabiat mandi subuh hari untuk membekalkan vitamin serta bagus untuk kesihatan dan kesegaran tubuh.

MEMBEKALKAN TENAGA
Kita digalakkan untuk bangun awal pagi.Sebaik-baiknya adalah sebelum subuh kerana ia membantu membekalkan tenaga serta mencergaskan subuh.



** Banyak manfaat bangun pagi lelebih lagi mandi sebelum waktu subuh, boleh mendirikan solat subuh dengan rasa bertenaga, segar, bersih dan yakin suci....

Sumber: NONA - Nota Sihat tulisan AMY MOHD.


2 comments: