Tuesday, January 15, 2013

Tempat Impian Yang ingin Dikunjungi (Bhg. 2)

Assalamualaikum,

Entri kali ini nak sambung dari tajuk semalam .. Tempat Impian Yang ingin Dikunjungi (Bhg.2) pula.

Pn. Bayu percaya sangat..sepanjang minggu ini sehingga 20 Januari 2013 tentu ramai yang berlumba-lumba untuk menembusi laman sesawang Air Asia untuk menempah tiket ke destinasi pilihan masing-masing....

Ai sendiri pun tidak ketinggalan untuk mencari tiket termurah yang ditawarkan.... Tapi malangnya, hanya saya seorang yang beriya dan bersemangat untuk bercuti. Akhirnya... booking itu di abaikan. Sedih sangat..........

Entri ini ditulis, juga bertujuan bagi meluahkan isi hati untuk berkongsi, tempat-tempat yang sangat pn. bayu ingin lawati selain dari Tanah suci... 

New Zealand,


Cantikkan tulip-tulip tu... Pemandangan yang indah dari gunung-gunung dan ladang-ladang di New Zealand membuat saya jatuh cinta untuk kesana... Pernah menjadi Destinasi "angan-angan" untuk bercuti atau berbulan madu.... ( ketika belum berkahwin)...

Hahhahhaa.... nampak?? angan-angan tinggi belaka... 

Sebenarnya, Pn. Bayu berangan tinggi untuk ke New Zealand suatu masa dulu, bukanlah sebab meletakkan target destinasi untuk berbulan madu apabila lepas berkahwin. Punca sebenar, adalah terlalu banyak menonton filem hindustan.....hahahahahah....

Waktu zaman remaja Pn. bayu, Filem filem Bollywood ni banyak sangat membuat rakaman di sebelah sana (New Zealand) lebih-lebih lagi ketika musim bunga....Subhanallah cantiknya tempat-tempat yang dirakam tu....

Dari situlah menambah angan-angan Pn. Bayu untuk mengenali New Zealand...

Tapi, sekarang ia bolehlah dikatakan sepenuhnya..destinasi angan-angan..

Kerana....., sangat tidak mungkin Pn. Bayu berpeluang untuk kesana... kerana. "Tiada sebab" untuk kesana..hahahahha. 

Ialah, hanya kerana filem Bollywood kah? hanya sebab tulip kah?? Kalau cerita kat hubby sure kena gelak besar....! sedara mara kat sana pon takde...apatah lagi kawan??! memang akan lost laaaa.

Walaupun negara ini (New Zealand) sudah masuk dalam senarai "berangan" Pn. Bayu, tapi ai tetap masukkan dalam entri ini. Sebab ia pernah menjadi destinasi yang sangat ingin dikunjungi. Jadi cukuplah dengan angan-angan dan menonton filem bollywood rasanya sudah sampai ke sana..hahahahaha...

nampak tak??? Pn. bayu kuat berangan kan??? sebab tu jerawat boleh muncul tak kisah waktu & masa .....hahahahahaha (gelak lagi)

Ok... hilang dah sedih buat seketika....(drama betui)... 

jumpa di entri yang lain...

Wassalam...











 


1 comment:

  1. Mana tahu angan-angan jadi kenyataan. Tak mustahil kalau ada izin Allah akan sampai sana.

    ReplyDelete