Monday, January 7, 2013

Melentur buluh biar dari rebungnya....

Assalamualaikum,

Hari ni baru berkesempatan nk buat entri... kesian blog pn. bayu..agak terabai begitu lama...

Pn. Bayu nak berkongsi rasa syukur dan bahagia pn. bayu apabila melihat ananda tercinta cuba mempraktis apa yang dilihat dan apa yang telah baba dan ummi cuba ajar dan tekankan padanya.

Walaupun belum sesempurna mana untuk Almas mendirikan solat.. tapi dia sudah capai / mencari sendiri sejadah mini yang khas digunakan untuknya belajar solat... juga secara automatik Almas akan cari tudung atau topi untuk menutup kepala bila dia nampak ummi atau baba sedang solat.

Syukur Alhamdulillah...semoga Almas lebih memahami apa yang cuba kami tekankan..untuk keseimbangan dunia dan Akhirat.

Jom cuci mata dengan gaya atau aksi Nur Almas Madihah ketika hendak bersolat dengan gayanya sendiri. Beliau tidak mahu ummi bentangkan sejadah untuknya..tapi dia sendiri yang mencari ruang yang selesa untuk beliau bentang sejadah dan bersolat kononnya... inilah yang sempat ummi rakam...



1) Beliau sedang mencari ruang untuk solat.
 

2) Ok dah jumpa ruang... 
 

3) bentang sejadah sendiri... (ummi cuma tolong betulkan arah kiblat je)
 

4) Apabila sejadah sudah terbentang rapi, terus Almas bendiri dan cakap.. "Allahuakbar" (tapi dengan pelatnya la.. "awaba" ) tangan di angkat ke telinga..terus sujud...


 5) Almas bersujud.
 

6) Amin terus masa sujud....anak-anak...(geli hati ummi nak oii.. tak pe..proses belajar)
 

7) Pandangan atas...lama betul almas sujud... solat hajat ke nak..?
 
8) haaa... lepas solat.. sambung main main masak-masak.. kepela still kena tutup..takut rambut jatuh kat masakan...hahahahha... 


Masa ini..walaupun rumah bersepah Almas kerjakan, hati ummi tetap sejuk bila Almas mula berdikari untuk belajar solat... sekarang umur Almas 1 Tahun 6 bulan. Nanti masuk 2 tahun mudah-mudahan banyak lagi tertip yang Almas  boleh buat dalam solat...In Syaa Allah.. Amin.


2 comments: