Assalamualaikumwarahmatullahibarokatuh.....
Lunch tadi baru balik dari GH..menziarah sepupu yang sedang dirawat dalam unit rawatan rapi. Actually pn. bayu melawat mak cik (sepupu bonda pn,bayu) yang telah dimasukkan ke GH minggu lepas. Ketika beliau kritikal, pn.bayu berada di kampung suami...jadi tidak dapat nak jenguk ketika itu. Mujur hari ni diberi kesempatan menziarah dan berjumpa beliau....walaupun hakikatnya beliau sedar atau tidak kehadiran saya dan suami.
Sebelum melangkah masuk ke wad ICU tersebut, pn. bayu berselawat banyak-banyak ke atas junjungan Nabi SAW agar di kuatkan semangat untuk menziarah beliau di dalam wad tersebut.
Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang sedang beliau tanggung sekarang ini. Sebak hati pn.bayu bila melihat keadaan beliau. Badannya dipenuhi wayar dan mesin diletakkan dikiri kanan...Yaa Allah...sebaknya hati saya... tapi masih menahan air mata dari gugur ke pipi.
Kami tidak boleh lama berada di dalam wad berkenaan. kerana ahanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Ketika ini suami makcik telah berada di luar dan bersedia untuk masuk kerana Dr. Ingin berjumpa.
Bila di luar wad, saya berborak dengan salah sorang anak bujang yang menjaga beliau di hospital.
Ketika berborak bertanyakan keadaan makcik, tiba-tiba teringat yang makcik saya ni mempunyai anak kecil berumur sekitar 2 tahun setengah atau 3 tahun gitulah... dan di maklumkan anak kecilnya itu masih menyusu badan. Anak kecilnya itu juga demam akibat rindukan ibunya....arrghhhhh... (kali ini...saya kalah.... kesedihan tidak dapat disorok lagi... akhirnya air mata jatuh juga ke pipi).
Saya pandang ke arah suami saya....nampak juga air muka suami berubah. Mungkin dia faham..kerana Almas juga masih menyusu badan.
Tiba-tiba suami mencadangkan sesuatu... "tak boleh ke kalau you bagi air susu you?"
Walaupun saya ingin membantu...." tapi hakikatnya saya tak dapat nak memenuhi demand since Almas masuk umo setahun 3 bulan" jadi agak mustahil nak supply untuk 2 orang"... lagi pulak... (saya jelaskan pada suami)... anak makcik dah masuk 3 tahun..dia dah kenal susu ibunya, bukan baby lagi... (suami mengangguk faham).
Saya tanyakan lagi kepada anak bujang makcik saya, " jadi sekarang adik kecik minum apa"?
"Kami bagi vitagen je" "sebab nak bagi dia lupa..dan tak carik susu mak....."
Sekali lagi air mata saya gugur.........
------------------***----------------
Bila masuk office balik, dan sedang mengarang entri ini, bonda saya call... katanya Dr. beritahu peluang makcik 50-50.
Bismillahirrohmanirrohim.....
Ya, Allah SWT..aku mohon padaMU ya Allah...sembuhkanlah sakit makcik ku. Ya Allah engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba mu...Jika sembuh adalah terbaik buat makcikku, KAU sembuhkan dia... jika sebaliknya... aku redha ya Allah... Juga aku mohon padaMU, kuatkanlah semangat keluarga makcikku dan anak-anaknya dalam mengharungi ujianMU dinuia ini.
Amin..amin..amin..ya robbalalamin...
Kepada kawan-kawan yang baca entri ini, saya mohon doakan agar makcik saya sembuh..ataupun sekurang-kurangnya aminkan doa saya... semoga Allah SWT memberkati kalian semua...amin.
Sedikit pesanan...kepada perokok tegar, "ingatlah orang yang tersayang" bukan hanya ketika anda sedang memandu dan ingat tagline tersebut... tapi ketika merokok...jika tidak mahu berhenti pon...merokoklah diluar rumah yang jauh dari orang lain..terutamnya orang-orang yang terdekat dengan kita... kerana mereka lah yang paling berisiko menerima kesan dari tabiat anda....... wallahualam..
No comments:
Post a Comment