Monday, April 8, 2013

Jagalah kebersihan agar solat kita diterima...

“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing,
kerana kebanyakan azab kubur berpunca
daripadanya”. Petikan Hadis Nabi SAW.

wahai orang muda mudi sekalian....

Kenapa orang lelaki perlu berdehem selepas
membuang air kecil?

caranya adalah berdehem 3 kali...

hukumnya sunat bagi sesiapa yang kencingnya
berhenti tanpa Istibra'...

tetapi wajib bagi sesiapa yang kencingnya tidak
berhenti tanpa Istibra'...

**tapi sebaiknya diamalkan supaya lebihan air
kencing jatuh (utk memastikan solat sah)

Apa itu Istibra'?

Istibra' adalah cara yang diajarkan oleh Rasulullah saw untuk menghentikan pengaliran air kencing
atau menghabiskan kencing ketika membuang air
kecil.

Caranya adalah dengan 3 kali berdehem-dehem (bersuara kasar sambil meneram pundi kencing, kemudian tolak @ urut urat di bahagian bawah zakar, dari pangkal zakar ke hujung depan zakar, untuk mengeluarkan baki air kencing itu)

atau bangun dan duduk kembali. kemudian cuci kemaluan dengan air bersih.

Istibra' dituntut kepada lelaki sahaja, sementara bagi perempuan cukuplah dengan menunggu seketika sebelum beristinjak atau menekan 3 kali, kawasan ari-ari selepas berhenti pengaliran air kencing kemudian bersihkan kemaluan dengan air bersih.

Faedah-faedah Istibra'...

1. untuk memastikan solat diterima (tidak terbatal
disebabkan terkeluar lebihan air kencing
terutamanya ketika rukuk dan sujud)

2. mencegah masalah Prostate dan masalah
radang jangkitan pada saluran kencing.

“Bersihkanlah kemaluan kamu daripada air kencing,
kerana kebanyakan azab kubur berpunca
daripadanya”.

Hadis ini disokong oleh satu hadis yang lain yang
seirama dengannya;

"Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma dia
berkata: Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui
salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah
atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua
orang manusia yang sedang disiksa di dalam
kuburnya.

Nabi bersabda: “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa
besar.

Kemudian Baginda bersabda: Ya, yang
seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-
bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba.

Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan.

Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah,
kenapakah Engkau perbuat ini? Baginda bersabda:
Mudah-mudahan keduanya diringankan selama
dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah
ia kering”.




























2 comments:

  1. Benar selain memastikan kebersihan istibra' juga dapat menghindar penyakit seperti prostat. Islam sangat menitikberatkan kebersihan dan kesihatan.

    ReplyDelete
  2. owh.. pernah dgr dulu.. dah lupa pon.. thanks puan bayu ingtkan saya semula.. =)

    ReplyDelete