Friday, April 19, 2013

Air Meneral "Sea Master "...??

Assalamualaikum,

Salam Jumaat buat semua,

Entri kali ini saya hendak berkongsi sesuatu yang saya pasti mungkin ramai yang sedia maklum hal ini.. tapi mungkin saya yang agak terkebelakang atau kurang peka akan hal ini.

Semalam dan kelmarin saya bertugas di luar kawasan untuk sebuah program seminar bersama Guru-guru KAFA. Segala perjalanan seminar berjalan lancar.

Bila waktu makan tengah hari, makanan telah dibungkus siap-siap di dalam bekas bersama air mineral berjenama Sea Master. 

Memandangkan En. Suami dan anak tinggal di hotel, saya bercadang untuk mengambil tambahan 2 set bungkusan untuk lunch mereka. 

Sebagai salah seorang AJK, saya perlu memastikan makanan habis diedarkan pada para peserta, dan lebihan set bungkusan disedakahkan kepada pelajar-pelajar yang ada disekitar cafe berkenaan.

Air mineral pula banyak yang lebih, jadi saya ambil beberapa botol untuk bekalan di hotel nanti.

Terkedek-kedek la saya bawa barang termasuk lappy, bag, makanan dan beberapa botol air mineral tadi. 

Tiba-tiba Ustaz memanggil saya dengan muka yang agak serius.

Nama saya disebut...sini kejap, "nanti kalau nak minum air ini..jangan lupa Selawat ke atas nabi dulu yer... baru minum.

Saya jawab " baiklah ustza" dan terus berlalu pergi kerana saya menumpang orang untuk kembali ke hotel, tidak mahu orang tunggu lama di kereta..kerana cuaca sangat panas.

Sepanjang perjalanan, saya dok la pikir.."kenapa ustaz cakap begitu"? ada apa yang tidak kena ke? 

Sampai je kat hotel, saya bagi tau pada en. suami jangan minum dulu air ini, "lepas solat zuhur, bacakan Selawat dan ayat Qursi dulu"... baru kita boleh guna...en. suami pun ikut je...

Hari ini, bila masuk opis balik, terus cari Ustaz .... tanya kenapa ustaz meminta saya untuk berbuat demikian tempoh hari (pada asalnya saya tahu, sure la sebab untuk mengelak benda yang tak baikkan?) tapi saya ingin tahu lebih lanjut...

Jadi Ustaz beritahu, air mineral Sea Master ini adalah antara air yang termurah dipasaran ...betul tak?

Ustaz memaklumkan kepada saya juga, bahawa ada sedikit sumbangan daripada pihak gereja dan ada sedikit campuran "Holly Water" ke dalam air tersebut. Walaupun sedikit.... jika kita tiada pegangan agama dan iman yang kuat... ia akan membuat kita sakit sedikit demi sedikit dari segi rohani dan jasmani ... mencegah lebih mudah dari mengubati...

Jika sudah tahu, maka carilah yang lebih baik dan yang diberkati oleh Allah SWT..

Waallahualam .... Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah yang Maha Besar. In Syaa Allah.

Amin.

10 comments:

  1. nauzubillah, patutlah rasanya juga lain...macam-macam org kafir buat utk menyesatkan kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ros, dulubtak tahu punca, akak siap kena bawak pegi berubat... Bila ustaz cerita hal ini...baru terpikir...dulu simpan stock berkotak air sea master ni kat umah buat air minuman.. Sekarang baru dpt punca....

      Delete
  2. Ya Allah,baru saya tahu.. lama dah tak minum air ni sebab tak ada di kedai. jrg2 dah jumpa. Dulu pon jarang-jarang beli. Thanks Pn Bayu bagitahu.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Betul dear, Pn. Bayu dulu buat air ini stock air minuman sebb masa tu kat rumah belum ada water filter.. siap dapat 1 perkara pelik yang mengganggu Pn. Bayu bila nak solat.. Masa berubat tu ustaz tu bagi tahu pasal anasir yang nak kacau akidah kita.. cuma waktu itu tak tahu pasal air ni... bila dah tahu kan.. baru la faham punca sebenar....

      Delete
  3. guling-II dekat post ni , nanti follow blog ni ok http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/ and comment .

    ReplyDelete
  4. Dah tahu ni baik tak payahlah guna/beli/dapat free pun tak payah ambillah kalau betul ianya fakta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah terdengar pasal campuran hollywater ke dlam air mineral cuma tidak pasti jenama apa. Tak tahu la pula kalau ada jenama lain diluar sana yang sudah tercemar seperti ini.

      Delete
  5. nak cerita sedikit tentang keburukan air RO(Reverse Osomosis)contohnya sea master kt malaysia.ramai yang beli air mineral tanpa mengetahui apa itu air RO,so lepas baca tips ni,nampak je RO jangan beli




    Apakah air RO?
    - Air RO (Reverse Osmosis) adalah air yang paling kosong (air mati). Tiada sebarang mineral atau zat.


    TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
    Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.


    TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!! )
    Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!


    MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
    Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.


    TIDAK ADA MINERAL
    Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral - mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.


    BUKAN AIR YANG SELARAS DENGAN FITRAH KEJADIAN BADAN MANUSIA
    Tuhan lebih tahu air jenis apakah yang paling sesuai dengan fitrah kejadian tubuh badan manusia. Sebab itu suatu ketika dahulu semua air tawar di dunia ini adalah air mineral hidup, bukannya air kosong tanpa mineral. Itulah air yang digunakan oleh manusia terawal termasuklah Nabi Adam as, bukannya air R.O. Kalau air yang bersih tetapi kosong/mati (iaitu air R.O) itu yang paling baik untuk manusia, sudah pasti Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini suatu ketika dahulu tiada mineral dan kosong/ mati seperti air RO.

    ReplyDelete