Assalamualaikum,
Apa kahabar semua pembaca blog Pn. Bayu...
siapa yang terkena dan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas semalam??? kalau ada....banyakkan lah bersabar yer....
Start pukul 5.00 petang langit di sekitar Kuala Lumpur... seolah-olah sedang membaca beban air yang amat berat dan banyak... sekitar 5.10 gitu langit semakin gelap.... hujan juga turun disertakan dengan kilat dan petir...
Baru pukul 5 lebih...tapi cuaca kat luar gelap macam dah malam... memang scary ....
Stuck kat office tidak dapat balik ke rumah kerana hujan terlalu lebat... dalam 5.30 ptg, teman sepejabat bagitau ada air naik kat kawasan parking ... alamakkkk
So, 2 org staf faculty terlibat...kesian... agak terlambat.. air dah naik... ramai juga mangsa banjir kilat ni..... Mujur Pn. Bayu bawa kereta pada hari tertentu je... dan nasib baik semlam naik moto pegi kerja....
Inilah lah dia antara tempat laluan banjir berkenaan. (Waktu ini air dah agak surut sikit hujan pun turun renyai renyai....
Terima kasih pada kawan-kawan yang membantu rakan-rakan yang terjejas dengan kejadian banjir semalam....
Gambar di bawah pula..adalah kejadian pokok tumbang menghempap kereta staf selepas kuala lumpur dilanda hujan lebat dan angin yang sangat kuat (Bulan Mac 2013 yg lalu- tak ingat tarikh bila)
Kalau begini, dah jadi dilema nak parking kat mana??? Parking luar kotak kena Clamp...parking dalam kotak, ada pulak risko yang lain...
Hanya Allah yang tahu....
Kepada semua rakan-rakan sekerja saya yang terlibat secara langsung ataupun tidak dengan bencana alam ini.... Saya berasa simpati atas apa yang berlaku. Semoga Allah SWT menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik buat kalian... Allahhuakbar...
Semoga kalian tabah dalam mengharungi ujian ini.
Semoga Allah SWT melindungi saya dan seluruh keluarga saya, dan juga kalian. Amin.
ya Allah.. bahaya kan. kalau tuhan nak turunkan.. kecil besar, bila2 pun boleh jadi.. tak parking bawah pokok panas, parking bawah pokok hujan tumbang.. hehe. redha je la..
ReplyDelete