Showing posts with label RECIPE FOR MY BABY. Show all posts
Showing posts with label RECIPE FOR MY BABY. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Hasil di Hujung Minggu.. (16-17 Mac 2013)

Assalamualaikum,

Semoga ceria-ceria selalu...

Just nak share gambo-gambo and stori sikit sikit...

Selamat cuci mata ye..

Tak special mana pun...biasa-biasa je..cuma puast hati dapat memasak untuk yang tersayang....

Peace yaww..!!!

  Lauk simple dimple, bukan malas yer.. cuma teringin yang agak simple dan sedap di makan dengan nasi putih panas-panas... laku oii... Untuk almas omelet untuk kami..omelet tumis....(sambal tumis telur sudaaa...hahhaa)

 Breakfast nasi goreng simple je tapi nyumm.. (puji diri sendiri pulak.. :P )


Preparing jenahak Steam... "style Favorite Almas Madihah"..siap hirup kuah cakap..dappnye.... kecoh la anak dara ummi ni..hahahhaha
 
Tadaaa.... cake kukus yang tak menjadi...ini cubaan 1st pn. bayu membaking. rasa dah terbaik..cuma rupa tak macam cake..tapi macam dodol..hahahah

ok tu je... 

wassalam...

Tuesday, December 18, 2012

Spaghetti Olio Seafood - Asian Taste

 Assalamualaikum, hari ni Pn. Bayu nak kongsi resepi pasta yang diberi sentuhan dan citarasa orang asia.... selalu masak style mcam ini, cuma kali ini pn. bayu guna udang..biasanya en. suami  suka rekues guna daging dan sitake mushroom...kali ini guna ikut stock yanga ada...

Ini lah hasilnya... portion ini untuk ummi dan baba almas....

Jom..teruskan membaca entri ini..ai nak kongsi resepi masakan ..mudah saje... *wink*wink*




 Bahan-bahan :
(Jumlah bahan adalah mengikut selera dan kehendak masing-masing)

Spaghetti- dalam secekak (tak kisah jenama apa)
Bawang besar - 1 Biji (potong dadu)
Bawang Putih - 3 Ulas (cingcang)
Cili kering - 10 Hingga 15tangkai (potong besar-besar)
Cili padi - 3-4 tangkai (potong dua..atau cincang kalau nak pedas)
Udang - Segenggam atau 10-15 ekor (buang kulit dan janggut)
Minyak untuk menumis.
garam secukup rasa

bahan sampingan/ optional :
Black Paper
Daun parsley kering.
Daun sup


Cara-Cara:

-Rebus spaghetti dengan sedikit garam...
- Panaskan minyak...
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
- masukkan udang...
- agak-agak udang dah masak... boleh masukkan garam dan serbuk lada hitam
- campakkan cili kering dan cili padi...gaul sehinnga rata...
- masukkan spaghetti dan gaulkan rata...
-campakkan sedikit daun parsley kering jika suka...
- dah siap..boleh hidangkan...dan taburkan daun sup jika suka...
** jaga-jaga ..jangan sampai pedas berapi....




 sekejap je abes...lapaq sungguh....


yang ini pula..untuk Nur Almas Madihah... dok pilih udang je...huhuhu
* no chilli
* no salt
cuma letak serbuk ikan bilis sikit dan tumis udang bersama bawang merah puith..dah siap..sedapp yuu
hahahahaha.........

ok selamat  mencuba...

Tuesday, November 13, 2012

Bihun Goreng untuk baby

Bihun goreng untuk Cik Almas Madihah.


Bahan-bahan A:

Bawang merah (kecil)
Bawang Putih
Ikan bilis
Sedikit olive oil / butter untuk menumis

Bahan-bahan B:

Lobak Merah
Kicap manis sedikit
Kicap masin / soya sos sedikit
Telur (mengikut portion masakan anda) saya gunakan separuh sahaja.
Bihun

Cara-cara:

Celur Bihun dan tapiskan.

Tumbokkan bahan A hingga benar- benar lumat.
Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila naik bau letakkan sedikit air.
Masukkan lobak, masak sedikit hingga air agak2 kering / lobak agak lembut.
(pecahkan telur) Massukkan telur dan gaul sebati, lepas itu masukkan kicap manis sikitttttt..soya sos sikitttt...
seterusnya masukkan bihun dan gaul rata...dan siap.
saya makan pon saya suka...heheheheh

Resepi sup Daging Simple


 Bahan-Bahan A:

Daging lembu (Untuk Portion ini saya gunakan tidak sampai  sekilo / lebih tepat kalau direbus akan jadi kira-kira sebesar 2x penumbok orang dewasa)
Sup Bunjut
Kulit kayu manis
3 Sekawan
Bawang merah besar (2 biji) - saiz sederhana besar
Bawang Puith ( 5-6 biji)
2 inci Halia
1 sudu minyak untuk menumis
garam & perasa secukup rasa

Bahan-Bahan B:

Bihun /mee / Lontong
Begedel (untuk resepi klick SINI

Bahan-Bahan C:

Bawang goreng
Daun Sup
Tomato
Sayuran
Taugeh
Limau
Cili Kicap


Cara-cara:

Rebus daging terlebih dahulu. Sambil merebus tu boleh sediakan bahan-bahan lain.
Kisar bawang merah dan bawang puith.( Nak kisar halia sekali pon boleh nak ketuk je pon bole)
Daging yang telah siap direbus, boleh la dipotong / hiris nipis-nips
Tumis 3 sekawan dan kayu manis dalam 10 saat dan tumiskan sekali dengan bahan kisar dalam periuk yang berasingan.
apabila warna bahan tumis agak keperangan / kuning atau naik bau,Tuangkan air rebusan daging ke dalam periuk.dan masukkan sekali daging yang telah dihiris. ( untuk dapatkan jus daging yang lebih pekat)
masukkan juga sup bunjut.
Bila dah mendidih masukkan garam dan perasa secukupnya.
Ok sediakan mangkuk untuk hidangan......
** sayur tak payah celur/ rebus dulu, masukkan sahaja dalam mangkok bersama bahan B & C dan curahkan kuah yang panas ke atas mongkok...banyak vitamin dalam sayur tu yang boleh kita dapat :)




Ini pula resepi untuk baby saya.

Bila sup dah mendidih (tanpa garam & perasa), asingkan sedikit kuah untuk your baby.
Untuk memberi perasa, letakkan sedikit sahaja garam atau hanya letakkan serbuk ikan bilis sudah memadai. Cukup. untuk baby tak perlulah perisa banyak sangat...

Saya gunakan lontong untuk menggantikan menu nasi untuk luch si Cik Almas..

Hah inilah hasilnya.....

Selamat mencuba.

Sunday, August 12, 2012

western menu untuk Almas Madihah


Waktu ni kengkonon sangat rajin nak bagi anak dara makan western made form home... tup tup dah settle.. dapat call dari adik..ajak berbuka reramai kat umah makcik..together with our grandma sekali... hurmm syok jugak dapat berbuka with big familia....

Banyak juga Almas makan, lelebih lagi brocolli steam ni.. dia sangat suka.dan makan sendiri ok..hikss GOOD GIRL!..

Home made meat ball ni pon sedap gak kalau kita makan.. hahahhaa... veri the angkat bakul sendiri kan? ;P




"gambo dalam pinggan..sebelum transfer masuk thermos..."



"Meat ball sebelum di goreng"

Monday, August 6, 2012

roti kukus untuk anakku

::Roti kukus Anakku::

First time buat roti kukus ni bagikat princess Nur Almas Madihah...
Roti kukus ini dihidang begitu sahaja tanpa ada sos custard... hehehehe

resepi roti kukus anakku:

- Sekeping roti gardenia atau sewaktu dengannya
- telur sebiji
- susu cair dalam 1/2 cawan
- sedikit butter
- kismis
- sosej kecik

cara-cara:

-pecah telur di mangkuk lain...dan campurkan dengan susu cair
- sapu roti dengan butter
- potong roti kecil-kecil (sebab nak dapatkan tekstur kecil..nak bagi budak kecit makan kan)
- susun dalam bekas siap-siap..
- in between roti roti tu..taburkan kismis yang dah dipotong kecil-kecil
- tuang susu dan telur tadi ke dalam bekas yang telah diisi roti..
- susun sosej atas sekali..
- kukus dalam 20-25 minit..


** resepi ini diubah suai mengikut kesesuaian dan stock yang ada dirumah...heehhehehe
selamat mencuba..





hari ini menu tanpa nasi...

Assalam...

Pepagi morning masa nak bangun sahur... malas sangat nak bangun... sangat mengantuk ok.. so sleeepy.. nak tak nak..bangun la jugak pukul 5 am.. sebab pikir perlu makan untuk maintain susu...

Selepas bersahur.. terus pikir naka masak menu apa untuk Alams hari ni... TING!!! (sila imagine mentol lampu menyala di atas kepala)

So decide tak masak nasi hari ni.. kita makan Oat with mix fruit dan roti kukus bersama kismis dan dragon fruit... harap-harap portion yang Ummi sediakan untuk Almas..cukup untuk 3 kali makan sepangjang kat umah BS....

ok tak moh menceceh..panjang lebor... tengok lah gambo ni... gambar di ambil sangat terburu-buru ok..! sebab nak cepat bersiap nak tapau and kluar rumah ..<-- nak elak jem katenye..

tadaa....
Resepi oat with fruit:

Bahan-Bahan yang saya guna:- (sukatan mengikut keperluan anda)

Rolled Oat jenama cosway...
Air
Apple merah (saya guna separuh)
Dragon fruit (sebahagian ikut keperluan)
Kiwi (sebahagian ikut keperluan)

**buah dipotong-potong ye (pilihan buah juga mengikut selera memasing

cara-cara:

Rebus oat dalam 10-15 minit bersama apple merah untuk mendapatkan rasa apple dalam oat,
kalau dah agak masak tutup api.
Taburkan buah-buahan (kiwi dan dragon fruit ke atas oat tadi)



senang kan...? selamat mencuba...





Wednesday, July 25, 2012

salmon grill with white sauce banjir


Pagi ni, agak pening memikior menu untuk Nur Almas Madihah... dah tak tau nak buat apa pulak pagi-pagi subuh ni... seawal pukul 3.00 pagi terjaga.. apa nak masak untuk puteri tercinta.
Tengok dalam fridge .. hurmm ada salmon... ok semalam dah makan sup ayam with vege.. arini makan ikan pulak... ok lets deep frost the fish... sambung tido balik... heheehhe

pukul 5.00 bangun lagi sebab en suami nak bersahur...eh en. suami je? hahahahaha... :p
lepas en. suami bersahur.. terus sambung memasak untuk almas pula.. so oleh kerana dah tak tahu nak masak apa hari ni.. kita masak simple je la..

1) nasi putih
2) Oat kurma and apple
3) Salmon grill with white sauce

Salmon dah tak nampak..sebab white sauce banjir kan? hahahaha....

Resepi salmon grill with white sauce banjir :

- Sepotong ikan salmon
- sedikit unsalted butter (1/2 sudu teh)

(panggang ikan atas fry pan)

sauce :

- Unsalt butter - 1 sudu teh
- bawang putih - 1 ulang dicincang
- bawang holland - sedikit sahaja dicincang
- tepung atta - 1 sudu teh
- susu segar (bergantung pada selera)


panaskan butter dan tumis bawang hingga naik bau,
masukkan tepung atta dan gaul, terus masukkan susu segar..
masak sehingga agak pekat... dah tutup api... senangkan....



Sumber: Blog saya Hot








Friday, July 13, 2012

healthy & Yummilicious menu for my baby

Assalamualaikum...

aku just nak share menu yang agak menarik buat baby 1 tahun keatas... aku sendiri rasa cam suka giler.. hahahahah (masuk bakol...!) bukan apa.. ini series..kita yang dewasa pon suka.. masakan pon penuh dengan vitamin yang menyihatkan... bukan untuk kita je.. untuk si manja juge...

yang ini.. aku gagahkan pepagi.. menyetim ikan untuk yang tersayang... nasib baik campak-campak je...

Menu :

1) Nasi
2) Siakap Steam
3) Broccoli and tofu soup

tadaa.....
senang-senang kang aku bagi resepi....sekarang agak BZ... chooooi.

Thursday, July 5, 2012

Jumaat yang indah dan 3 set menu

Assalamualaikum w.b.t...

semoga jumaat yang indah ini memberi kita peluang menjalankan ibadah dengan istiqamah...insyaAllah...

Hari ini, hari pertama aku tidak membawa H.p..? serius wooo...rasa cam tak lengkap jer.. tapi takpelah... itu semua urusan dunia.. cewah...

nak tau mana h.p aku pegi? hah tu kat samsung service center kat lowyat sana nun.... agak geram jugak memula.. ingat leh settle 1 hari... tapi tidakkk!!! 3-5 hari ok?? sabar je laaa..

Bila tengok keadaan kat sana..huiss.! ramainya orang..dengan problem yang sama? what happen with samsung smart phone ni??.....

So, dengan rasa kesihan dan perihatin oleh en. suami, beliau telah meminjamkan H.p kawan baiknye untuk saya pakai... nak tau kenapa dia sangat concern pasal ni... ? .. sebab petang jumaat ni, aku harus memandu seorang diri ke arah kota damansara (urusan peribadi) , dan esok pula en. suami kena outstation ke johor... so, perlula halooo..halooo dan bertnya kabar...40% khabar aku.. dan 60% lagi khabar anak dara dia...

ok..sekarang aku ada henpon pinjam... tq to pakcik and kak maz, yang membantu dalam selesaikan masalah aku...hehehehe....alhamdulillah.

Ada lagi aku nk stori pada pagi jumaat yang indah ini, aku sangat lah rajin..(demi anandaku Nur Almas Madihah) 3 set MENU ok! ha......... hari ni aku tak masak nasi / bubur untuk dia... aku pon dah bosan... dan mungkin almas madihah pon cam redha je hari-hari makan nasi and sup...

So dengan mood rajin yang agak berganda pagi tadi... aku sediakan.. (tempoh penyediaan 1 jam 30 minit termasuk berfikir/termenung cari idea nk masak apa pepagi ni)

set 1:
Love star bread with strawberry omelet (creamy)

Set 2 :
Oat with apple and Qurma

Set 3:
Pasta with white sauce

Minta maap, gambar nan hado.. sebab aku dah ckp tadi.. tepon aku takde.. nak guna camera canggih malas nak setting...

harap-harap, almas madihah happy dengan menu yang ami buat dengan penuh kasih sayang... hehehehe...

Thursday, May 24, 2012

home made banana pancake!



Homemade Banana Pancake

Hari tu kan, my Ayahda ada bagi pisang yang kecik-kecik tu.. petik dari kebun...Kebun?? bukanlah kebun yang berhektar-hektar tu.. ni setakat 500 sqft...hahahah. Biasalah orang tua..ada tanah kosong... mulalah...berbakti pada tanah... dapat hasilnya kan?

Ok, disebabkan pisang tu agak banyak dan sayang pulak kalau busuk tanpa sempat di makan. Pisang tu pon amat manis dan sedap. Tapi saya tak berapa ingat nama pisang tu..(lol kan!)..

So, jom terus la pada resepi ni... ( saya guna apa yang ada dirumah :P)

Bahan-bahanya:


- Tepung gandum - 1 cawan
- Tepung naik Sendiri - 1 Cawan
- Serbuk Soda penaik ( yg ni saya tidak gunakan sebb dah guna tepung naik sendiri tapi kalau nak tambah lagi pon bole)
- Fresh Milk - 1 Kotak kecil
-Telur - 1 Biji
- Pisang -4 ulas (nak lebih pon bole)
- Gula Caster - 2 sudu
- Butter - 2 sudu

Cara-Cara:

-Bahan-bahan yang berwarna hijau, di campur dan blend kesemuanya
- bahan blend dah sebati, tuang kedalam mangkuk adunan
- masukkan tepung-tepung berkenaan kedalam mangkuk tadi dan gaulkan perlahan-lahan.
- Tuangkan susu perlahan-lahan sambil tangan mengacau adunan
(sekiranya tuan/puan rasa adunan kurang cair, boleh lah sampurkan lagi susu)

** panaskan kuali / fry pan
- ceduk adunan tadi menggunakan sendok dan tuang perlahan-lahan ke atas kuali yang sudah panas.
-buatlah bentuk yang anda gemari...hiks..
- pusing sikit pancake tu...kalau kat bawa dia dah kekuningan, boleh la terbalikkan dia dan tunggu masak di bahagian yg satu 1.
- lepas tu, ulang la semula

dah siap dah... makan begitu sahaja panas-panas pon sedap...tapi bonus jugak kalau ada gravy..haks haks haks...


tips:
Jika anda diluar sana menggunakan sepenuhnya tepung naik sendiri tanpa mencampurkan tepung gandum, so, saya suggest..tak perlulah campur lagi tepung naik sendiri tu yer..sebb dalam tepung tu dah ada bahan tersebut.

Untuk resepi ini gula, susu segar dan butter saya kurangkan sikit..sebab pancake ini juga dihidangkan juga untuk baby saya...

Bahan-bahan lain boleh ditokok tambah mengikit kesesuaian... selamat mencuba















Sunday, May 20, 2012

dragon tofu!


hehehe...amacam? garang tak itu tofu? hiks..

simple je nak buat ni...

bahan-bahan:

- Organic Tofu
- Dragon Fruit (red)

Cara:

- Tofu di bentuk menggunakan acuan cake/ biskut
- ambil beberapa potong dragon fruit dan dipotong dadu
- susun kesemuanya dalam mangkuk
- steamkan selama 5-10 minit.

dah siap.... senang kan???

selamat mencuba :)

Monday, April 30, 2012

Organic Tofu Bear with Kurma Sauce


 

Organic Tofu Bear with Kurma Sauce


Gambar ini di ambil masa first time ummi beri pada almas selain dari puree buah-buahan.. menu ni ummi bagi masa almas masuk umo 7 atau 8 bulan gitulah (maaf tak ingat.. ;p) recipe yang mudah disediakan dan sangat simple.

Resepi:

- Organic tofu ( ambil sebanyak mana yang diperlukan.. kalau rajin buatlah bentuk macam kat atas ni...hahahha)
- beberapa biji kurma

cara-cara:

- rebus kurma sehingga lembut, kurma boleh di blend
- masukkan tofu & kurma dalam bekas tahan panas dan stim selama beberapa minit (10 minit kira ok la kot kalau sos kurma sejuk...)

Tips:
kalau buah kurma diblend, dia dah jadi macam puree kan? so boleh lah campur sekali dengan tofu.. mesti rasa dia manis-manis..baby mesti suka...
boleh campur air rebusan tadi kalau nak puree / sos agak cair..

selamat mencuba.

Alphabet Organic Vege with cheese (baby pasta)


Alphabet Organic Vege with cheese (baby pasta)
(Almas Madihah 10 Month food)

Antara bahan-bahan yang saya guna:

 -2 table spoon pasta (agak-agak untuk sekali makan)
- Air secukupnya untuk merebus pasta
- Garlic & Onion / Holland Onion ( ini saya guna sikit je sebagai syarat)
- 1/3 tea spoon unsalted butter
- 1/3 tea spoon olive oil
( nak guna salah 1 pon ok je..untuk menis je)
- 1 table spoon cheese(nak lebih pon bole)
- Additional vege : baby carrot & broccoli ( kalau nak guna vege lain pon takpe)
- Stock ayam ( yang telah dibekukan dalam ice cube)

cara:
- rebus pasta dah agak masak tapis
- tumis bawang..agak kekuningan masukkan stock ayam dan sayuran.
- bila stock ayam dah agak cair, masukkan pula pasta dan gaul sehingga sebati, nk berkuah sikit ke nak kering sikit ke..mengikut pilihan hati yer..
- last sekali masukkan cheese dan gaul...
dah siap untuk di hidang...

 ** maaf yer kualiti gambar saya kurang menarik..  hehehehe..selamat mencuba








Speacial weekend for my baby

 Assalamualaikum,

Weekend lepas agak istimewa buat baby Almas Madihah, Ummi sangat rajin buat menu baru...
minggu lepas, ummi ketepikan rasa malas tu..hahahah..dan tekat buat 1 menu yang berasaskan telur. Since nurse dah bagi green light untuk cuba telur... oh yeah..!

Cubaan pertama ummi buat puding oat...for breakfast hari sabtu... tidak berapa menjadi sebab cubaan pertamakan...isi semua ok..cuma tak perapa kenyal... tak pe..tak pe..boleh cuba lagi...

Untuk lunch, ummi buatkan pasta pula.. ini first time juga almas makan makanan yang ada cara timusan..ada gunakan bawang..ada gunakan cheese, first time juga gunakan unsalt butter dan olive oil.. hah.....verii the first time kan..??? so lihatla gambar kat bawah... ini lah hasilnya... ;)

( Puding oat & Vege Organic Pasta)


Yang di bawah ni pula.. menu untuk hari Ahad , ummi buat pancake  dan menu luch seperti yang anda lihat.. kekonon nk buat sweedish meet ball.. tapi tak baper nk jadi ball sebab daging agak kurang... (ini pon cubaan pertama Almas makan daging..) so kalau melayu cakap..macam begedel cop la..hahahah kedengaran agak omputeh gak la... tadaaaa..




Ok... nampaknya.. minggu lepas adalah minggu serba cubaan pertama... untuk alaham telur..nampaknya almas ok.. boleh cuba lagi menu berasaskan telur.. ummi gembira Almas Madihah berselera dengan menu-menu baru ini..syukur alhamdulillah...

Wednesday, August 17, 2011

Ceritera...Beberapa JamSebelum Bergelar ibu.....

Assalamualaikum......

13 June 2011 ( Isnin)

Ini ialah hari ke 3...kandungan aku dah terlebih hari..sepatutnye aku due 10 june 2011.... aku masih kerja seperti biasa... kikiki... bebudak opis dok la bebuat teperanjat..coz aku masih gigih lagi datang opis...hahhaha... aku tau mereka concern kot kat mak buyong cam aku waktu tu.....
bila telebih hari... bos aku sorang ni plak yg agak panik yang tak baper panic..tanya...

dialog : Bismil... naper awak ada lagi.. tak bersalin-salin ni..? ( aku takde jawapan...nak tegelak ada la...)

aku pon buatlah keje cam biasa... memang tiada tanda pon nk bersalin... walaupun kepala baby dah engage lame...
(malam dah kat umah) macam biasa.. dah masuk waktu solat manghrib... aku pon menunaikan lah kewajipan itu.. sampai je 2 rakaat..terasa sesuatu yg agak suam-suam mengalir dibawah itu ... selesai bagi salam.. aku cek la suar kecik nun..huh..basah kuyup hokeeyyy... aku agak panic..tapi bole la control... masa tu dok bincang dengan en.suami nak pegi hospital atau tidak..? tapi aku kata..tak pelah..pegi besok.. since aku takde pape tanda.. memang takde sakit langsung... so masuklah ke dapur..masak bihun goreng...nyum nyum nyum..!!!

14 June 2011 (Selasa)

Selepas bersiap-siap.. terus ke klinik KKIA Segambut tengah tup-tup..diorang suh terus pegi GH..so kami pon pegi lah GH...bila dah jumpa misi..misi pulak suh jumpa dengan doktor untuk check-up..apakahyang bocor itu....

Selesai check-up...doktor confirmakan yang leaking itu ialah air ketuban... dan jalan baru bukak 1 cm.. doktor tu kata.. kena tunggu,,dia kena bincang dengan doktor pakar..sbb aku dah leaking dekat 24 hrs dan ada 2x history miscarriage.....lepas pada tu..doc perempuan yang wat check-up tadi panggil aku balik..aku dh sgt berdebar... sbb aku terdengar perkataan czer dari mulut doc tadi... aiyyooooooooo!!!!!!!...

So confirm aku kena admit..hari tu juga... rasa cam menyesal pon ada sebab menyerah diri kat hospital.. bonda pon bebel pesal gi sepital walaupun tak sakit...??? tau tak naper aku gi jugak hospital..?? sebab..lepas leaking malam tu aku terus google xperien orang... kesimpulannya...baik gi jumpa doctor..daripada jadi kes baby lemas, ketuban kering.. etc... kena pulak aku dah due dekat 5 hari.... perasaan aku ketika itu... sangat berdebar ok..!

bila dah admitted, perasaan tu bercampur baur... kena pulak bila tgok doktor pakar tu datang...SEBAB... dia cadangkan aku czer mlm ni jugak??? what theeee....! huh... tapi aku merayu nk try normal... sebab aku yakin aku bole... so doc tu setuju sbb tgok muka seposen aku kot.. tapi, peluang tu sampai esok pagi jer.. kalau jln tak bukak at least 3cm... tiada pilihan... czer la jawabnyer...

malm tu jugak abes 1 wad aku raound baper kali pon tak tau la... siap surat khabar tu aku bacarsambil berdiri dan buat senaman gerak tuk pastikan yang jalan akan bukak ....sblm tu, doc tanya..sakit tak...?? aku jawab tak... ni ada contraction ..sakit tak? doc tu tanya lagi.. aku jawab tak... doc tu pelik sbb ikut ujian CTG kot.. contraction tu tinggi..dan sepatutnya aku dah sakit.. tapi pelik aku lom rasa sakit... what to do? aku pon buat lah muka blur... yang agak blur malam tu.. dalam gelabah tu akhirnya aku redha and tertido jua....

15 June (Rabu)

7.30 pagi :-
Nurse suruh aku bersiap untuk ke bilik check-up...berderau darah babe that time...
so check punya check.. bukaan jalan 2 cm only..itu pon tite lagi... so, tiada pilihan... lepas pada tu nurse suh aku bersedia.. lepas ni tukar uniform..pakai baju OT (doktor tak advise tangguh sebab leaking dah nk dekat 48hrs..takut ada infection kat baby..and oso aku ada 2x sejarah yg aku citer tadi.)
selesai urusan check-up..nurse bagi document tuk aku sign .. aku kata wait for my husband... waktu tu aku dah call daa en. suami... aku macam nak nanges..!
bila dah tukau uniform..aku pon tunggu lah dengan tenang sampai nurse dari OT room amik aku kat wad.. sambil tu berFB dulu... hahahaha..
tunggu punya tunggu dari pagi tu... alih2 pukul 10.00 malam baru diorang tolak aku ke OT room... masa tu aku dah mengantok sangat..lapar..dahaga.. semua ada.. (masa tu banyak kes baby lemas..aku diorang kendiankan..)

masa nurse panggil nama aku yang tengah baring melawan arahdari orang lain..(hahahha....) aku dah agak...tiba masa daaa.. so call husband.. kebetulan dia baru je sampai umah..than patah balik ke hospital.. aku dah bergenang air mata.. sebab layankan perasaan takut... siap minta ampun kat suami by phone sebelum nurse tolak ke OT room... tunggu2 husband lambat sampai.. nurse tak bole tunggu..so terus aje diorang tolak trolly aku ke OT room tu.. (tuhan je yang tahu perasaan aku time tu !)

dalam OT room : punya la takut..sampai badan menggigil...siap doc suh aku relaxs..takut HB naik...sambil tu tak putus2 aku baca apa yang aku ingat... (selesai urusan membius...memotong..mengluarkan baby..) dalam pukul 10.34 mlm...aku terdengar suara baby nanges... pastu doc tu tunjuk baby kat aku..jeng jeng jeng... my baby is GIRL..! hehehe... first time tgok muka baby.. series cam muka aku masa kecik..hahaha pipi dia babam...owh Syukurnya....terima kasih ALLAH atas kurniaan ini...

lepas je kuar dari OT room..diorang tolak aku balik ke wad.. time nk lalu tempat menunggu.. nampak muka en.suami berjalan ke arah aku... nampak mata dia mencari baby.. hiks.. baby masa tu doctor tengah monitor dulu dlam bilik baby...rasa cam taknk lepaskan genggaman suami.

selepas sejam rasanya..diorang hantar baby pada aku yang dah sedia terbaring atas katil kat wad.. first time dapat peluk baby and mnyusukan dia..rasa nak nanges lagi! sebab sebak and happy sangat..mcam tak percaya baby dah kuar...percaya atau tidak..sekarang aku dah jadi UMMI.....

Sunday, August 14, 2011

1st day masuk keja....


Alhamdulillah...

Hari ni first day saya masuk keje... selepas bercuti panjang....cuti bersalin.. bukan suka-suka ok...?
ehem... kita guna bahasa biasa jer la... tak payah ayat baik sangat..bukan ada peraduan pon kan.muhahaha..sebab aku... bukan pandai bercerita...bluuweekkk

Sepanjang bercuti panjang.. banyak cerita nak tulis..nak share..nak luah..semua lah.. tapi malangnya...bukan malang pape pon..hahhaha... sbb table pc kat umah takde internet connection... en suami dah cut off.. sebab guna tenet bu iphone jer.. so nk berblog ni..sangat tidak puas hati..saya ulang... SANGAT TIDAK PUAS HATI....

So far ok lah masuk keje..memula agak berdebar sih..! macam la..baru nk report duty... walhal cuma cuti 2 bulan jer....so hampeh..

dan hari ni jugak gi keje naik motor..after dekat 2 tahun tak penah naik motor..hahahaha.. so sangat kekok jugak sampai pagi tadi terlanggar kete orang..tak sure la kete orang tu luka ke tak? lantak la.... jalan sangat jem okeh...! mujur naik moto...huh legaaa

about my baby..yeah... today she turn 2 month old... luv u sayang!.... oklah nak sambungkeje...
nanti kita story morry lagi... cauuuu