Showing posts with label My HoBBy. Show all posts
Showing posts with label My HoBBy. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Baju raya belum siap..jahit kelim

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan hari yang ke 20.

Bagaimana persiapan raya korang..? baju raya ? kuih raya..? Duit raya..? yayayaya......

Puan Bayu tahun ni tak pening dah dengan Baju kurung raya untuk famili..sebab dah ada.. MIL yang tolong Jahitkan... Alhamdulillah TQ mak...

Cuma, dah lama siap, PB je belum ada masa nak jahit kelim kat tangan dan bahagian bawah baju....



Jadi semalam kena juga curi masa untuk menjahit. Kekok sikit time nak masukkan benang..sebab dah lama tak menjahit.. dekat 3 tahun rasanya..... Dulu rajin sangat  menjahit..tapi jahit manik je la...lip lap lip lap gitewww...ahaks...

La ni tak dan dah nak jahit manik...pastu rasa macam tak secure pulak bila nak gendong Almas...masa kecik-kecik dulu..kang sakit pula kena kepala atau badan dia... 

So, untuk gantikan manik...kita jahit lace je kat baju.... hehehe...

Ada beberapa pasang lagi belum jahit...baju Almas kali ni MIL jahitkan ada dalam 4 pasang baju kurung...vavava...raya sakan anak ummi... cuma baju casual je belum sempat soping... 

Jumaat lepas pegi SOGO, akhirnya keluar gitu je...tak sanggup ramai sangat orang..rasa nak muntah nak pitam....

Harap-harap sempat lah belikan sehelai dua baju casual untuk Anak Daro Den...

In Shaa Allah..

Wednesday, July 24, 2013

Pengumpul Getah

Assalamualaikum Semua..

Sepanjang bulan puasa ni kan, ada tak apa-apa yang jadi rutin atau hobi korang selain dari Ibadah-Ibadah Wajib / Sunat.

Kekekeke...bila bualan puasa ni, kat rumah PB memang akan kumpul getah nasi lemak or getah lauk. Bukan sengaja yer.
hahaha..nampak sangat juadah berbuka puasa lauk tunjuk kan???
Abistu nak buat macam mana..tak sempat untuk masak macam-macam..kalau sempat pun.. yang simple simple je...Tapi bukan bermakna tak sempat langsung yer... hujung minggu PB masak Okeh.!

Ini sikit je... sebab dah tak muat nak simpan kat penyangkut tu (yang lebih tu ke tong sam la jawabnye). 
Sebenarnya..molek juga simpan getah ni untuk kegunaan masa depan.
Sebab, PB suka masak laksa or soto..atau sup-sup gitu..pastu ajak kawan datang rumah...bila diorang nak tapau pape...hah ...masa ni lah nak tunjuk skill membungkus... dan..tak payah cari getah.. susah-susah je.. 
Jimat dah duit untuk kos beli getah...hihi..

Nak story sikit....
Ada satu hari tu..PB masak untuk En. Suami...sebab dah tak tau nk berbuka juadah apa dah kan...So PB masak la mee goreng basah dengan mee siput.. (nyumm nyumm)..Renyah juga sebab semua baru nak beli baru nk kupas baru nk potong kan..kan kan..pastu kalau selak..nak nampak udang la..nampak sayur hijau..sayur oren.. fishcake..tahu and bla bla bla...(bnyak ler bahannye..)
Ngam-ngam dah nak berbuka.... Mee Goreng basah SIAP!!..

En.suami: hah, dah siap dah?
Aku : dah...
En. Suami : dah amik gambar?
Aku : errr..@#&#% 
(rasa macam nak sumbat diri dalam petiais! ) - tingat kat imam muda ashraf punya taskirah.....terkena babe... Haha

hehehehe...

Tuesday, December 18, 2012

Spaghetti Olio Seafood - Asian Taste

 Assalamualaikum, hari ni Pn. Bayu nak kongsi resepi pasta yang diberi sentuhan dan citarasa orang asia.... selalu masak style mcam ini, cuma kali ini pn. bayu guna udang..biasanya en. suami  suka rekues guna daging dan sitake mushroom...kali ini guna ikut stock yanga ada...

Ini lah hasilnya... portion ini untuk ummi dan baba almas....

Jom..teruskan membaca entri ini..ai nak kongsi resepi masakan ..mudah saje... *wink*wink*




 Bahan-bahan :
(Jumlah bahan adalah mengikut selera dan kehendak masing-masing)

Spaghetti- dalam secekak (tak kisah jenama apa)
Bawang besar - 1 Biji (potong dadu)
Bawang Putih - 3 Ulas (cingcang)
Cili kering - 10 Hingga 15tangkai (potong besar-besar)
Cili padi - 3-4 tangkai (potong dua..atau cincang kalau nak pedas)
Udang - Segenggam atau 10-15 ekor (buang kulit dan janggut)
Minyak untuk menumis.
garam secukup rasa

bahan sampingan/ optional :
Black Paper
Daun parsley kering.
Daun sup


Cara-Cara:

-Rebus spaghetti dengan sedikit garam...
- Panaskan minyak...
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
- masukkan udang...
- agak-agak udang dah masak... boleh masukkan garam dan serbuk lada hitam
- campakkan cili kering dan cili padi...gaul sehinnga rata...
- masukkan spaghetti dan gaulkan rata...
-campakkan sedikit daun parsley kering jika suka...
- dah siap..boleh hidangkan...dan taburkan daun sup jika suka...
** jaga-jaga ..jangan sampai pedas berapi....




 sekejap je abes...lapaq sungguh....


yang ini pula..untuk Nur Almas Madihah... dok pilih udang je...huhuhu
* no chilli
* no salt
cuma letak serbuk ikan bilis sikit dan tumis udang bersama bawang merah puith..dah siap..sedapp yuu
hahahahaha.........

ok selamat  mencuba...

Tuesday, November 13, 2012

Resepi sup Daging Simple


 Bahan-Bahan A:

Daging lembu (Untuk Portion ini saya gunakan tidak sampai  sekilo / lebih tepat kalau direbus akan jadi kira-kira sebesar 2x penumbok orang dewasa)
Sup Bunjut
Kulit kayu manis
3 Sekawan
Bawang merah besar (2 biji) - saiz sederhana besar
Bawang Puith ( 5-6 biji)
2 inci Halia
1 sudu minyak untuk menumis
garam & perasa secukup rasa

Bahan-Bahan B:

Bihun /mee / Lontong
Begedel (untuk resepi klick SINI

Bahan-Bahan C:

Bawang goreng
Daun Sup
Tomato
Sayuran
Taugeh
Limau
Cili Kicap


Cara-cara:

Rebus daging terlebih dahulu. Sambil merebus tu boleh sediakan bahan-bahan lain.
Kisar bawang merah dan bawang puith.( Nak kisar halia sekali pon boleh nak ketuk je pon bole)
Daging yang telah siap direbus, boleh la dipotong / hiris nipis-nips
Tumis 3 sekawan dan kayu manis dalam 10 saat dan tumiskan sekali dengan bahan kisar dalam periuk yang berasingan.
apabila warna bahan tumis agak keperangan / kuning atau naik bau,Tuangkan air rebusan daging ke dalam periuk.dan masukkan sekali daging yang telah dihiris. ( untuk dapatkan jus daging yang lebih pekat)
masukkan juga sup bunjut.
Bila dah mendidih masukkan garam dan perasa secukupnya.
Ok sediakan mangkuk untuk hidangan......
** sayur tak payah celur/ rebus dulu, masukkan sahaja dalam mangkok bersama bahan B & C dan curahkan kuah yang panas ke atas mongkok...banyak vitamin dalam sayur tu yang boleh kita dapat :)




Ini pula resepi untuk baby saya.

Bila sup dah mendidih (tanpa garam & perasa), asingkan sedikit kuah untuk your baby.
Untuk memberi perasa, letakkan sedikit sahaja garam atau hanya letakkan serbuk ikan bilis sudah memadai. Cukup. untuk baby tak perlulah perisa banyak sangat...

Saya gunakan lontong untuk menggantikan menu nasi untuk luch si Cik Almas..

Hah inilah hasilnya.....

Selamat mencuba.

The Menu : Request from Big Boy Birthday!


Durian Crepe as a birthday cake






Bihun Sup Daging Special 
(Sebenarnyer ada amik gambo dari Hp en.suami..terlupa plak..inilah hasil air tangan saya buat encik suami.hehehe)



Sup untuk Almas (Guna Lontong)


 Nasi Ayam Ummi


Tuesday, January 25, 2011

Spaghetti Soup with Homemade Fish Ball...


Spaghetti Soup with Homemade Fish Ball... 
(Hidangan Untuk 4-6 Mangkok )

Bahan-Bahan Untuk Membuat FishBall atau Bebola Ikan :

2 ekor ikan tongkol (jika saiznya 5-6 inci) atau boleh guna 1 ekor ikan jika saiznya BESAR.. Tepung Ubi Kayu
Garam atau Perisa

Air ( untuk merebus fishball dan dijadikan soup - agak² lah periuk mana korang nak guna kalau setakat 4-6 orang makan)

Cara membuat Fishball :

1) bersihkan ikan - Buang kepala, tulang & kulit- Asingkan isinya sahaja
2) kisar isi ikan (guna blender kering- Jgn campur air)
3) Asingkan isi ikan yang telah dikisar kedalam 1 bekas yang kering (untuk menguli)
4) campurkan sedikit demi sedikit tepung ubi kayu ke atas isi ikan yang telah dikisar
5) campurkan sedikit garam atau perasa (sedikit sahaja)
6) Uli tepung dan isi ikan sehingga sebati
7) lepas sebati - buatlah bulat bulat besar mana yang korang nak
8) lepastu terus masukkan kedalam air yang telah mendidih itu**
**tips : jgn campur air pada tepung... kalau tepung banyak sgt pon tak berapa rasa ikan... kalau sikit sgt pon susah jugak takut fishball tak melekat... agak-agak jelah yer..
Ketika anda sedang membulatkan fishball, boleh la panaskan air dalam periuk siap-siap..lepas abes membulatkan fishball leh la terus masuk kat air yg telah mendidih itu...

Bahan- Bahan Spaghetti Soup:
( gambar ini untuk hidangan BIG famili)


:- Spaghetti (tidak kisahlah jenama apa yang korang suka) <- rebus la ye..
 

Bahan A:

4-6 ulas bawang putih

6-7 biji buah keras
sedikit lada putih
1 inci halia (lebih kurang la)

1 biji cili merah besar

Minyak masak (Untuk menumis rempah bahan A)

garam atau perasa

Bahan B :

Limau kasturi
Bawang goreng

Daun Sup

Taugeh

Suun (Kalau nak lah)

Cili kicap (Boleh buat sendiri maaa)

Cara Membuat :

1) Tumbuk atau kisar bahan A (bahan ini boleh kisar kat blender basah)
2) Dah kisar tumis pulak bahan A itu yer sehingga garing **
3) bila dah agak-agak garing masukkan sikit air rebusan fishball tadi..kasih didih sikit..
4) pastu masukkan semua bahan yang ditumis tadi kedalam periuk yang anda rebus fishball
5) masukkan kan garam atau perasa
6) gaul hingga sebati dan tunggu mendidih
**tips : semasa menumis rempah / bahan A.. jgn biarkan hingga kering.. agak-agak garing dan diyakini masak secukupnya sudah memadai

Kalau sup dah siap boleh la dihidangkan....

Selamat mencuba... Ini resepi turun temurun punya... ;)

Sutun goreng tepung....

bahan-bahan :

sotong 5 ekor lebih kurang
3 jenis tepung tepung beras,tepung gandum dan tepung jagung
(1 sudu untuk setiap tepung -gaulkan semunya)
telur 1 @2 biji
minyak masak

cara-cara :

1) Potong sotong ikut besar mana korang nak...selalunya 1 sotong sy potong 3
2) gelek sotong pada 3 jenis tepung yang telah di gaul sebati tadi
3) pastu celup kat telur
4)pastu boleh lah gorang...
5) sila jaga keselamatan dan kebersihan kerana dikuatiri sotong meletop2...dan minyak terpercik..

* sori tak de gambar....terlupa nk snap daa...
selamat mencuba..resepi koboi.....

Sambal tumis 3 sekawan..(udang+ikan bilis+petai...)

http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=129324549571



bahan-bahan :

udang (sekitar 500 gram)-> ikut suka la nk bnyak lagik pon boleh..apa jenis udang pon bole juge..
ikan bilis ( agak2 segenggam)
petai (seberapa papan yang anda suke)
bawang merah ( dlm 5 ketul)
bawang putih (2-3 ketul)
cili kering ( dlm segenggam atau 20 batang gitulah)
asam jawa (dibuat air asam jawa dlm 1/2 cawan
gula
garam

--> bawang putih,merah,cili kering (blander skali)

cara-cara:

1) panaskan minyak..(ini penting)
2) goreng dulu ikan bilis dan udang (goreng mana dulu korang suka la...(tos kan la lepas tu)
3) pastu tumis bahan2 yang telah di blander...
4)tumis hingga naik bau / garing (bukan garing mcm ikan okeh!)
5) masukkan air asam jawa
6)tumis lagi sikit...
7)masukkan garam dan gula..( ikut suka mana nak rasa lebey)
8) masukkan petai....udang..dan akhirnya..ikan bilis (last2 agak2 nak tutup api-gaul sebati ye)

sedia untuk di hidang

tips:

1) boleh adjust kalau nak kuah lebih basah atau nk lebih kering (tambahkan air atau tumis sampai agak
pekat dan kering)
2) untuk mengelakkan bau tumis menusuk idung..kalau tak tahan sgt..amik petua ni..
sebelum menumis bahan2 yang di kisar...masukkan sedikit gula pada minyak yang sedang
panas..kemudian barulah masukkan bahan2 yang hendak dutumis..(insyaAllah..bau tumis yg sgt over
tu boleh di kurangkan)

** yang lain2 tu boleh adjust sendiri ikut selera ok...ini kira basic aja.
sbb dah ada ikan bilis so garam dah boleh di kurangkan sikit...jgn lupa jg kesihatan hah.....

selamat mencuba...resepi koboi lagi....

burgedel kiut...

saya ingat2 lupa la....tapi cuba la eh..

bahan-bahan :

1 paket daging kisar (ready made jenama Ramly pon leh guna)

5 ketul ubi kentang ( agak2 besar genggaman)

2-3 bawang putih (cincang halus)

bawang goreng (goreng sendiri lagi sodap tapi kalu malas korang beli jerk kat kedai)

beberapa tangkai daun sup (ikut suka) (cincang)

tepung jagung sikit

serbuk black paper

garam sikit

telur ciken (pecahkan 1 dulu..tak cukup baru pecahkan lagi 1... (ingat..kene berjimat) (sediakan di pinggan lain)

cara penyediaan 1:

1)kentang yang telah di kupas kulit , cuci dan dipotong dalam betuk kepingan tebal..(untuk memudahkan digoreng dan cepat mask)(JANGAN BG GARING!!!)

2) daging kisar di rebus ...dan toskan kan lepastu

3)tumbok kentang yang telah di goreng tadi dan asingkan dalm bekas / mangkok besar

4) apabila daging dah ditoskan...campurkan dengan kentang yang telah ditumbok tadi

5)campurkan semua bahan tambahan (daun sup, bawang goreng,tepung jagung sikit je, letak sedikit garam, sedikit serbuk black paper) gaul sampai sebati....

6) pastu kepal-kepalkan ia..sehingga melekat antara 1 sama lain..

7) bentukkan ikut suka...biasanya orang buat bulat / bujur..kalau korang leh wat bintang ..memang korang terrer...hehehe

8) lepas jer acara mngepal...leh lah panaskan minyak..

9)bila minyak dah panas....burgedel yg dah jadi bulat2 tu...celup dulu dlm telur...baru masuk dlm kuali..

10) tunggu sampai masak..kalau semua dah siap...leh hidang dan makan..pastu jgn lupa kemas dapur...

kira okeh la ni kot..gerenti jadi la.....resepi koboi..dr dapur DDBB..selamat mencuba...

tips: mcm biasa..ikut selera korang nk tambah atau kurangkan mana yang patut..tarak hal munye...





** Maaf hasil yangtelah dogoreng tidak sempat snap... kebuluq dah waktu tu.. :)

Sunday, December 12, 2010

my hobby : Hiking

Salam, sejak dua menjak ni..asyik dok tertengok jer kawan² punya gamba gi hiking sana sini...arrghhhh membuatkan aku rasa cam nk hiking lagi..!!!!! giler babe..dah lama dah tinggal ni...windu sgt nk panjat sana nk panjat sini..cewahhh... banyak kenangan pahit dan manis masa berhiking, bercamping...kuar hutan sana..masuk hutan sini...naik gunung sana..turun bukit sini...yeahhh memang penat..tapi pengalaman dan memori cukup menyeronokkan...beronok..ronokkk!!!!!

one thing for sure.. bnyak experience yang boleh kita blajar tenang flora & fauna...sangat banyak...tapi perlulah belajar dari orang yang banyak pengalaman dan tahu tentang selok belok hutan dan gunung.. jgn main redah je..nanti macam² hal berlaku... di imbas kembali suatu ketika dulu...cewah... sy siap digelar awek laksa... u know y? hehehe sebab saya sanggup masak laksa untuk dinikmati di atas bukit.. kekerapan..tempat bermain dan berkelah...adalah bukit tabur...wahahhahaha... laksa part saya...teh songket and bihun putus...part apis...sandwish...aini...buah buahan...ikut la sapaer nk bawak...wahhhh... best giler...memory..memory..recall recall recall!!!!! hahahaha... sambil menaip ni.. naik syok plak... sampai terlupa sy sedang prengnant....hahahaha...(gelak lagi)..


inilah laksa saya... hihihi..sgt syok menikmatinya diatas gunung atau bukit..yummyyy!



sy tak ingat orang lain dah...hihihihih



tapi saya dah lama tidak aktif semenjak keguguran... :( ada jugak lah skali skala camping.. tapi tak la selasak dulu...maybe cukup tuk lepaskan gian....akekekeke...
kalau diberi pelaung..sy nk repeat balik hobby sy...salah satunyer..nk repeat naik gunung kinabalu...yg dulu rasa tak puas dan tak puas hati...sebb mengalami symptom aper entah..sy lupa namanya... tapi SERIES... NAK REPEAT BALIK GUNUNG KINABALU...!!!!! eh..eh...sgt ligat pulak memori ni berputar mengenang kembali cerita cerita lama... lucu, seram, sedih..marah... semua ada lah..nntilah kalau ada mood bagus..sy catatkan disini expirien² yang sy ingat...owhh sgt banyak.... hihihi