Showing posts with label ALLABOUTALMASMADIHAH. Show all posts
Showing posts with label ALLABOUTALMASMADIHAH. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Iftar di warong ayam penyet (the curve)

Assalamualaikum.....
Salam Ramadhan Hari ke 21....

Semalam dapat jemputan dari aunty zan (actually my close neighbor) dia bahasakan diri Opah bila dengan Almas...Almas oso close with her.... pernah satu hari tu..nanges guling-guling nak ikut opah balik umah...alahai anak....

Banyak kali dah aunty zan plan nak berbuka sama, tapi asik tak jadi sebab masing-masing ada hal...
Semalam dapatlah kami berbuka bersama kat warong ayam penyet the curve...actually auntie zan yang sangat tingin mencuba menu di ayam penyet ni.... kami penah cuba dulu...tapi dah lama dahh..lupa daaa rasa camna..hahahah...

Kami dewasa 3 orang... kanak-kanak sorang... perghhh order memacam..almaklum selera orang puasa...katenye...hikhik...

 order lambat sampai..almas dah ngantok pulak... time orang nak buka puasa... tengok kat meja orang ada keropok... siap naik atas meja minta keropok! keropik!... >_< anak sapa la ni..


 Ini menu yang kami order..nampak sikit...atau nampak banyak..?? ada lagi yang belum sampai.....nafsu ka selera? kahkahkah!

Alhamdulillah, selesai makan, dapatlah jenjalan sekejap kat the curve tu masuk kedai baju budak...  Walaupun masa limit sangat..tapi sempat grab a few baju untuk Almas... kalau tidak..tak tahu lah bila nak fly beli baju raya anak daro....  nak cari jeans je tak jumpa....pastu kira setlle la....


Alhamdulillah... saya suka bila nampak opah Almas Happy..kami pon tumpang gembira.... 

Rasulullah bersabda, Maksudnya :
"Amal yang paling dicintai Allah Taala Adalah rasa gembira yang engkau resapkan ke dalam hati Muslim atau mengeluarkan masalah daripadanya atau membayarkan hutangnya atau mengusir rasa laparnya."
(Riawayat Ibn Abi Al-Dunya Al-Tabarani)

Wednesday, July 10, 2013

Hati kering yang tak menjadi!!

Assalamualaikum, Salam Ramadhan hari ke-2,

Sedih semalam masih berbaki hingga pagi ini.
Sejak kebelakangan ini, Almas kerap sangat nak ngempeng dengan Ummi, bukan waktu tidur je, waktu tengok tv, waktu bermain.... huh. Walaupun kejap-kejap, tapi ummi rasa macam tak larat dah...
Almas dah besar, suction pon makin kuat.... kekadang bukan la sengaja nak menyusu..tapi dah jadi habit...
Ummi bukan taknak bagi dah... tapi ...sakit la... Almas ada gigi taring yang tajam kat belah atas (extra teeth)... aduhhh sakit ummi tau....

Saya dah cuba jarakkan Almas untuk berBF selepas umurnya mencecah 2 tahun.. sebab nak elakkan benda ni jadi habit.. tapi nampaknya dah terlambat.. memang Almas dah jadikan BF habit untuk dia tidur. hatta selepas makan dan menyusu, masih mahu BF... 

Sebenarnya saya bersyukur sangat sebab Allah bantu saya dan kurniakan rezeki untuk Almas menyusu badan sehingga umur 2 tahun... dan hari isnin depan umur Almas 2 tahun 1 bulan.

Akan tetapi, atas faktor kesihatan, dan sebab-sebab tertentu saya perlu fikir semula untuk layan kehendak Almas tidur sambil BF. (kalau tak, tak boleh tidur!)- tapi kat rumah babysitter ok je.....hurmm

Dah lama cuba ajar Almas tidur dengan sendiri tanpa perlu negmpeng bila bersama ummi.. tapi tak berjaya..

Jadi semalam, tetibe meng"keringkan hati" letak sedikit serbuk nescafe kat "situ" ...
Time Almas nak BF je... dia cakap "edas arr mi, lap arr" (pedas la ummi, pastu suh ummi lap)...
Nak tegelak pon ada....tapi feeling kelakar tu bertukar jadi tak keruan.
Almas dok la merengek kekadang nangis dengan suara yang kuat.... (sebab dah mengantuk sangat)
Kesian kat Almas nak tido tapi tak boleh tido sebab tak dapat ngempeng....
Ummi pula tetiba jadi  sedih..kesian anak Ummi....so, saya pegi cuci dan tukar baju, dengan harapan dia kembali macam biasa..
Kali ni try bagi.... tapi Almas menolak jugak.... uuwwaar.... ummi jadi serba salah....SEDIHHHH...
Maafkan ummi ye sayanggg...
45-50 minit lepas tu...ummi pujuk dan tepuk-tepuk Almas....Akhirnya Almas lena....
Ummi tenung Almas.... ummi jadi serba salah sebab nescafe tu... sorry sangattt....

Alaaahai.... namapon hati ibukan, susah nak jadi hati kering untuk kehendak diri.... 
so,kalau petang karang Almas nak ngempeng... ummi rela la... sakit pon sakit la...janji anak ummi happy... 


 Ini gambar lastweek, Almas sangat happy menikmati durian... pengemar durian budak ni... bila nampak durian tepi jalan..siap cakap.. " baba..amashh nak iyan..." ish ish ish..tak padan dengan kecik...
Tu gambar last belah kanan..lepas puas makan durian... boleh pulak lekap tangan kat muka..sambil parody boboo katenye...memang tak jadi marah weii.. hahahha...Almas..Almas....
Almas ni memang pengubat hati ummi...Berlian hati ummi... Sayang sangat kat kamu Almas...muahhh!!

Thursday, May 16, 2013

Unplan Work dimalam jumaat...hahahahaha

Assalamualaikum,

Salam Jumaat buat semua...

tet....bab tajuk tu jangan ada yang membirukan kepala yer... hooo..pantang sebut malam jumaat... :P

kikikikikikii........

Balik keje, encik suami ajak pegi jusco untk cari kasut keje beliau. Tapi...... tujuan itu tak dapat, ummi pulak yang hoverrr soping dihujung-hujung bulan ni.. (untuk kami hujung bulan laa.... >_<) 
Bukan apa, bukan senang tetiba nak pegi jusco.... hahahah... oleh kerana, banyak baju Almas dah agak ngam-ngam kat badan..dan ada juga yang tak muat... Pn. bayu kena lah beli beberapa persalinan baju tido dan baju basahan buat anak dara. Syok sangat sopping yang tak payah nak berebut ni...nak bayar pon tak perlu beratur...

Selak sana..selak sini... hah amik...5 pasang baju terus. Almaklum 50-70% giler tak laju sopping!!! tapi semua untuk Almas.

Mungkin penat sopping dan main kids area tu. Almas pon tido awal... perut kenyang.. so lenaaaaa anak ummi.

Bila anak dara masuk tido awal, la ni lah ummi perlu merajinkan diri mengemas rumah walaupun sampai tengah malam. Tempat yang ummi  attack... Almari baju Almas.... 

Banyak juga baju almas yang dah tak muat ni, rasanya ummi selalu beringat nak beli baju Almas, sebabnya badan Almas tidak membesar dengan begitu mendadak. Perlu pakai baju mengikut saiz pada baju. (Selalunya orang akan amik 1 saiz bigger drp umur kan? 

Beberapa minit kemudian..... aik makin banyak pula kan...???? boleh tahan jugak ni..huhuhuhu

Ok, yang tidak muat harus diasingkan, mungkin boleh digunakan untuk adik Almas nanti. Eh adik??? hahahahhahaha.... In Syaa Allah... kalau Allah izinkan . Pn. bayu perlu ready dari segi fizikan dan mental untuk menambah ahli keluarga.

Ngam-ngam packing dan mengemas... Almas bangun dan merengek nak BF... so, ummi pon perlu join Almas tido...ZZZzzZZZ

Tuesday, May 14, 2013

Susu oh Susu : part 3



maakk aiiii.... hehehe..masuk dah entri yg ke 3.... selamat membaca ye korang.... 

Selepas baca entri ini dan ini agak-agak korang la, berapa banyak susu yang ada dalam simpanan pn. bayu? haaaa...... mungkin banyak la juga.... 

huhu Back to the story, sembelit almas masih belum dapat dinyahhh kan sepenuhnya.... pembuangan najisnya masih belum normal. 

Kami rasa, kami dah cuba mencari penyelesaian secara natural buat Almas. Bagi makan buah, bagi banyak minum air masak.... makan sayur... nak tukar susu... ini semua kalau boleh nak avoid ubat. Tapi apakan daya... mungkin kami perlu mengalah dari segi natural solution.

Oleh kerana poo poo Almas masih tidak normal, jadi kami decide bawa Almas jumpa pakar kanak-kanak. Setakat ini Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Almas serasi dengan ubat dari klinik Dr. Tan ni. (Untuk demam dan selesema).

Bila dah masuk jumpa Dr. terus la cerita kronologi sembelit anak daro den ni... cerita la yang sepatutnya...... So, Dr. bagi nasihat untuk pemakanan Alams. Ubat juga Dr. perlu bagi. 

Jadi inilah ubat-ubatnya.


Ini ubat untuk melembutkan najis. Lactulose kot nama ubat ni. Perlu bagi 3 kali, kalau poo poo nampak ok sikit...kurangkan quantiti dan kalau dah ok..poo poo dah kembali normal.. boleh stop terus.


Yang ini pula Restore (Bakteria baik) untuk pemulihan usus. Ubat ini agak mahal ok. RM 60.00 untuk sekotak. Perlu bagi 1 paket untuk 1 hari setiap pagi.



Hah susu lagi??? Ini pon susu daripada Dr,. Susu yang khas untuk kanak-kanak yang ada masalah seperti Almas. Susu ini perlu dicampur dengan susu Almas (Pedisure) mengikut sukatan yang diberikan oleh Dr. (ini Dr. Tan yang kata yer, jangan terima bulat-bulat apa yang saya nyatakan disini, kerana pengalaman dan pandangan Dr. adalah berbeza mengikut kes).

Sambil tunggu ubat dan bil. Mata Pn. bayu ternampak banyak kotak susu pelbagai jenama. Namapun klinik pakar kanak-kanak. Susu sample mesti banyak. Dengan tak malunya pn.bayu tanya dan minta kalau-kalau ada susu sample percuma.. (nak yang free je..hahaha). 

Jadi untuk umur Almas, hanya susu Friso Gold sahaja yang masih ada, yang lain adalah untuk dibawah umur 1 tahun.


 
 Sudah 2 hari Almas makan ubat dan minum susu campuran tersebut. Semalam tanya Babysitter. Dia bagitau Almas poo poo 2 kali semalam. yang pertama poo poo agak keras dan perlu meneran. yang kali ke 2, agak mudah untuk keluar. Mudah-mudahan ada perubahan positif untuk Almas kembali poo poo dengan normal.

Susu campuran pula, Alhamdulillah dia minum. Buat 5 oz, Almas minum sampai habis. Legaaa sangat.
Tengoklah camne, kalau semakin pulih, mungkin boleh try susu friso ni. (Susu pedisure ni pon dah naik harga..kikiki) bukan nak kedekotlah! tapi nak elakkan sembelit berulang. ( Boleh terima ye alasan ini?) hahahahaha....

 Ok. Itu dulu buat entri kali ni. kita monitor perkembangan Almas untuk beberapa hari. Semoga semunya semakin pulih. in syaa Allah. Amin.


** entri ni macam ada content yang tertinggal je. Untuk makluman, ini entri re-type. sebab tadi terdelete! >_<  huhu


 






Susu oh susu : part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Entri ini berkisah tentang susu lagi.... tapi sebenarnya entri ini sangat berkaitan dengan hal Almas yang kena sembelit dah 3 minggu tak ok lagi ni... 
Patutnya..tajuk kena lah tulis "sembelit" kan... tapi tak pe lah.. sebb ini ada kaitan dengan entri susu oh susu sebelum ini...

Minggu mengundi tempoh hari, kami perlu balik kampung untuk membuang undi....

Dengan rasa confident Almas akan ok minum susu S26. Masa nak cari trial pack untuk S26 ni takde..beli je terus yang dalam kotak (harganya dalam RM27.90 -rasanya -650grm)
Hurmmm rupanya berangan je ummi ni... Almas tak minum langsung.... pendek kata, sepi je susu tu kami tengok.. ( Pn. Bayu rasa sedap je... rasa pon vanila juga... kenapa dia tak mau  yer?)

Oleh kerana balik kampung selama 4 hari... 2 hari pertama langsung tak minum susu. Baba pula risau lebih dari ummi...

Malam pertama kat kampung, pegi makan kat luar...sambil jumpa kawan lama dari German tingin makan mee rebus tulang...kat ZZ tulang (perlu sebut ke?) hahahaaa... 
Belum pun makanan sampai, Almas dah merengek sakit... nak poo poo. Bawa pegi toilet..(almaklum, bukan toilet rumah sendiri..jadi kurang selesa)... lama la dok dalam toilet tu.. poo poo masih tak mau keluar.. Almas dah asyik merengek je... (ummi pon jadi hilang sabar... tapi kena juga sabarr...anak-anak..) sampai sudah tak poo poo.. ( Almas kemut balik kot) @_@

Bila dah 2 hari tak minum susu, En. Suami pon runsing...pastu bawak Almas pegi jumpa doktor untuk dapatkan ubat. Memula. nak je terus pegi farmasi beli ubat masuk ikut belakang tu (enema), tapi koner pegi klinik je la... hurmmm nasib baik tanya doktor, doktor tak suggest pakai enema tu buat masa ini, sebab Enema adalah ubat memaksa najis keluar..dan ia amat menyakitkan.. enema bukan ubat untuk penyelesaian jangka panjang untuk kes Almas.. so dia bagi ubat melembutkan najis je... (lactulose) <-kalau tak silap nama ubat tu ni la.

Pastu doktor consult lagi pasal susu... katanya pedisure dan S26 memang boleh menyebabkan sembelit pada kanak-kanak. So dia suggest, try mamex (similiar macam susu ibu...MACAM je tau) dia seggest ni sebab Almas masih berBF)..

Lepas balik dari klinik...terus cari susu... dan inilah hasilnya...






 Tidak pastilah pula Mamex Gold yang disarankan oleh Doktor tersebut yang ini atau yang lain...tapi macam kami salah beli je.. Pn. Bayu rasa mamex ni..errrrr tak sedap.... hahahahah.... Try pula bagi Snow...ponnnnn tak jalan langsunggg!!!! (Snow pon boleh tahan sedap.).

Bila sepupu Almas sampai Kampung .. kami try bagi rasa susu diorang pula...  (GainPlus Eye Q..tapi diorang punya langkah 4) belasah je la kan...

Bagi kat botol tak mau... bagi kat cawan pakai straw..minum la juga sikit... pastu cuba juga letak dalam botol vitagen.... Budak bijak kan.... tau rasa..... semua kekdah tu..masih tak berjaya sepenuhnya... buat 2 oz pon tak abessss....ligat otak ummi pikir solusi.
Jeng jeng... en. suami pon sudah geram... dia terus pinjam motor FIL, pecut pegi beli susu asal (Pedisure) semula... dan hasilnya.... Almas minum susu sampai habis.. dan siap request nak cucu amiiiii...... see???? back to pedisure...




Hasilnya...minumlah pedisure vanila semula dan almas masih sembelit.... xoxo @_@  ...

ok take 5 jap..cari idea nk buat entri part 3.

daaadaaa...

Wednesday, May 1, 2013

Susu Oh Susu....


Assalamualaikum ....
Apa khabar semua blogger dan blogger reader di sini... saya harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja yer..

Sekarang ni Pn. Bayu tengah runsing la... Almas perlu minum susu yang baru...

Sebab untuk tukar susu...??? dah lebih 2 minggu  rasanya Almas buang air dengan terpaksa meneran..sampai nangis-nangis...kadang-kadang ..kalau kita tengah berdiri... dia datang merengek sambil peluk kaki Pn. Bayu ..pastu menonggeng..macam tengah minta ampun... kadang-kadang yang lagi kesian tu... dia nk pegang tangan Pn.Bayu kuat-kuat..sambil meneran....Alahai kesiannya anak ummi.

Air masak. Almas minum banyak juga... kuantiti scoop susu pon dah kurangkan... still poo poo keras,,,dan kadang-kadang beserta darah... aduhh pening...

Dulu, bila start campor susu.. (Bagi Formulamilk), Almas terus ok. tiada masalah.. dia ok je minum FM ni...atas nasihat Paed and colleges .. Almas diperkenalkan dengan FM ini..Pedisure.





Tapi nampaknya... sekarang susu ini perlu ditukar... Mungkin Allah SWT nak bantu Ummi and Baba..sebab susu ni pon agak mahal.. minggu lepas dah naik lagi harganya... huhu

Atas sebab faktor usia atau sebab-sebab lain... ada juga kawan seorang Jururawat mengsyorkan agar tukar susu FM ni...

Jadi, kami try beri Almas FM yang ini pula.. Sustagen Junior (flvr Vanila)


Kami cuba yang ini sebab ada perisa vanila. So kami anggap mesti Almas suka...dan tidak mengelirukan dia tentang rasa....Tapi........... bila Poo poo... sama jugak..keras... bila nak poo poo sampai nangis nangis..menonggeng bagai...kesian betul.... 

Hah... kami try yang ini pula... agak menarik perhatian, sebab ianya ada sumber dari buah buahan.... Kami berdoa sangat agar ini dapat menyelesaikan masalah Almas.

Harga?? memang sangat menjimatkan. :) 
Ada sikit perubahan yang positif dengan poo poo Almas (ummi gembira sekejap sekejap je) . Tapiiiiiiiii.............. Dia tak suka pula susu ni....!!!! adoiii pening ummi... Risau dibuatnya. Dah berapa malam dia tak minun susu.
Almas minta susu.. ummi lambat sikit buat, merengek rengek siap cakap..cucu...cucu...cucu..
Bila dah bagi susu.. tak sampai 10 saat.. cakap tak nak...
Bila tanya: kenapa tak nak? amas tak nak.. (biasanya dia akan cakap : amas enyang ) so.. memang banyak kali buatkan susu ni... walaupun dia minum, tapi tak penah habis... paling banyak pon separuh.

Nak try susu apa lagi ek.. poo poo dia tak sepenuhnya pulih......kesian kat Almas...

And, anyone boleh suggest tak, kat mana kedai or pasaraya yang ada jual susu dalam tin kecik or trial pack ... kat area umah Pn. Bayu tak adalah... nak terus beli pack besar...kang membazir pula...

toyong...toyong...(pelat almas sebut tolong) ...



** terima kasih pada pemilik gambar susu-susu diatas.. saya google and copy paste...tq yer..

Tuesday, April 9, 2013

Cerita Kompilasi : aktiviti hujung Mac 2013 (part 2)

Assalamualaikum...

Ok nak sambung part 2.... rasa bersalah pulak kalau tergantung...since tajuk lepas ada mention "part 1" hehehehe..

Hah..lepas anak dare jatuh kat I kids club tu...terus keluar dari situ carik tempat makan. Keluar je dari ISetan terus nampak litte penang... sama lavel. so tak payah nak turun naik tanggak or lift bagai...

Bila dah masuk kat Little Penang Restaurant.. Menu pertama nak dicuba ialah LAKSA... saya sangat sukakan laksa....hantu laksa..u knowwww.....




 inilah laksa itu... nampak menarik bukan..??? tapi sayangnya...mungkin nasib saya... laksa ini tawar sedikit dan agak pahit.... potongggg la... so nak naikkan selera... meh ratah cili padi... terus abesss... next time kena rasa lagi laksa ni.... kot la next visit dapat laksa yang superb...




Nasi lemak.... hahahha... kena gelak je dengan en.suami.... membazir je makan tempat mahal-mahal katanya.... ( but my reason ...ala sekali sekala kot.... bukan selalu....tukar selera...)

Lepas je selesai late lunch... kitorang pon pulang ke pangkuan jalan...hahahah balik la rumah.

Sepanjang perjalanan... Almas keletihan, masuk je kete terus tertido...sampai la tiba kat rumah baru dia bangun. pasttuuuuu...







Sampai je rumah....menangis-nangis ajak ke "aman...aman" (taman) .... adoiii sambung lagi main...

Fokus main buaian.... dah berani sekarang main buaian sendiri tanpa ummi /baba pegang....

Sambil bebuai....nyanyi...uai..ajuuuu ajuuu....apai kok naaaaaa....ape ajuuuuu......acummmm lalalallaa.....

Cer teka....lagu apa....hahahahha.....hantam je la labuuuu.....hahahhaha

I love u sayangku Almas...semoga jadi anak yang bijak dan menjadi anak yang solehah....amin..

ok..tu je kot setakat ni..

daaa...

Wassalam....


Wednesday, April 3, 2013

Cerita Kompilasi : aktiviti hujung Mac 2013 (part 1)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan untuk update di sini. 

Minggu lepas aktiviti lebih kepada anak-anak..eh? macam ramai je anak...hehehhe... ye la kalau nak di ikutkan.. dah 3 orang..cuma takde rezeki nak memiliki amanah Allah yang lagi 2 itu... Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik...

OK... minggu lepas bawa Almas ke pesta belon panas. 

Ha...kali ni rasa agak sernok la nak bawak anak dare kat pesta seumpama itu..sebab dia dah pandai respond/meminta/tunjuk/takut/cakap.... 

Start seawal 7.00 pagi.... tapi kitorang sampai sana (Putrajaya) dalam 9.00 lebih... fuhh..ramainya umat... tapi, belon panas tak banyak sangat... hurmmm "krektor" kartun pon ada 1 je kot... so.. dia macam ..so so je la... (ada kawan cakap malam lagi banyak belon naik tapi untuk di tengok je..cant ride).

Oleh kerana panas sangat walaupun baru pukul 10.00 pagi..panas macam pukul 2 petang...jadi..tak lama sangat la berada kat putrajaya... terus ke KLCC sebb ada hajat lain... kalau suka-suka..memang tak sampai  laaaaa....

inilah bukti kami sampai ke putrajaya untuk belon panas... tapi sorry ek..view kurang menarik...hahahahha.

Ok. go to KLCC pula...  terus pergi maxis centre...hoooo...agak lama la jugak... sampai rasa mengantuk... ramai jugak orang yang berurusan kat maxis ni... apa ek agaknya masalah diorang... or mesti ada yang sama problem dengan kami..mingkin kot......


Sampai tertido anak dara I. letih sangat kot. Eh'eh...ada orang sama citarasa warna dengan ummi la... hihi..dia pon tengah tunggu hubby dia juge.

Selesai semua urusan di maxis. so ambil kesempatan untuk jenjalan dalam klcc tu..haaaa... perkara yang jarang dilakukan untuk KLCC daripada kami...kah kah kah kah..

Tengah dok round dalam I Setan... anak dare nampak playground (I Kids club) pulaaaaaaaa ....... RM15.00 (1 jam 30 minit + RM 3.90 (stokin) ...layan jela... so baba kena temankan almas kat dalam tu..dan ummi gunakan waktu itu untuk cari barang yang patut...mostly baju baru untuk Almas.

Tengah belek-belek seluar jean untuk Almas.. dapat emergency call dari baba..waktu itu ummi kat parkson ... huh.. bedebar jantung ni.. baba tak bagitau apa yang berlaku..just  suh naik balik gi i-setan as fast as i can..... #$#@??!*^9$ rasanya masa ni orang tengok ummi berlari.. sure diorang curious juga... :-/
 


Hurmmm..rupanya Almas jatuh semasa cuba memanjat papan gelonsor.. bibir luka.. (besar juga luka dalam bibir tu) see.. tengok kat baju baba pon terkena juga darah..kesian almas....

Masa ummi sampai je..terus mata ummi carik Almas.. muka baru lepas menangis..kat tangan baba ada segumpal tissue yang penuh dengan darah... Alahaiii..kesiannya anak ummi....

Baba kata..lepas jatuh Almas menjerit kuat-kuat... semua orang tengok. Yang ralatnya.. bebudak ISetan tu macam blurr... at least tanyalah.. or hulurkan bantuan "first aid" ke... 

Tak pelah... takdir...
 



Sunday, March 17, 2013

Almas... 21 months



Almas sedang ber-lulur dengan vanilla ais cream... sabar je la ummi..patut la diam je..rupanya tengah buat keje....di sapunya eskem dari kepala sampai ke kaki.... dah! jom mandii.!!! ...
ummi jadi tarzan sekejap.!



Pagi buat ummi jadi tarzan.. petang pula... ??? hahahah... adoii ada hati nak tolong ummi menumbuk yer... esok dah besar harus rajin macam ni yer sayang.... 

In Shaa Allah..amin

Wednesday, March 6, 2013

Rindu anak dara ummi..

Assalamualaikum,

Entri santai.... 
Rindu kat dak Almas Madihah....
kelmarin Almas request nak bag yoyo (peroro)... 
tengah hari karang ummi dan baba try cari ok... 

Luv you buah hati ummi & baba...




Alhamdulillah....
tadaaa... but sorry dear.. ummi & baba jumpa kitty je.. peroro dah abes stock... 
but i'm sure you like it... 
tunggu ummi & baba jemput petang karang eh.... :)

Monday, January 7, 2013

Melentur buluh biar dari rebungnya....

Assalamualaikum,

Hari ni baru berkesempatan nk buat entri... kesian blog pn. bayu..agak terabai begitu lama...

Pn. Bayu nak berkongsi rasa syukur dan bahagia pn. bayu apabila melihat ananda tercinta cuba mempraktis apa yang dilihat dan apa yang telah baba dan ummi cuba ajar dan tekankan padanya.

Walaupun belum sesempurna mana untuk Almas mendirikan solat.. tapi dia sudah capai / mencari sendiri sejadah mini yang khas digunakan untuknya belajar solat... juga secara automatik Almas akan cari tudung atau topi untuk menutup kepala bila dia nampak ummi atau baba sedang solat.

Syukur Alhamdulillah...semoga Almas lebih memahami apa yang cuba kami tekankan..untuk keseimbangan dunia dan Akhirat.

Jom cuci mata dengan gaya atau aksi Nur Almas Madihah ketika hendak bersolat dengan gayanya sendiri. Beliau tidak mahu ummi bentangkan sejadah untuknya..tapi dia sendiri yang mencari ruang yang selesa untuk beliau bentang sejadah dan bersolat kononnya... inilah yang sempat ummi rakam...



1) Beliau sedang mencari ruang untuk solat.
 

2) Ok dah jumpa ruang... 
 

3) bentang sejadah sendiri... (ummi cuma tolong betulkan arah kiblat je)
 

4) Apabila sejadah sudah terbentang rapi, terus Almas bendiri dan cakap.. "Allahuakbar" (tapi dengan pelatnya la.. "awaba" ) tangan di angkat ke telinga..terus sujud...


 5) Almas bersujud.
 

6) Amin terus masa sujud....anak-anak...(geli hati ummi nak oii.. tak pe..proses belajar)
 

7) Pandangan atas...lama betul almas sujud... solat hajat ke nak..?
 
8) haaa... lepas solat.. sambung main main masak-masak.. kepela still kena tutup..takut rambut jatuh kat masakan...hahahahha... 


Masa ini..walaupun rumah bersepah Almas kerjakan, hati ummi tetap sejuk bila Almas mula berdikari untuk belajar solat... sekarang umur Almas 1 Tahun 6 bulan. Nanti masuk 2 tahun mudah-mudahan banyak lagi tertip yang Almas  boleh buat dalam solat...In Syaa Allah.. Amin.


Tuesday, December 18, 2012

Almas Suka Durian...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry kali ni nak cerita pasal Almas makan durian semalam....

Huhu...tak sangka anak dara ai suka makan durian ruapanya.... bukan itu saja..suka pulak minum air dari kulit durian tu..siap ..cakap...lagi... lagi.. lagi.... kenyang minum air kulit derian je nak oi.

  Tengok...sampai boolat..boolat mata dia nak makan durain...




Ni minum air dari kulit durian..nak elak dari panas badan katanye... siap nak lagi...lagi..lagi..pastu dah minum..cakap pulak...urmmm edapnyeeee..... ada pulak lepas minum..siap ada bunyi.." ahhhhh" cis... macam minum fresh oren..nak ahhhhh bagai......


Wassalam...

Thursday, November 15, 2012

Surprise untuk Almas !

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah buat semua...

Semalam genap usia Nur Almas Madihah Setahun lima bulan atau 17 bulan genapppp....

Semalam juga Baba Almas kena keje di hari public holiday.... shooting untuk rancangan memsak katenye... tak sure la ape ke tajuk rancangan tu..katanya untuk siaran TV2...ontahlah den pon tak pasti!

Balik dari keje, En. Suami seperais kan anak dare dengan toy baru... TOY BARU!! ??? bulan ni 3 toy untuk Almas.... adedede...doakanlah ummi dengan baba murah rezeki yer nak....boleh beli toy tetiap bulan tuk Almas... *_* 

Bila dapat mainan baru...pheeww...sangat teruja anak dara ni.


tengok tu , gaya anak dara ai masak, masak kejap je..dok la kira untung memanjang lepas tu..hahhaha...

Gaya dah ada, skill kena gilap lagi... muah!

Mudah-mudahan anak ummi dengan baba ni minat memasak sampai ke beso..rajin toloong ummi masak.... kot la ada rezeki..ada bakat.. bole la Almas masuk Junior Master Chef Malaysia nanti...ahakss...verangan tol ummi almas...ahahahha

Almas sangat teruja and happy yoo... TQ Baba...(almas cakap..che baba)

Wassalam..
 


Monday, October 22, 2012

luv u so much my baby!

Assalamualikum, 
Semoga saudara-saudara ku,para sahabat juga pembaca hasil tulisan saya samada yang saya ketahui ataupun tidak..semoga anda semua berada dalam sihat dan gembira walau dimana kalian berada...

Take five kejap nak posting mengenai anandaku Nur Almas Madihah Mohd Razif. Usianya kini sudah melewati setahun empat bulan...Syukur padaMU Allah, mengurniakan kami anak yang sihat, bijak, dan sangat petah...Allahuakbar. 

Dalam tidak sedar, Almas dah besar.. dah boleh kawan dengan mimi (panggilan baru almas untuk ummi). Rasa macam baru je lahirkan Almas.. 

Mungkin ada betulnya orang tua-tua kata..kalau budak tetiba demam, muntah-muntah atau poo poo ...maybe dia nak ubah laku mean..macam nak tumbuh gigi ker..nak merangkak ker..nak berjalan ker..dan sewaktu  dengannya. Sebab... last month lepas Almas demam dan cibiribi, perubahan dia..mybaby banyak minum susu..makan pun alhamdulillah dah agak banyak dari sebelum ini... bukan tak nak atau nak percaya.. Orang tua kita kan lebih makan garam.. kebetulan pon mungkin boleh jadi... ape-ape pon.. dengan Izin Allah SWT..semuanya boleh jadi kan..kan kan..



Banyak juga perkataan yang Almas dah boleh sebut...selain dari ami dan abah/baba... bila mendengar perkataan yang terlekuar dari mulut Almas beserta pelatnya.. lucu sangat... its ok dear.. keep learning and trying..

ami/mimi = ummi
abaa / babaa = baba
tok = atok
nyenyek = nenek
achum = Assalamualaikum 
Abau/r = Allahuakbar
chacak = kakak
mom mom = makan
dok = duduk
do= tidur
yun/yon = turun (bila dia minta diturunkan kalau sedang didokong)
mik = milk (sambil point kat "situ" for BF)
tek = susu ibu
chuchu= susu (nak milk dalam botol)
chat = cat (kucing)
Bird = Bird (burung)
jan = hujan
inni = ini
jomm = jom
Nonono= no
chun/chachun = kartun
nyaanyak = tak nak (sambil geleng kepala)

Ada perkataan yang sudah jelas pronunciation nye..dan ada yang masih agak german.. dan sekarang Almas suka amik iphone baba dan cakap sensorang sambil jalan-jalan here and there.. kelakar je tengok gelagat Almas..

Almas..Almas..pengubat lara Ummi...mimie doakan Almas sentiasa dilindungi Allah SWT, diberi kesihatan yang baik..dikurniakan akal yang bijak.. jadi anak yang solehah... dan yang penting jadi hamba Allah yang sentiasa beriman padaNYA dan Rasul-RasulNYA..amin

ok mimie Almas nak sambung keje yer...

Wassalam...


Wednesday, August 29, 2012

Anak dareku raya merdeka!!

Salam Aisilfitri buat semua pembaca....
Tahun ni kami beraya kat kampung belah baba... So tak moh cerita panjang... Tengok lah gambar anak dare di syawal pertama dengan semangat merdeka..


Sunday, August 12, 2012

Almas bergaya tudung raya..

Hah...inilah anak dare saya...tengah test tudung raya..hehehehe.. Untuk memastikan dia pakai tudung dengan agak lama...kami dh jumpa key word tu..

Memula Almas sangat taknk pakai tudung.. Im sure..mesti dia rasa rimas.. But..we have to xpose Almas dengan tudung..biar dia biasa nanti..so...bila kitorng pakaikan dia tudung..kena la cakap..eee..cantiknya..cantikkkkk.... Pastu itu minah comel sudah sengih-sengih..dan sambil pegang pegang tudung dan jalan kesana kesini..hehehehe...makan puji budak sorang ni...

** pemakaian boleh dikemas kini untuk masa depan... wink**



we love you sayang...Nur Almas Madihah...