maakk aiiii.... hehehe..masuk dah entri yg ke 3.... selamat
membaca ye korang....
Selepas baca entri ini dan ini agak-agak korang la,
berapa banyak susu yang ada dalam simpanan pn. bayu? haaaa...... mungkin banyak
la juga....
huhu Back to the story, sembelit almas
masih belum dapat dinyahhh kan
sepenuhnya.... pembuangan najisnya masih belum normal.
Kami rasa, kami dah cuba mencari penyelesaian secara natural buat Almas. Bagi makan buah,
bagi banyak minum air masak.... makan sayur... nak tukar susu... ini semua
kalau boleh nak avoid ubat. Tapi apakan daya... mungkin kami perlu mengalah dari segi natural solution.
Oleh kerana poo poo Almas masih tidak normal, jadi kami decide bawa Almas jumpa pakar kanak-kanak. Setakat ini Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Almas serasi dengan ubat dari klinik Dr. Tan ni. (Untuk demam dan selesema).
Bila dah masuk jumpa Dr. terus la cerita kronologi sembelit anak daro den ni... cerita la yang sepatutnya...... So, Dr. bagi nasihat untuk pemakanan Alams. Ubat juga Dr. perlu bagi.
Jadi inilah ubat-ubatnya.
Ini ubat untuk melembutkan najis. Lactulose kot nama ubat ni. Perlu bagi 3 kali, kalau poo poo nampak ok sikit...kurangkan quantiti dan kalau dah ok..poo poo dah kembali normal.. boleh stop terus.
Yang ini pula Restore (Bakteria baik) untuk pemulihan usus. Ubat ini agak mahal ok. RM 60.00 untuk sekotak. Perlu bagi 1 paket untuk 1 hari setiap pagi.
Hah susu lagi??? Ini pon susu daripada Dr,. Susu yang khas untuk kanak-kanak yang ada masalah seperti Almas. Susu ini perlu dicampur dengan susu Almas (Pedisure) mengikut sukatan yang diberikan oleh Dr. (ini Dr. Tan yang kata yer, jangan terima bulat-bulat apa yang saya nyatakan disini, kerana pengalaman dan pandangan Dr. adalah berbeza mengikut kes).
Sambil tunggu ubat dan bil. Mata Pn. bayu ternampak banyak kotak susu pelbagai jenama. Namapun klinik pakar kanak-kanak. Susu sample mesti banyak. Dengan tak malunya pn.bayu tanya dan minta kalau-kalau ada susu sample percuma.. (nak yang free je..hahaha).
Jadi untuk umur Almas, hanya susu Friso Gold sahaja yang masih ada, yang lain adalah untuk dibawah umur 1 tahun.
Sudah 2 hari Almas makan ubat dan minum susu campuran tersebut. Semalam tanya Babysitter. Dia bagitau Almas poo poo 2 kali semalam. yang pertama poo poo agak keras dan perlu meneran. yang kali ke 2, agak mudah untuk keluar. Mudah-mudahan ada perubahan positif untuk Almas kembali poo poo dengan normal.
Susu campuran pula, Alhamdulillah dia minum. Buat 5 oz, Almas minum sampai habis. Legaaa sangat.
Tengoklah camne, kalau semakin pulih, mungkin boleh try susu friso ni. (Susu pedisure ni pon dah naik harga..kikiki) bukan nak kedekotlah! tapi nak elakkan sembelit berulang. ( Boleh terima ye alasan ini?) hahahahaha....
Ok. Itu dulu buat entri kali ni. kita monitor perkembangan Almas untuk beberapa hari. Semoga semunya semakin pulih. in syaa Allah. Amin.
** entri ni macam ada content yang tertinggal je. Untuk makluman, ini entri re-type. sebab tadi terdelete! >_< huhu
Harap-harap dapat meneyelsaikan masalah Almas. Kesian juga bila nak buang air meneran sakit... kalau kita pun tak selesa apa lagi dia masih budak kan..
ReplyDelete