Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Air dan Angin ......

Assalamualaikum,

Apa kahabar semua pembaca blog Pn. Bayu... 
siapa yang terkena dan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas semalam??? kalau ada....banyakkan lah bersabar yer.... 

Start pukul 5.00 petang langit di sekitar Kuala Lumpur... seolah-olah sedang membaca beban air yang amat berat dan banyak... sekitar 5.10 gitu langit semakin gelap.... hujan juga turun disertakan dengan kilat dan petir... 

Baru pukul 5 lebih...tapi cuaca kat luar gelap macam dah malam... memang scary .... 

Stuck kat office tidak dapat balik ke rumah kerana hujan terlalu lebat... dalam 5.30 ptg, teman sepejabat bagitau ada air naik kat kawasan parking ... alamakkkk

 So, 2 org staf faculty  terlibat...kesian... agak terlambat.. air dah naik... ramai juga mangsa banjir kilat ni..... Mujur Pn. Bayu bawa kereta pada hari tertentu je... dan nasib baik semlam naik moto pegi kerja....

 Inilah lah dia antara tempat laluan banjir berkenaan. (Waktu ini air dah agak surut sikit hujan pun turun renyai renyai....  

Terima kasih pada kawan-kawan yang membantu rakan-rakan yang terjejas dengan kejadian banjir semalam....

Gambar di bawah pula..adalah kejadian pokok tumbang menghempap kereta staf selepas kuala lumpur dilanda hujan lebat dan angin yang sangat kuat (Bulan Mac 2013 yg lalu- tak ingat tarikh bila) 

Kalau begini, dah jadi dilema nak parking kat mana??? Parking luar kotak kena Clamp...parking dalam kotak, ada pulak risko yang lain... 

Hanya Allah yang tahu....
Kepada semua rakan-rakan sekerja saya yang terlibat secara langsung ataupun tidak dengan bencana alam ini.... Saya berasa simpati atas apa yang berlaku. Semoga Allah SWT menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik buat kalian... Allahhuakbar... 

Semoga kalian tabah dalam mengharungi ujian ini.

Semoga Allah SWT melindungi saya dan seluruh keluarga saya, dan juga kalian. Amin.

Thursday, March 21, 2013

International Open College - IOC Roadshow

Assalamualaikum wrb...

Salam jumaat buat semua teman-teman di alam maya mahupun di alam nyata...

Semoga bahagia dan gembira menjalankan ibadah hari ini.

Semalam, PB (PUAN BAYU) terlibat dengan aktiviti pemasaran bagi membantu menaikkan nama our sister college.

International Open College (IOC) dulu dikenali sebagai Granada International College (GIC) tapi penjenamaan semula telah dilakukan dan kini dikenali sebgai IOC.

Kenapa PB kena ikut roadshow ni ...?

Haaa... pada mulanya memang rasa macam tak logik..sebab PB bukan staff IOC pon...hahaha...Tapi ini sebahagian dari usahasama staf OUM untuk membantu pihak marketing membuat promosi bagi kolej IOC ni. IOC ni kira macam adik kepada OUM..dan fokusnya adalah kepada calon-calon lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran di peringkat diploma..dan secara sepenuh masa.

Sharing is caring maaaa.......

Penat? yes memang penat...tapi ini juga sebahagian pengalaman yang sangat berharga... yang mungkin diperlukan suatu hari nanti. yang penatnye dari faktor lain pula..sebab nak kejor kan bebudak tu....untuk dapatkan semula borang oren tu... huh bepoloh den...

Apa pon thanxs for my marketing department yang bagi peluang ni kat PB... banyak lagi yang perlu dipelajari...

So, PB kongsi sikit suasana kat sekolah yang dilawati semperna pengumuman keputusan SPM 2013.

Lokasi PB and Partner: SMK SRI SERDANG , Sri Kembangan Selangor.
Seramai 30 pelajar cemerlang kat sekolah berkenaan...4 orang pelajar mendapat 9 dan 10 A Tahniah PB ucapkan...


Jumlah Pelajar yang mengambil SPM 2012



Booth mini kami... dan ada juga beberapa booth dari kolej-kolej lain.


Inilah suasana di dewan sebelum dan selepas keputusan dikeluarkan.



SMK Sri Serdang.
menu yang ditunjukkan, mengimbau kenangan saat bergelar pelajar di SMKPT...
rindunya zaman sekolah.. :P

Click here for more info about IOC: