Sunday, December 16, 2012

my role in OUM KONVOKESYEN- 13 (MK13)

Assalamualaikum,

Sudah beberapa hari tidak dapat jenguk blog. Agak sibuk. Apabila OUM akan/ buat majlis Kovokesyen...secara tidak langsung ai pon akan terlibat... 

Walaupun role yang dipegang tidaklah besar mana, tapi ia sangat terkesan apabila terdapat kepincangan disitu....haa... role yang dimaksudkan adalah "anak kundang"

Pernah dengar tak istilah "anak kundang" ?? Ok, istilah ini kami gunakan untuk mereka-mereka yang dilantik sebagai "anak kundang" iaitu tugas seperi dayang yang duduk di tepi atau belakang raja / permaisuri. Ai tak pasti dari mana istilah ni diperolehi...tapi, istilah yang telah digunakan dari mula-mula role ini diperkenalkan dalam MK (Majlis Konvokesyen) yang pertama dulu... dan istilah "anak kundang" melekat sehingga hari ni.....

Yup... ai telah bertugas sebagai anak kundang dari mula MK di adakan... yang pertama dulu sebagai pelakon dan backup (tugas utama adalah penyambut tetamu). Berhenti rehat sebagai "anak kundang" sebab terpaksa direhatkan ketika itu sedang menjadi mak kundang....<---hahahha... ate ai merendong da...so terkecuali dari tugas... 

Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang jadi anak kundang ni... dari zaman Arwah Tun Endon Mahmood...sehingga la ke Tun Jean ...dan Tan Sri Azman .... Tak tahu la ye..kenapa kali ni ai rasa nak menulis tentang "anak kundang" ni... banyak pengalaman pahit dan manis ketika menjalankan tugas...
Antara pengalaman yang ai lalui la kan... skrol terjatuh masa kat stage...hah camner nak amik tu? ciss malu betul time tu....
Kaki masuk loobang (celah-celah antara stage utama) hampir-hampir nak tergolek....malu lagi.....
Ada 1 masa tu, ketika itu Tun Jean yang beri skrol pada pelajar, seorang pelajar OKU naik untuk terima ijazah beliau...sampainya depan Tun, beliau terus nangis.... ai nampak mata Tun berkaca.... ai pon apalagi.... tapi tahan air mata dari tumpah ke pipi... (saat ni...tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana... iyalah... seorang OKU... naik ke stage ..tinggalkan tongkat ditepi... menggunakan kudrat yang ada berjalan untuk mengambil skrol ke arah Tun... air mata yang tumpah mungkin air mata kegembiraan yang akhirnya segala pengorbadan terbayar dengan segulung ijazah di genggaman...) ai terharu giler tengok pelajar tu... lagi terharu bila lihat mata Tun berkaca...digenggamnnya kedua-dua tangan pelajar  tersebut...hurm...

Oklah....disini ai muatkan beberapa tugas anak kundang untuk gambaran lebih jelas...
 
 ini lah tugas utama, hulur anugerah / skrol pada Chancellor/ Pro-Chancellor/ Naib Chancellor untuk diberi kepada pelajar.. Ini gambar tahun 2010... Pro-Chancellor : Tan Sri Azman.

 Yang ini pula kena tuangkan air...hahahhha... kan dah bagitahu tadi...macam dayang..cuma tak perlu pegang kipas je sebab sekarang pakai aircond.

 Selalunya, " Anak Kundang" akan ada 2 orang perempuan dan seorang lelaki... macam gambar kat atas ni... tugas anak kundang lelaki pula, kena pastikan skrol disusun dalam dulang dan segala perkara yang tidak diduga semasa "siaran langsung" berkenaan dapat di conrol....


Ini antara "anak kundang" yang bertugas mengikut sessi masing-masing...ehem..ehemm..dulu semuanya anak kundang....sekarang semua dah jadi mak kundang...hahahahaha....


"Anak kundang" juga bukan setakat waktu konvo je... tapi majlis-majlis seumpama ini...


 Mengikut dari pengalaman juga, walaupun tidak banyak beza..jadi anak kundang suatu ketika dulu dengan anak kundang sekarang tapi kami masih terikat dengan protokol rasmi yang telah digariskan...

-Kalau dulu, semua mesti sama..from top to toe.. ok...mesti sama...!
-Sekarang pon kena sama juga..tapi takde la orang nak memerati seperti dulu..adalah kelonggaran sikit..kalau tidak sure kena tegur!
-Kalau dulu punyalah sangat formal dan tinggi protokolnya....almaklum... baru-baru...so, sampai letih pipi ni sebab kena senyum all the way... semasa majlis... penat siot! kena cover cun sentiasa...
- Dulu, silang kaki pon tak boleh! kalau duduk tak tegak pon kena tegur..kang mendapatlah Q dari..bos!
- kalau dulu juga... tak boleh guna HP langsung.....tapi sekarang HP mesti on..but silent mood.. (sebab all the message akan thru HP..takde orang perantara lagi...(tapi kekadang ada je...)
- just imagine macam mana kalau tak tahan buang air...hahahahaha... menahan la jawabnye...!

 Dan.... tiba-tiba kenangan mengusik minda.... teringat masa MK9, ai berkonvo..dan masa ni juga dapat berita gembira apabila disahkan mengandong untuk kali ke-3 (Almas sedang membesar dalam perut ummi ketika ini...syukur padaMU ya Allah...)....
gambar di bawah...hasil ehsan en.Kiok.





Oklah...itu sahaja nak cerita, hari ni..terpkasa taip cepat-cepat..sekejap lagi nak lari ke PWTC pulak untuk bertugas pada sidang 6.... 

sehingga berjumpa lagi...InsyaAllah...wassalam...

(maaf ye kalau hasil tulisan banyak typo atau kurang difahami.... hehehehe)

4 comments:

  1. hehe. seronok tak berkhidmat dlm majlis protokol? hehe.. kiranya kak bayu kerja dengan OUM ea... waaa... bestnya.. gambar konvo pon ade value gitu.~

    ReplyDelete
  2. hiks..yup....tapi kalau bab seronok tu..tak pasti nak cakap pe..cuma..agak rasa macam..perlu menghargai tanggajawab dan kepercayaan yang diberi la kot..sebab tak semua dapat peranan tu..hihihi...

    ReplyDelete
  3. famous betul anak kundang ni... semua gambar ada muka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa interprem...kikiki... bukan ku pinta...hahahahha

      Delete