Homemade Banana Pancake
Hari tu kan, my Ayahda ada bagi pisang yang kecik-kecik tu.. petik dari kebun...Kebun?? bukanlah kebun yang berhektar-hektar tu.. ni setakat 500 sqft...hahahah. Biasalah orang tua..ada tanah kosong... mulalah...berbakti pada tanah... dapat hasilnya kan?
Ok, disebabkan pisang tu agak banyak dan sayang pulak kalau busuk tanpa sempat di makan. Pisang tu pon amat manis dan sedap. Tapi saya tak berapa ingat nama pisang tu..(lol kan!)..
So, jom terus la pada resepi ni... ( saya guna apa yang ada dirumah :P)
Bahan-bahanya:
- Tepung gandum - 1 cawan
- Tepung naik Sendiri - 1 Cawan
- Serbuk Soda penaik ( yg ni saya tidak gunakan sebb dah guna tepung naik sendiri tapi kalau nak tambah lagi pon bole)
- Fresh Milk - 1 Kotak kecil
-Telur - 1 Biji
- Pisang -4 ulas (nak lebih pon bole)
- Gula Caster - 2 sudu
- Butter - 2 sudu
Cara-Cara:
-Bahan-bahan yang berwarna hijau, di campur dan blend kesemuanya
- bahan blend dah sebati, tuang kedalam mangkuk adunan
- masukkan tepung-tepung berkenaan kedalam mangkuk tadi dan gaulkan perlahan-lahan.
- Tuangkan susu perlahan-lahan sambil tangan mengacau adunan
(sekiranya tuan/puan rasa adunan kurang cair, boleh lah sampurkan lagi susu)
** panaskan kuali / fry pan
- ceduk adunan tadi menggunakan sendok dan tuang perlahan-lahan ke atas kuali yang sudah panas.
-buatlah bentuk yang anda gemari...hiks..
- pusing sikit pancake tu...kalau kat bawa dia dah kekuningan, boleh la terbalikkan dia dan tunggu masak di bahagian yg satu 1.
- lepas tu, ulang la semula
dah siap dah... makan begitu sahaja panas-panas pon sedap...tapi bonus jugak kalau ada gravy..haks haks haks...
tips:
Jika anda diluar sana menggunakan sepenuhnya tepung naik sendiri tanpa mencampurkan tepung gandum, so, saya suggest..tak perlulah campur lagi tepung naik sendiri tu yer..sebb dalam tepung tu dah ada bahan tersebut.
Untuk resepi ini gula, susu segar dan butter saya kurangkan sikit..sebab pancake ini juga dihidangkan juga untuk baby saya...
Bahan-bahan lain boleh ditokok tambah mengikit kesesuaian... selamat mencuba
No comments:
Post a Comment