Monday, May 21, 2012

creamy Butter Prawm - simple edition!

creamy Butter Prawm - simple edition!


Bahan-Bahan yang saya guna untuk simple edition ni:-

Udang
Bawang putih - 4 ulas (dicincang)
Telur - 1 biji (boleh letak extra, ikut keinginan)
Cili padi - 3 batang (boleh tambah juga)
Cili besar (Merah) -1batang
butter - 1/4 (dari block butter)
susu cair - 1/2 cawan
garam secukup rasa


Cara-cara:

Mukadimah:- saya tidak pandai buat telur yang boleh tirai halus tu.. tapi buat je la.... kot kot la korang punya seni dapat menghasilkan texture yang cantik..hhihihi..

- pecahkan telur dalam mangkuk..jgn pukul terlalu kuat...
- panaskan butter dalam kuali...dah panas...
- tuangkan telur perlahan-lahan dari jarak agak tinggi...dan kacau menggunakan sendok. kalau dah puas hati dengan hasil itu..boleh angkat dan ketepikan.
- lebihan butter digunakan untuk gorengan seterusnya.
- masukkan bawang yang telah dicincang, masukkan juga cili padi dan cili merah..
- masukkan susu cair..bila dah agak mendidih masukkan garam secukup rasa,
- lepastu, masukkan udang dan tunggu masak atau sehingga udang menjadi kemerah-merahan.
- settle ;)

tips: nak buat bole tak buat pon takpe :

- untuk resepi simple ini saya tidak menggunakan daun kari. Kerana takde stock kat rumah. Tuan-puan boleh Gunakan beberapa helai daun kari untuk menambahkan keenakan dan juga menjadikan bau masakan lebih menarik.

- Tuan puan boleh juga menggoreng terdahulu udang tersebut dengan hanya menggoreng separuh masak. sebelum sebelum mencapurkan semula dengan bahan tumisan tadi.

- Boleh juga menambah kunyit / serbuk kari dalam tumisan. untuk memberi impak warna yang lebih menarik dan rasa rempah yang menyelerakan.

Selamat mencuba. :p

psst!
texture telur saya kurang menjadi sebab dah lapaq sangat, tapi rasa butter prawn ni..tetap membuka selera...nyummmm! (masuk bakul anggap sendiri!!..muakkakakak)

No comments:

Post a Comment