Sunday, May 20, 2012

ketam sambal berlemak....

Dimulakan dengan bismmillahirrahmanirrahim....

OK, hari ini dengan mood berkobar-kobar, banyak entry nak di post hari ini. Tapi itu semua bergantung pada kesesuaian masa... hiks..

Hah! penah makan ketam kan? harini saya nak kongsi resepi ketam yang agak simple dan masakan ni ada rasa rempah sikit la... ada pelbagai cara unutk masak resepi ini, tetapi hari ni saya nk share resepi yang simple je... jom tengok bawah...


ini lah dia.... tadaaaa

ketam sambal berlemak


ini resepinya :

Bahan A:

Ketam 4-5 ekor (dibuang cengkerang atas dan di belah dua)
Serai - 2-3 batang (diketuk)
Santan - perahan pertama dari separuh biji kelapa ( menghasilkan santan pekat dalam 1 mangkok kot)
Minyak Utuk menumis
garam
gula
serbuk perasa ** (tak letak pun takpe)

Bahan B :

cili kering / cili bur ( 4-5 sudu - ikut kesesuaian dan selera anda)
bawang merah - 2 biji ( sederhana besar)
bawang putih - 4-5 biji
Jintan manis - 1/3 sudu teh
Ketumbar - 1/3 sudu teh


Cara-cara:

- Kisar semua bahan-bahan B.
- Panas minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau / sehingga sambal garing.
- kalau sambal dah agak garing, masukkan pula santan dan gaul sehingga sebati.
- masukkan juga serai yang telah diketuk tadi kedalam kuali.
- sekiranya sambal telah mendidih dan campuran sambal dan santan sudah sebati boleh la masukkan garam, gula dan serbuk perasa**.
- akhir sekali masukkan ketam dan gaul.
- tunggu kira-kira 7-10 dah boleh tutup api.. hurrmmm..cer amik bau... enak kan? hahahaha


tips/cara lain:

1) anda juga boleh menggoreng terdahulu (separuh masak) ketam tersebut bersama kunyit dan garam dan campurkan ketam ke dalam sambal kira-kira 3-5 minit sebelum tutup api.

2) jangan masukkan ketam ketika santan baru dimasukkan ke dalam kuali.! Pendek kata...sebelum mendidih la kan..sebab nanti isi ketam tersebut akan bercampur dgn santan dan kurang rasa sambal sebab lama sgt terendam.

3) anda juga boleh memilih untuk membuat sambal yang agak kering atau berkuah sikit... tepuk dada tanya selera...

selamat mencuba..... :p

No comments:

Post a Comment