Tuesday, January 25, 2011

Spaghetti Soup with Homemade Fish Ball...


Spaghetti Soup with Homemade Fish Ball... 
(Hidangan Untuk 4-6 Mangkok )

Bahan-Bahan Untuk Membuat FishBall atau Bebola Ikan :

2 ekor ikan tongkol (jika saiznya 5-6 inci) atau boleh guna 1 ekor ikan jika saiznya BESAR.. Tepung Ubi Kayu
Garam atau Perisa

Air ( untuk merebus fishball dan dijadikan soup - agak² lah periuk mana korang nak guna kalau setakat 4-6 orang makan)

Cara membuat Fishball :

1) bersihkan ikan - Buang kepala, tulang & kulit- Asingkan isinya sahaja
2) kisar isi ikan (guna blender kering- Jgn campur air)
3) Asingkan isi ikan yang telah dikisar kedalam 1 bekas yang kering (untuk menguli)
4) campurkan sedikit demi sedikit tepung ubi kayu ke atas isi ikan yang telah dikisar
5) campurkan sedikit garam atau perasa (sedikit sahaja)
6) Uli tepung dan isi ikan sehingga sebati
7) lepas sebati - buatlah bulat bulat besar mana yang korang nak
8) lepastu terus masukkan kedalam air yang telah mendidih itu**
**tips : jgn campur air pada tepung... kalau tepung banyak sgt pon tak berapa rasa ikan... kalau sikit sgt pon susah jugak takut fishball tak melekat... agak-agak jelah yer..
Ketika anda sedang membulatkan fishball, boleh la panaskan air dalam periuk siap-siap..lepas abes membulatkan fishball leh la terus masuk kat air yg telah mendidih itu...

Bahan- Bahan Spaghetti Soup:
( gambar ini untuk hidangan BIG famili)


:- Spaghetti (tidak kisahlah jenama apa yang korang suka) <- rebus la ye..
 

Bahan A:

4-6 ulas bawang putih

6-7 biji buah keras
sedikit lada putih
1 inci halia (lebih kurang la)

1 biji cili merah besar

Minyak masak (Untuk menumis rempah bahan A)

garam atau perasa

Bahan B :

Limau kasturi
Bawang goreng

Daun Sup

Taugeh

Suun (Kalau nak lah)

Cili kicap (Boleh buat sendiri maaa)

Cara Membuat :

1) Tumbuk atau kisar bahan A (bahan ini boleh kisar kat blender basah)
2) Dah kisar tumis pulak bahan A itu yer sehingga garing **
3) bila dah agak-agak garing masukkan sikit air rebusan fishball tadi..kasih didih sikit..
4) pastu masukkan semua bahan yang ditumis tadi kedalam periuk yang anda rebus fishball
5) masukkan kan garam atau perasa
6) gaul hingga sebati dan tunggu mendidih
**tips : semasa menumis rempah / bahan A.. jgn biarkan hingga kering.. agak-agak garing dan diyakini masak secukupnya sudah memadai

Kalau sup dah siap boleh la dihidangkan....

Selamat mencuba... Ini resepi turun temurun punya... ;)

No comments:

Post a Comment