Tuesday, January 25, 2011

Spaghetti Soup with Homemade Fish Ball...


Spaghetti Soup with Homemade Fish Ball... 
(Hidangan Untuk 4-6 Mangkok )

Bahan-Bahan Untuk Membuat FishBall atau Bebola Ikan :

2 ekor ikan tongkol (jika saiznya 5-6 inci) atau boleh guna 1 ekor ikan jika saiznya BESAR.. Tepung Ubi Kayu
Garam atau Perisa

Air ( untuk merebus fishball dan dijadikan soup - agak² lah periuk mana korang nak guna kalau setakat 4-6 orang makan)

Cara membuat Fishball :

1) bersihkan ikan - Buang kepala, tulang & kulit- Asingkan isinya sahaja
2) kisar isi ikan (guna blender kering- Jgn campur air)
3) Asingkan isi ikan yang telah dikisar kedalam 1 bekas yang kering (untuk menguli)
4) campurkan sedikit demi sedikit tepung ubi kayu ke atas isi ikan yang telah dikisar
5) campurkan sedikit garam atau perasa (sedikit sahaja)
6) Uli tepung dan isi ikan sehingga sebati
7) lepas sebati - buatlah bulat bulat besar mana yang korang nak
8) lepastu terus masukkan kedalam air yang telah mendidih itu**
**tips : jgn campur air pada tepung... kalau tepung banyak sgt pon tak berapa rasa ikan... kalau sikit sgt pon susah jugak takut fishball tak melekat... agak-agak jelah yer..
Ketika anda sedang membulatkan fishball, boleh la panaskan air dalam periuk siap-siap..lepas abes membulatkan fishball leh la terus masuk kat air yg telah mendidih itu...

Bahan- Bahan Spaghetti Soup:
( gambar ini untuk hidangan BIG famili)


:- Spaghetti (tidak kisahlah jenama apa yang korang suka) <- rebus la ye..
 

Bahan A:

4-6 ulas bawang putih

6-7 biji buah keras
sedikit lada putih
1 inci halia (lebih kurang la)

1 biji cili merah besar

Minyak masak (Untuk menumis rempah bahan A)

garam atau perasa

Bahan B :

Limau kasturi
Bawang goreng

Daun Sup

Taugeh

Suun (Kalau nak lah)

Cili kicap (Boleh buat sendiri maaa)

Cara Membuat :

1) Tumbuk atau kisar bahan A (bahan ini boleh kisar kat blender basah)
2) Dah kisar tumis pulak bahan A itu yer sehingga garing **
3) bila dah agak-agak garing masukkan sikit air rebusan fishball tadi..kasih didih sikit..
4) pastu masukkan semua bahan yang ditumis tadi kedalam periuk yang anda rebus fishball
5) masukkan kan garam atau perasa
6) gaul hingga sebati dan tunggu mendidih
**tips : semasa menumis rempah / bahan A.. jgn biarkan hingga kering.. agak-agak garing dan diyakini masak secukupnya sudah memadai

Kalau sup dah siap boleh la dihidangkan....

Selamat mencuba... Ini resepi turun temurun punya... ;)

Sutun goreng tepung....

bahan-bahan :

sotong 5 ekor lebih kurang
3 jenis tepung tepung beras,tepung gandum dan tepung jagung
(1 sudu untuk setiap tepung -gaulkan semunya)
telur 1 @2 biji
minyak masak

cara-cara :

1) Potong sotong ikut besar mana korang nak...selalunya 1 sotong sy potong 3
2) gelek sotong pada 3 jenis tepung yang telah di gaul sebati tadi
3) pastu celup kat telur
4)pastu boleh lah gorang...
5) sila jaga keselamatan dan kebersihan kerana dikuatiri sotong meletop2...dan minyak terpercik..

* sori tak de gambar....terlupa nk snap daa...
selamat mencuba..resepi koboi.....

Sambal tumis 3 sekawan..(udang+ikan bilis+petai...)

http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=129324549571



bahan-bahan :

udang (sekitar 500 gram)-> ikut suka la nk bnyak lagik pon boleh..apa jenis udang pon bole juge..
ikan bilis ( agak2 segenggam)
petai (seberapa papan yang anda suke)
bawang merah ( dlm 5 ketul)
bawang putih (2-3 ketul)
cili kering ( dlm segenggam atau 20 batang gitulah)
asam jawa (dibuat air asam jawa dlm 1/2 cawan
gula
garam

--> bawang putih,merah,cili kering (blander skali)

cara-cara:

1) panaskan minyak..(ini penting)
2) goreng dulu ikan bilis dan udang (goreng mana dulu korang suka la...(tos kan la lepas tu)
3) pastu tumis bahan2 yang telah di blander...
4)tumis hingga naik bau / garing (bukan garing mcm ikan okeh!)
5) masukkan air asam jawa
6)tumis lagi sikit...
7)masukkan garam dan gula..( ikut suka mana nak rasa lebey)
8) masukkan petai....udang..dan akhirnya..ikan bilis (last2 agak2 nak tutup api-gaul sebati ye)

sedia untuk di hidang

tips:

1) boleh adjust kalau nak kuah lebih basah atau nk lebih kering (tambahkan air atau tumis sampai agak
pekat dan kering)
2) untuk mengelakkan bau tumis menusuk idung..kalau tak tahan sgt..amik petua ni..
sebelum menumis bahan2 yang di kisar...masukkan sedikit gula pada minyak yang sedang
panas..kemudian barulah masukkan bahan2 yang hendak dutumis..(insyaAllah..bau tumis yg sgt over
tu boleh di kurangkan)

** yang lain2 tu boleh adjust sendiri ikut selera ok...ini kira basic aja.
sbb dah ada ikan bilis so garam dah boleh di kurangkan sikit...jgn lupa jg kesihatan hah.....

selamat mencuba...resepi koboi lagi....

burgedel kiut...

saya ingat2 lupa la....tapi cuba la eh..

bahan-bahan :

1 paket daging kisar (ready made jenama Ramly pon leh guna)

5 ketul ubi kentang ( agak2 besar genggaman)

2-3 bawang putih (cincang halus)

bawang goreng (goreng sendiri lagi sodap tapi kalu malas korang beli jerk kat kedai)

beberapa tangkai daun sup (ikut suka) (cincang)

tepung jagung sikit

serbuk black paper

garam sikit

telur ciken (pecahkan 1 dulu..tak cukup baru pecahkan lagi 1... (ingat..kene berjimat) (sediakan di pinggan lain)

cara penyediaan 1:

1)kentang yang telah di kupas kulit , cuci dan dipotong dalam betuk kepingan tebal..(untuk memudahkan digoreng dan cepat mask)(JANGAN BG GARING!!!)

2) daging kisar di rebus ...dan toskan kan lepastu

3)tumbok kentang yang telah di goreng tadi dan asingkan dalm bekas / mangkok besar

4) apabila daging dah ditoskan...campurkan dengan kentang yang telah ditumbok tadi

5)campurkan semua bahan tambahan (daun sup, bawang goreng,tepung jagung sikit je, letak sedikit garam, sedikit serbuk black paper) gaul sampai sebati....

6) pastu kepal-kepalkan ia..sehingga melekat antara 1 sama lain..

7) bentukkan ikut suka...biasanya orang buat bulat / bujur..kalau korang leh wat bintang ..memang korang terrer...hehehe

8) lepas jer acara mngepal...leh lah panaskan minyak..

9)bila minyak dah panas....burgedel yg dah jadi bulat2 tu...celup dulu dlm telur...baru masuk dlm kuali..

10) tunggu sampai masak..kalau semua dah siap...leh hidang dan makan..pastu jgn lupa kemas dapur...

kira okeh la ni kot..gerenti jadi la.....resepi koboi..dr dapur DDBB..selamat mencuba...

tips: mcm biasa..ikut selera korang nk tambah atau kurangkan mana yang patut..tarak hal munye...





** Maaf hasil yangtelah dogoreng tidak sempat snap... kebuluq dah waktu tu.. :)

15 Rahsia & Fakta Menarik Senyum & Ketawa

( Dipetik dari : http://www.ceritahot.net/15-rahsia-dan-fakta-menarik-senyum-ketawa )


Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.


Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah “Rani Mukherjee”. Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.


Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 Fakta Menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

” SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.


Monday, January 17, 2011

Testing testing

Hehehe... Saje nk try, bole ke tak berblog via phone... Huhuhu... Bisa berbisa gitu... So anytime any where leh berblog.. Itu pon kalau super rajin...agegege..

Wednesday, January 12, 2011

sangat cute mereka ini...

hikss..pagi-pagi saya dihidangkan gambar ini oleh suami...owh.. sangat comel... binatang sekecil kucing pon boleh saling tolong menolong....kan kan kan... owh sweetnyer..

Monday, January 10, 2011

Tip Berkat Kerjaya & Rumahtangga

1) Jaga solat lima waktu

2) Amalkan membaca AL-quran setiap hari

3) Saling berpesan antara suami dan isteri mengenai tanggungjawab terhadap kerjaya dan juga rumahtangga

4) Bekerjalah dengan penuh keikhlasan, Insyallah kerja senang hati pun tenang

5) Menetapkan peraturan kepada anak-anak sejak kecil, dengan ini mereka akan terbiasa hingga ke dewasa

6) Minimakan kesilapan ketika di pejabat

7) Jangan suka mengeluh dengan tugasan yang diberikan berfikiran positif

8) Bersyukur dengan apa yang diperolehi


** tq kak ila share perkara ni..

Sunday, January 9, 2011

Jika saya DIMURAHKAN rezeki berstatus Hartawan $$$

Assalamualaikum....

kenapa sy menulis begitu..ia juga dipandang sebagai satu doa dari saya agar Allah SWT mendengar isi hati saya...

tika menonton rancangan Majalah 3 malam minggu yang lalu.. terlihat satu segment mengenai sekumpulan orang-orang kurang upaya membuka perniagaan dobi sendiri.. Alhamdulillah, walaupun mereka mempunyai kekurangan.. Allah SWT memberikan mereka kelebihan untuk berani memceburi bidang perniagaan...

Sedang menikmati makan malam sambil menonton Majalah 3, tiba-tiba hati saya terdetik..dan mungkin berangan depan rezeki....hiksss camner tu...? tau tak apa yang sy fikirkan..?

Tiba-tiba saya terfikir..seandainya sy dan suami memperolehi rezeki yang melimpah ruah sehingga tahap hartawan atau pun jutawan... (mungkin mustahil..buat masa ini..tapi manalah tahukan?..Allah Maha Besar..Maha kaya..).. saya nak bukak 1 perniagaan lain..bukan untuk saya.. tapi untuk mereka-mereka yang memerlukan...

saya berangan lagi..seandainya sy seperti Linda Onn (ini contoh ja) yang mungkin sudah berstatus jutawan... mungkin saya akan bukak perniagaan lain..contohnya..seperti kedai dobi ker..kedai makan ker.. apa-apa lah yang rasanya logik.... sy akan ambil mereka yang kurang berkemampuan (dari segi fizikal dll) untuk menjadi pekerja..( ia sebagai sumber pendapatan) HASIL KEUNTUNGAN pula... saya akan agih-agihkan kepada pusat-pusat kebajikan yang memerlukan sebagai zakat... saya lebih concern kepada anak-anak yatim.. yatim piatu.. dan juga sebagai sumber peluang menyara keluarga buat ibu/bapa tunggal yang daif..dan ramai tanggungan...

Ya.. Allah... mungkin sy adalah orang yang paling bahagia ketika itu kerana sy dpat melihat mereka tersenyum seperti insan lain... terutamanya Anak-anak yatim piatu...

hurm.. hari ini saya hanya mampu berangan tentang perkara ini.. tapi itu adalah doa sy untuk diri kami didunia dan bekalan kami diakhirat....

ini juga sebagai DOA... :)

Jika ada sesiapa diluar sana ingin menggunakan idea ini..Alhamdulillah... tapi jom lah berkongsi bersama tentang pandangan ini.. mungkin sy hanya mampu memikirkannya..tapi mungkin ada rakan diluar sana yang mampu merealisasikan impian itu... Tak perlu meminta izin dr sy untuk untuk membuat kebaikan dibumi Allah SWT..cukuplah jika kita berkongsi pandangan dan angan-angan untuk melihat mereka tersenyum...

InsyaAllah.....

** jika suatu hari sy memang sudah jadi hartawan jutawan... " Tolong Ingatkan Saya ye..." hihihihi

Friday, January 7, 2011

Kemalangan yang tidak dijangkaan....

Assalamualaikum....

hari dan jam ini baru la berkesempatan nak berblog... sibuk sangat menguruskan hal-hal yang patut didahulukan... dah lama saya nak menulis entry ini..tapi series.. sangat tidak berkesempatan.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua..saya bukanlah terlibat dengan kemalangan kenderaan tapi kemalangan dirumah.

Hujung-hujung tahun ni( i mean last year)..kami ambil kesempatan untuk habiskan cuti ujung tahun dikampung suami..Pada 30 Dec 2010 saya ada temu janji dengan Misi di KK.. Hari itu saya bersemangat sangat... sebab kalau tak silap sy usia kandungan saya dah nak masuk 4 bulan..excited nak tahu perkembangan baby.. dan di tambah pula xcited MALAYSIA JUARA Piala AFF Suzuki.. hehehe..malam itu saya semangat sunguh! tgok perlawanan tu walaupun melalui kaca tv je... heheh suamiku pon bole layan... rasanya dalam kawasan Appartment kami tu..suara kami je kot yang paling kuat..ataupun umah kami kedap bunyi..wahahha tak tahu lah..tapi time gol atau saat-saat kecemasan... menjerit tak hengat dunia..macam takde jiran-jiran..hahahha... untuk pengetahuan..jiran saya kebanyakannya berbangsa cina..

Oleh kerana Malaysia dinobatkan selaku Juara... PM pon sudah bagi cuti... jadi.. bertambah happy lah sy dapat cuti terpijak... kerana cuti sy akan disambung sehingga ke isnin... suke ! suke ! suke!

ok. back to the topic masa buat check-up di KK.. misi try buat ultrasound.. nak dengar degupan jantung baby..TAPIIIII...... carik punya carik..peralatan tersebut macam tak boleh jumpa ja.. signal ada.. tapi dapat dengar nadi saya je... owh tidakkk!!!!! saya PANIC ok ! misi tu cuba tenangkan saya..dia kata mungkin kecil lagi..ataupun peralatan yang diorang ada kurang canggih.. huh.. keterangan misi tersebut tidak membuatkan saya tenang....tidak sama sekali....!

Abes check-up..hubby jemput.. muka sy monyok..monconggggg rasanya cam nak terkam jer hubby masa tu..uuwwwaarrrr.. hubby tanya naper.. sy tak jawab..tapi sy suh hubby bawak sy pegi klinik lain yang boleh buat scan ultrasound atau apa-apa je tuk menjawab persoalan sy dan misi di KK..tapi sebelum tu.. suh hubby hantar balik umah..sbb tiba² perut memulas nak membuat pelaburan besar.. owhhh..bertambah PANIC...!!!!!!!! kenapa ni..????? badan pulak rasa tak sedap..macam nak demam..

Selesai membuat pelaburan.. terus kuar balik pegi carik klinik..mujur ada klinik yang berdekatan rumah boleh buat scan tersebut.. nak jumpa Gyne..hari khamis ptg je..pastu kena wat appoinment dulu... ishhh tak bole pk dah masa tu... so, nasib sy baik..kat klinik tu blom ramai orang.. Almaklum belum pon tgh hari lagi..hihihi.. doc tanya itu ini..bla bla bla.. sy ckp nak wat scan je doc.. pleaseeeee.... Alhamdulillah.. bila doc buat scan tersebut.. nampak baby ok sihat... nampak jantung dia pon normal.. tapi pelik napa misi tak dengar..???? doc tu bagus jugak.. dia ukur semua bahagian.. explanation yang bagus dan detail... huh Alhamdulillah.. aku lega..!

Dan hubby pon wat keputusan sempena jumaat akan cuti..so kami pon buat keputusan untuk balik kampung JB on that day jugak..(khamis).. ikutkan je lah.. nak masuk syurga katakan..hihihih.. InsyaAllah... :)

Sepanjang sy di kampung keadaan sy lemau skit.. asyik pening kepala jer.. dan sangat tidak tahan sejukkk.. mungkin tekanan darah saya rendah ketika itu..

Tarikh 1 Jan 2011 memang saya takkan lupakan.. ( tapi mungkin sy perlu lupakan la kot..sbb tak baik untuk kesihatan hahahaha) tau kenapa.. saya terjatuh..!!!!! T.E.R.J.A.T.U.H !!!!... depan bilik air... hanya Allah yang tahu perasaan ni mcm mana.. saya jatuh terlentang..kepala mungkin terhantuk kat tepi pintu... dalam kepala otak sy, hanya fikirkan baby dalam perut ni jer.. sampai sy nak jerit panggil nama suami..tapi saya jerit.. BABY !!!!!... terus saya tak nampak apa-apa buat seketika.. Mak mertua sy kata tika itu muka sy pucat sgt... terkejut kot.. sy sedar beberapa minit lepas tu.. hubby sy nak alihkan sy ke depan..masa tu sy rasa punggung sy sakitttttt sagt...aduhhh

Hubby terus bersiap nak bawak sy pegi klinik...biras temankan sy ( terima kasih biras).. masa tu sy terpaksa dipapah..sbb tak boleh jalan dengan normal...sbb punggung hingga kaki saya sakit sangat..series tak tipuuu wooo.....

Mungkin ini ujian.. sy terus masuk dalam kereta... sedia nak kuarkan kete.. gate auto pulak rosak..uuwwaar.. sy susah nak berjalan ni..??? so terpaksa pinjam kete kakak ipar... ada lagi ujian... carik punya carik klinik sekitar tampoi, bandar baru uda.. dan sekitarnya.. caya tak..??? tak de yang leh wat scan or check perut..... aduhh.. hanya sabar yang jadi ubat waktu tu.. tapi hati tgh gundah gulana.. mulut ni tak henti² ishtighfar dan zikir moga baby sy selamat dan sihat..dan berada dalam keadaan normal... waktu itu..kesabaran hubby pon teruji..?? dekat 1 jam atau lebih..carik klinik yang berkenaan tak dapat..! padahal klinik banyak...

Last choice kalau tak dapat jugak gyne atau chek tummy..decide nak pegi je hospital..and sure kna tahan..pastu hubby try patah balik pegi area skudai.. carik punya carik... Alhamdulillah.. jumpa... klinik tu ramai orang... dan Sekali lagi syukur Alhamdulillah... sy diberi kebenaran untuk didahulukan... sbb kes emergency... so.. doc tu check..badan sy dulu... hurmmm.. rasa cam nak paksa je doc tu terus check perut & baby sy ketika itu..hahahha.. tapi sabar....
so bila doc check tulang belakang sy..Alhamdulillah ok..cuma tulang kat bahagaian punggung je mungkin mengalami sedikit kecederaan... harap-harap itu tidak membahayakan sy dan baby...
doc buat scan... dia tgok baby ok.. heart beat pon nampak normal..doc explain, kalau ada ancaman keguguran.. uri akan pecah..atau ada kaler hitam kat screen tu... so far.. Alhamdulillah..uri dalam keadaan baik..InsyaAllah baby sy juga selamat..SYUKURRRR ALHAMDULILLAH..

doc bg MC.. so dapt cuti lagi hingga selasa...jadinya panjang lah cuti sy... Alhamdulillah..sikit demi sedikit sy dapt recover sakit itu.. cuma masih berhati-hari pada setiap pergerakan..waktu nak duduk..waktu hendak solat..bahkan kedudukan ketika tidur...

Saya berdoa semoga semuanya akan pulih seperti biasa...dan sentiasa berdoa agar bayi saya terpelihara kesihatan dan keadaannya... Mohon kalian juga mendoakan saya dan baby saya yer.. Terima kasih banyak²....

Wassalam...

*** sy mengarang tanpa check semula ejaan atau susunan ayat.. kesuntukan masa.. maaf yer..

Tuesday, January 4, 2011

Alhamdulillah... 2011 oledi...

Assalamaualaikum...

Selamat Tahun Baru semua....Alhamdulillah..syukur..masih dapat merasai tahun baru... dan Alhamdulillah juga..usia kandungan sy dah masuk 4 bulan Syukur Alhamdulillah....

banyak benda jugak tertangguh apa yang ingin dihajati pada tahun lepas.. hihihi bukan tak moh beli.. kekangan masa, mood, kesihatan dan banyak lah benda yang melewatkan.atau mungkin itu tanda sy tak perlukan benda-benda itu buat masa ini...

kengkunun nak beli handbag... yang terbaik la mungkin dalam seumur hidup.. tapi asyik dok tangguh jer... udahnyer survey pon tak..hahahaha.. nak beli baju jugak konon²..camner nak beli.. nak pegi shopping pon maboksss.. try jugak usha-usha..tapi perut dan tekak mual habis.. kenottt go... sudahnya.. nak usha baju for maternity pon jauh skali...hahahahha.

saya harap tahun 2011 ini melakar sejarah manis dan terbaik buat sy dan keluarga..juga buat teman-teman diluar sana..insyaAllah...