Monday, May 13, 2013

MENCARI RAMLI 2

Assalamualikum,

Salam ceria buat semua....

Korang kenal Ramli tak? kenal..tak? kenal tak? meh tengok video promo ni, sure korang tau siapa yang dicari...hihihi meh click kat SINI.


Telekom Malaysia sekali lagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia lelaki yang berumur di bawah 16 tahun untuk untuk mengikuti program Pencarian Ramli musim ke-2. Hanya 30 orang peserta terbaik akan dipilih untuk keperingkat akhir. Sesi uji bakat dilakukan di 12 lokasi diseluruh Malaysia bermula pada FEBRUARI - MEI 2013. Rancangan ini bersiaran menerusi TV3 pada hari Jumaat setiap minggu  jam 7.30 malam.

Pencarian Ramli Musim ke 2 adalah program yang bertujuan mencari bintang yang berbakat dalam arena sukan bola sepak. Pemenang bagi musim ini dipilih oleh Juri dan seorang pemenang dipilih melalui undian awam.Pemenang akan memenangi lawatan ke Manchester United Soccer School dan juga berpeluang melawat Old Trafford. Pemenang juga akan menerima biasiswa selama tiga tahun untuk menyertai Frenz United Football Academy.






Terlepas ujibakat sebelum ini??? ada satu peluang je lagi... moh ke sarawak (lokasi terkahir ujibakat mencari ramli musim ke 2).. tunjukkan bakat anda....
  

Negeri
Tempat
Tarikh
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May


 "Ramli- pemain paling berbakat", saya bayangkan ia mungkin seorang yang kurus? tidak tinggi tetapi sangat licik dan lincah. Seseorang yang mempunyai skill yang unik yang dapat menarik perhatian ramai.
Siapakah dikalangan mereka itu?? Jadi jangan lupa saksikan rancangan Mencari Ramli Musim Ke- 2 di TV 3 setiap Jumaat Jam 7.30 malam. Undian anda juga diperlukan bagi memastikan kita jumpa Ramli yang dicari !!i..... hehehe


No comments:

Post a Comment