Tuesday, July 16, 2013

Kacang Tanah Cegah Masalah Cepat Lupa !

Assalamualaikum... Jom baca tip ini...

Anda sering terlupa temujanji, terlupa kat mana simpan barang...terlupa hendak selesaikan tugas yang diberi..??? ... semua ini berlaku walaupun anda masih muda..??

Biasanya hal ini berpunca daripada pertambahan usia, aktiviti harian yang padat terkadang boleh membuat tunpuan sedikit berkurang sehingga terlupa beberapa perkara yang boleh dikatakanpenting.
Tetapi, apakah puncanya jika anda masih muda, namun masih sering terlupa? Keadaan ini memang agak berbahaya dan jika tidak dibendung, masalah ini boleh berlarutan.

 Kacang Tanah (Peanut) - Creadit pic to Hafizamri.com

Kajian yang diterbitkan di Amerika Journal of  Epidemology menyatakan makanan yang dimakan boleh menjadi punca peruabahan pembuluh darah dari otak ke pusat pengingat. Sebenarnya untuk mengatasi masalah lupa sebegini, ada banyak bahan makanan yang dikenal pasti bermanfaat bagi otak dan salah satu daripadanya adalah Kacang Tanah.

Bahan makanan latin Arachis Hypogaea L ini merupakan tanaman perdu yang banyak menyumbang tenaga positif untuk daya ingatan. Kandungan Vitamin E yang kaya di dalam makanan ini dapat meningkatkan ketajaman daya ingatan. Bukan itu sahaj, kacang tanah juga mengandungi magnesium, folat, tembaga, arginin dan serat.

Sebelum dimakan, lacang tanah dapat diolah dengan cara rebus, digoreng atau panggang. Anda tentunya tidak mahu daya ingatan semakin menurun dari masa ke semasa bukan? Jika begitu, mulakanlah mengamalkan makan kacang tanah dari sekarang.


- Dulu P. Bayu tak gemar dengan kacang tanah ni, sebab kerap  mendapat batuk.... tapi ada sesetengah orang takut dapat jerawat...hahaha..tapi lepas ini..perlu difikirkan semula demi untuk menjaga daya ingatan...




*** Sumber : mingguan wanita/januari 2012

7 comments:

  1. Kakak dulu suka makan tapi sekarang sebenarnya suka cuma bimbang kolestrol itu yg cegah kalau tak memang kakak suka..

    ReplyDelete
  2. sy tak tahu plak pasal nie. tq. :)

    ReplyDelete
  3. gud info nie..cam tao jew saye pelupe..hak3

    ReplyDelete
  4. Good info..pasni beli ns lemak kacang lebey..hihi..tq meng!

    ReplyDelete
  5. Gud info..tq..pasni beli ns lemak mtk kcg lebey..xgitu meng?ahakssd

    ReplyDelete
  6. kacang tanah peberet lieya..kalo mkn nasi lemak kompom boh byk2..

    ReplyDelete