Sunday, June 5, 2011

Doa atau ayat yang saya Amalkan ... epsd (1)

Assalamualaikum....

kali ni nk share tentang doa dan amalan ketika saya disahkan dan sedang pregnant.. kalau anda diluar sana ada yang ingin memberi pendapat, cadangan atau berkongsi amalan... Alhamdulillah..jemputlah masuk.... :)

Sebelum ini, saya telah mengalami 2 kali keguguran berturut... pada oktober lalu..saya disahkan mengandung kali ke-3. Masa ini saya berusaha juga dari segi menjaga kesihatan fizikal luar dan dalam. Contohnya saya terpaksa merehatkan diri dari team FUTSAL.... outdoor xtvt semua dibekukan. demi untuk mendapat zuriat .. :)

Seawal kandungan 3 minggu (seingat saya la kot) saya dah berjumpa dengan gyne untuk pemeriksaan dan mendapat nasihat. bukan itu saja.. saya gigihkan diri pergi dua klinik...private dan kerajaan..semuanya demi memastikan tiada masalah untuk kandungan ke-3 ini. Bukan itu saja, sebelum itu, saya juga berusaha dari segi perubatan kampung... (sukar untuk dijelaskan disini) tapi..iyala... tak salah kalau kita berusaha...janji jangan menjadi syirik sudahlah...(bukan bergantung pada bomoh semata yer..tapi mencari perubatan berpandukan ayat-ayat suci AL-Quran) sentiasa ingat ALLAH SWT itu Maha besar dan Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya...cuma kita perlu berusaha...

Ada 1 hari tu.. orang tua saya dikunjungi kenalan lama.. berborak punya borak.. mungkin terkeluar cerita saya dan sejarahnya.... hihihi..macam sejarah apa je ek..(buat suspen jer)... dan kebetulan kenalan parent saya ni tidak lokek ilmu. terus beliau beri sepotong ayat untuk saya amalkan ketika berbadan dua ini.... beliau tidak cakap lebih-lebih..tapi cuma minta amalkan ayat ini selepas solat fardhu... mungkin anda-anda juga boleh amalkan....

Bismillaahirrahmanirrahim...

أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

Diamalkan :

7 kali selepas solat fardhu
11 kali sebelum masuk waktu Maghrib...

Sebelum itu, ketika saya berusaha untuk pregnant lagi.. ada juga saya amalkan membaca surah Al-fatihah dan ayat Kursi....

Surah Al-Fatihah :



Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255):
Saya amalkan kedua-dua ayat ini beserta Selawat ke atas Nabi,..dan membacanya sambil mengusap bahagian perut dimana terletaknya rahim kita... perkara ini saya lakukan ketika saya hendak tidur.... dan tawakal lah pada Allah SWT yang Maha Mengetahui.... :) InsyaAllah...

itu saja buat masa ini....

wassalam...

No comments:

Post a Comment