Wednesday, August 29, 2012

Anak dareku raya merdeka!!

Salam Aisilfitri buat semua pembaca....
Tahun ni kami beraya kat kampung belah baba... So tak moh cerita panjang... Tengok lah gambar anak dare di syawal pertama dengan semangat merdeka..


Sunday, August 26, 2012

kenapa tiada photo raya???

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI buat semua..

Selesai sudah berhari raya sakan selama seminggu straight di kampung sebelah suami...
Anak dara ami pon sangat gembira... lelebih ragi bila dan pandai bergurau dan bermain bersama sepupu-sepupunya..sampai nak tido pon kena paksa..

Raya tahun ni first time Almas pakai baju kurung.. baju kurung yang nenek jahit sendiri... ami pulak nak tambah kefemininan kat baju tu.. dok la jahit manik labuci..lip lap..lip lap..gitu..!

Alhamdulillah Almas tak meragam bila pakai baju kurung..walaupun cuaca agak panas masa tu.. syukur..
Ami pulak paksa Almas pakai tudung..hehehhe.. macam biasa.. makan puji dulu la.. hahahaha.
Punya la melayan anak-anak.. rupanya kami terlupa nak ambil gambar bersama.. tak kisah lah..famili kecik ke..besar ker.. tapi tu lah hakikatnya...tak de gambar raya..???!! macam tak percaya..

Kesian anak ami.. first time beraya dengan baju kurung dan tudung.. ami plak lupak nak bergambar sama kan?? bukan apa.. nak buat kenang kenangan..

ok tak pe.. nanti kita bergaya lagi..ami amik gambo benayak k... luv u Almas Madihah..

Sunday, August 12, 2012

Mee goreng kicap sedap


cerita / menu lama..yang baru nak upload..

Menu ni nak melayankan selera en. suami tercinta.. pada asalnya macam malas je nak buat.. sebab tak yakin sesedap kehendak en. suami..maklumlah..jarang buat mee goreng basah/ ala-ala mamak.. memang tak pernah buat... kami selalu makan bihun goreng je... <--sebab favrt saya..hahahaha...

So cabar lah diri sendiri untuk memasak mee goreng untuk dijadikan menu berbuka ketika itu... satu hal lagi nak rasa..??? hurmmm tawakal je wei...

so inilah jadinya.... x sempat nk menghias untuk picca snap.. dah masuk berbuka... ngam ngam je siap..nasib baik..en. suami pon kata sedap... syukur....




Resepi Mee goreng kicap sedap cara saya (mee siput/sanggul style)

- sebungkus mee siput (ada 6 sanggul )
- kicap manis
- cilir buh 2 sudu besar / cili kering dalam ( 15-20 batang sederhana besar)**
- bawang merah (5 ulas)**
- bawang putih (5 ulas)** - 3 ulas blend , 2 ulas di mayang
- halia sedikit**
- segenggam udang putih
- segenggam daging di cincang
- tauhu (1)
- sayur sawi
- sedikit lada puith / lada sulah
- sedikit gula
- garam secukup rasa
- telur ayam sebiji
- minyak untuk menumis (dalam 5 sudu- ikut kesesuaian)

** bahan-bahan yang perlu dikisar / blend

Cara-cara:

(1)
- mee di rebus hingga lembut...
- toskan...dan masukkan ke dalam 1 mangkuk besar.
- tuangkan kicap dan sebatikan dengan mee... kalau dah ketepikan

(2)
- panaskan minyak , tumiskan bawang putih.. sampai agak kekuningan...
- masukkan udang dan daging.. goreng sedikit ..agak-agak sehingga masak atau separuh masak.
- ketepikan daging dan udang (tepi kuali)
- masukkan bahan yang telah di kisar- tumis hingga agak garing....
- masukkan kira-kira sesudu gula.. dan garam secukup rasa
- masukkan tahu ..dan gaul sekali bersama daging dan udang...
- masukkan sayur sawi..gaul...
- masukkan mee..gaul sehingga sebati..
- pecahkan telur ayam di tengah0tengah dan gaul lagi hingga telur masak dan sebati dengan mee.

ok ..siap dah boleh hidangkan...


western menu untuk Almas Madihah


Waktu ni kengkonon sangat rajin nak bagi anak dara makan western made form home... tup tup dah settle.. dapat call dari adik..ajak berbuka reramai kat umah makcik..together with our grandma sekali... hurmm syok jugak dapat berbuka with big familia....

Banyak juga Almas makan, lelebih lagi brocolli steam ni.. dia sangat suka.dan makan sendiri ok..hikss GOOD GIRL!..

Home made meat ball ni pon sedap gak kalau kita makan.. hahahhaa... veri the angkat bakul sendiri kan? ;P




"gambo dalam pinggan..sebelum transfer masuk thermos..."



"Meat ball sebelum di goreng"

Almas bergaya tudung raya..

Hah...inilah anak dare saya...tengah test tudung raya..hehehehe.. Untuk memastikan dia pakai tudung dengan agak lama...kami dh jumpa key word tu..

Memula Almas sangat taknk pakai tudung.. Im sure..mesti dia rasa rimas.. But..we have to xpose Almas dengan tudung..biar dia biasa nanti..so...bila kitorng pakaikan dia tudung..kena la cakap..eee..cantiknya..cantikkkkk.... Pastu itu minah comel sudah sengih-sengih..dan sambil pegang pegang tudung dan jalan kesana kesini..hehehehe...makan puji budak sorang ni...

** pemakaian boleh dikemas kini untuk masa depan... wink**



we love you sayang...Nur Almas Madihah...

Monday, August 6, 2012

roti kukus untuk anakku

::Roti kukus Anakku::

First time buat roti kukus ni bagikat princess Nur Almas Madihah...
Roti kukus ini dihidang begitu sahaja tanpa ada sos custard... hehehehe

resepi roti kukus anakku:

- Sekeping roti gardenia atau sewaktu dengannya
- telur sebiji
- susu cair dalam 1/2 cawan
- sedikit butter
- kismis
- sosej kecik

cara-cara:

-pecah telur di mangkuk lain...dan campurkan dengan susu cair
- sapu roti dengan butter
- potong roti kecil-kecil (sebab nak dapatkan tekstur kecil..nak bagi budak kecit makan kan)
- susun dalam bekas siap-siap..
- in between roti roti tu..taburkan kismis yang dah dipotong kecil-kecil
- tuang susu dan telur tadi ke dalam bekas yang telah diisi roti..
- susun sosej atas sekali..
- kukus dalam 20-25 minit..


** resepi ini diubah suai mengikut kesesuaian dan stock yang ada dirumah...heehhehehe
selamat mencuba..





hari ini menu tanpa nasi...

Assalam...

Pepagi morning masa nak bangun sahur... malas sangat nak bangun... sangat mengantuk ok.. so sleeepy.. nak tak nak..bangun la jugak pukul 5 am.. sebab pikir perlu makan untuk maintain susu...

Selepas bersahur.. terus pikir naka masak menu apa untuk Alams hari ni... TING!!! (sila imagine mentol lampu menyala di atas kepala)

So decide tak masak nasi hari ni.. kita makan Oat with mix fruit dan roti kukus bersama kismis dan dragon fruit... harap-harap portion yang Ummi sediakan untuk Almas..cukup untuk 3 kali makan sepangjang kat umah BS....

ok tak moh menceceh..panjang lebor... tengok lah gambo ni... gambar di ambil sangat terburu-buru ok..! sebab nak cepat bersiap nak tapau and kluar rumah ..<-- nak elak jem katenye..

tadaa....
Resepi oat with fruit:

Bahan-Bahan yang saya guna:- (sukatan mengikut keperluan anda)

Rolled Oat jenama cosway...
Air
Apple merah (saya guna separuh)
Dragon fruit (sebahagian ikut keperluan)
Kiwi (sebahagian ikut keperluan)

**buah dipotong-potong ye (pilihan buah juga mengikut selera memasing

cara-cara:

Rebus oat dalam 10-15 minit bersama apple merah untuk mendapatkan rasa apple dalam oat,
kalau dah agak masak tutup api.
Taburkan buah-buahan (kiwi dan dragon fruit ke atas oat tadi)



senang kan...? selamat mencuba...





Sunday, August 5, 2012

Dato' Lee Chong Wei Malaysian HERO !

Assalamualaikum,

Rasa berat je hati nak pergi kerja hari ini... bukan malas nak pergi kerja, tapi rasa berat hati yang lain macam... ok..seriously its about badminton Olympic game semalam between DLCW and Lin Dan... game semalam memang sangat buat jantung tak tentu arah... serius woii.. sangat tak tentu arah...especially time penyampaian medal .... uwaarrr!

Saya bukan sedih sebab DLCW dikalahkan oleh LinD dan bukan juga sedih sebab Malaysia tanah air ku tak dapat Gold.. dan bukan juga sedih sebab tak dapat makan eskem BR secara percuma... bukan itu.. bukan...

Sedih tu..sedih sikit la dengan kekalahan... tapi.. hati terus rabak bila tengok sessi penyampaian medal kepada para pemenang..including DLCW for silver medal..

to whom yang follow game final semalam secara live.. saya confirm.. anda juga akan nampak apa yang saya nampak dan rasa... tears of DLCW.. itu yang membuatkan saya sebakkkkkk giler...! ( tapi saya dapat cover line cemerlang daripada en. hubby tercinta.. cecepat bangun kemas baju Almas..) -

tengok gambo ni....korang nampak tak?




Dear Dato' Lee Chong Wei...

THANK YOU..! Dato' telah cuba yang terbaik. No need to say Sorry!.. Kami bangga dengan anda.

THANK YOU..! Dato' telah membawa nama Malaysia ke peringkat yang sangat tinggi..not only u win any medal.. its because your attitude.

THANK YOU..! kamu telah menyatukan kami as 1 Malaysian..not only yesterday or any final game.. dan harap keharmonian ini dapat diteruskan sampai bila-bila..

U MAKE US PROUD OF YOU... U ARE THE MALYSIAN HERO! U ARE OUR GOLD.. ! U WIN OUR HEART!

hurmm...emosinya saya... itulah semangat kesukanan saya... wateverpon..congrats Malaysia!

to Lin Dan... pelisss la... jangan nak sombong sangat k!.. dan pelisss jugak.. jaga lah kebersihan anda walau dimana anda berada..

peace yaww!

wassalam.. sob sob sob...

Thursday, August 2, 2012

Doa (melembutkan hati anak) atau amalan untuk menangani anak yang nakal

CARA MENANGANI ANAK-ANAK YANG NAKAL DENGAN.... :)

1.Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik....





sumber: perkongsian dari seorang sahabat di FB.