Tuesday, January 15, 2013

Tempat Impian Yang ingin Dikunjungi (Bhg. 2)

Assalamualaikum,

Entri kali ini nak sambung dari tajuk semalam .. Tempat Impian Yang ingin Dikunjungi (Bhg.2) pula.

Pn. Bayu percaya sangat..sepanjang minggu ini sehingga 20 Januari 2013 tentu ramai yang berlumba-lumba untuk menembusi laman sesawang Air Asia untuk menempah tiket ke destinasi pilihan masing-masing....

Ai sendiri pun tidak ketinggalan untuk mencari tiket termurah yang ditawarkan.... Tapi malangnya, hanya saya seorang yang beriya dan bersemangat untuk bercuti. Akhirnya... booking itu di abaikan. Sedih sangat..........

Entri ini ditulis, juga bertujuan bagi meluahkan isi hati untuk berkongsi, tempat-tempat yang sangat pn. bayu ingin lawati selain dari Tanah suci... 

New Zealand,


Cantikkan tulip-tulip tu... Pemandangan yang indah dari gunung-gunung dan ladang-ladang di New Zealand membuat saya jatuh cinta untuk kesana... Pernah menjadi Destinasi "angan-angan" untuk bercuti atau berbulan madu.... ( ketika belum berkahwin)...

Hahhahhaa.... nampak?? angan-angan tinggi belaka... 

Sebenarnya, Pn. Bayu berangan tinggi untuk ke New Zealand suatu masa dulu, bukanlah sebab meletakkan target destinasi untuk berbulan madu apabila lepas berkahwin. Punca sebenar, adalah terlalu banyak menonton filem hindustan.....hahahahahah....

Waktu zaman remaja Pn. bayu, Filem filem Bollywood ni banyak sangat membuat rakaman di sebelah sana (New Zealand) lebih-lebih lagi ketika musim bunga....Subhanallah cantiknya tempat-tempat yang dirakam tu....

Dari situlah menambah angan-angan Pn. Bayu untuk mengenali New Zealand...

Tapi, sekarang ia bolehlah dikatakan sepenuhnya..destinasi angan-angan..

Kerana....., sangat tidak mungkin Pn. Bayu berpeluang untuk kesana... kerana. "Tiada sebab" untuk kesana..hahahahha. 

Ialah, hanya kerana filem Bollywood kah? hanya sebab tulip kah?? Kalau cerita kat hubby sure kena gelak besar....! sedara mara kat sana pon takde...apatah lagi kawan??! memang akan lost laaaa.

Walaupun negara ini (New Zealand) sudah masuk dalam senarai "berangan" Pn. Bayu, tapi ai tetap masukkan dalam entri ini. Sebab ia pernah menjadi destinasi yang sangat ingin dikunjungi. Jadi cukuplah dengan angan-angan dan menonton filem bollywood rasanya sudah sampai ke sana..hahahahaha...

nampak tak??? Pn. bayu kuat berangan kan??? sebab tu jerawat boleh muncul tak kisah waktu & masa .....hahahahahaha (gelak lagi)

Ok... hilang dah sedih buat seketika....(drama betui)... 

jumpa di entri yang lain...

Wassalam...











 


Monday, January 14, 2013

Tempat impian yang ingin dikunjungi.. (Bhg .1)

Assalamualaikum...

 Pn, Bayu nak berkongsi sedikit tempat yang sangat Pn. Bayu teringin hendak pergi...Sejak dari dulu lagi... dari zaman muda remaja... Pn. bayu teringin sangat hendak menjadi tetamu Allah di Bumi Makkah dan Madinah... Tidak tahu lah kenapa.. memang sangat teringin.....

Sekarang pun, Kalau MIL bercerita tentang pengalamannya mengerjakan ibadah Haji..saya sangat tertarik untuk mendengar dan paling kepoh dan teruja untuk bertanya itu dan ini sesambil membanyangkan diri mendapat jemputan Allah SWT untuk menjadi tetamunya di Tanah Haram..... 

Di dalam hati, walaupun belum mampu untuk mengerjakan ibadah Haji..apa salahnya kita mengerjakan Umrah... dapat melihat Ka'abah , menunaikan solat fardhu dan sunat sebanyak-banyaknya selagi mampu.... berdoa secara terus dari tanah suci...aduhhh.. seronok...melengkapi keinginan dan dapat mendekati diri dengan Allah SWT dibumi "Makkah & Madinan" 

Walaupun niat setinggi gunung... Pn.Bayu perlu pasrah, segalanya Allah SWT telah tentukan, seandainya ada rezeki cepat atau lambat, Allah akan buka peluang itu untuk kita... 

Jika peluang itu telah tiba, semoga Allah memeri saya kekuatan rohani dan jasmani untuk membuat ibadah sebaik-baiknya tika di sana...In shaa Allah...









Semoga suatu hari saya bisa sampai ke sini...Ya Allah...dengarkanlah doaku....KAUhanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambamu..... amin



Terbuka hati nak buat loan ASB..

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni agak runsing dan pening memikior untuk membuat keputusan berkenaan tajuk di atas.

Baru nak buat loan???!  itu pon pening kepala...???!!!

Yer..tuan puan..memang pn.Bayu pening kepala..Pn. bayu tak berapa berminat untuk menambah hutang selain hutang kereta dan rumah.

Tetapi, baru-baru ini Pn. Bayu macam tertarik untuk mengetahui mengenai LASB... Loan ASB. setakat ini yang Pn. bayu tahu ada 3 agen yang saya tahu untuk kita membuat pelaburan melalui kemudahan pinjaman untuk melabur di ASB.

Pn. bayu adalah seorang yang tradisional... hahahaha sangat tradisional ker..?? jadi, hanya baru-baru ini sahaja Pn. bayu memaksa diri ke dunia hari ini... (cewah..macam ada kat zaman mana plak kan?)

Sebelum ini Pn. bayu sanggup bayar duit kereta atau bil-bil ke kaunter....(so, faham lah ye apa yang dimaksudkan dengan tradisional tu.. jangan pk jauh sangat ye) hahahaha...

ok..back to the topic.

Untuk Pn.Bayu benar-benar memahami apa yang ditawarkan oleh bank-bank yang terlibat..apa pula kelebihan kita sebagai peminjam dan pelabur.. dan macam-macam lagi, jadi Pn. Bayu pon rajinkan diri menggoogle. Banyak lah maklumat yang boleh kita ketahui.

Bila pn. bayu faham serba sedikit konsep memberi pinjaman, membuat pinjaman dan melabur, terus pn. Bayu dapatkan "flyers" atau jadual pinjaman yang disediakan oleh RHB, CIMB dan Maybank. Haaaa... tujuannya adalah untuk membuat PERBANDINGAN.

Dan, Pn. Bayu jumpa ini...sebagai rujukan juga..

** Ehsan dari http://www.mynewstory.net/kewangan/asb-loan-maybank-vs-easy-rhb-mana-lebih-untung.html.

Walaubagaimanapun Pn. Bayu masih ada sedikit perkara yang kurang di fahami.. ada sesiapa yang sudi nak bantu saya..??Bukan apa, Pn. Bayu ada juga bertanyakan dengan orang bank tu sendiri by call. But the way dia terangkan macam nak push kita untuk amik loan dari dia.. (saya jadi kurang selesa). Kalau walk-in dengan niat nak buat tetanya dulu..bila dah settle saya cakap "terima kasih, saya pikir dulu kalau saya jadi buat loan dengan awak saya datang balik"... pastu kena perli... kalau customer kata nak datang balik, selalunya tak datang balik la (pegawai bank tu bersuara) ..haduii..sentap plak akakk dekk.. perlu ker macam tu.. meminjam ni nk kena commit.. beli ikan kat pasar pon nk kena pilih tau! huh.

Ok.. ada sesiapa yang jujur dan ikhlas nak share dengan saya.. Bank mana yang terbaik untuk saya buat loan ASB ni??... kalau nk harap simpanan sendiri...huh..harapan je laa..

Jika ada sesiapa yang kompius mengenai Loan ASB ni.. cerkorang baca-baca sikit kat blog ni..
http://perjalananku.com/?p=2768#comment-7986
http://www.mynewstory.net/kewangan/asb-loan-maybank-vs-easy-rhb-mana-lebih-untung.html
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:UoB9Yw1n19MJ:beritasemasa.com/pelaburan-pinjaman-asb-asb-loan+&cd=5&hl=en&ct=clnk&gl=my

Banyak lagi la yang uolls boleh rujuk...

Satu malam yang sunyi jam hampir ke 2.40 pagi...sambil makan milo, belek-belek loan schedule.. Agak mudah untuk study bila Almas dah tido...ZzzzZZz.... 




Tuesday, January 8, 2013

Giveaway by Maiely Jayley....


Assalamualaikum...

Jom join GA di bawah...mudah macam kupas kacang..hahahha ...just follow syarat-syarat yang dikehendaki... dan tampal banner GA ni kat entry korang...


















Jom baca apa syarat-syarat yang ditetapkan dan hadiah-hadiahnya ialah.......

Jeng jeng jeng...

Syarat-syarat :
 
1. Wajib Follow blog Mailey , Fan Page & Twitter Mai (dekat sidebar & AKAN DI CEK)
 
2. Wajib Follow Blog sponser : 
 
•❤• Myrah •❤• •❤• Nor Hayati •❤• | •❤• Maizatul •❤•
 
•❤• Tyra Lee •❤• | •❤• Amira Zainal •❤• | •❤• Nurul Azieyan •❤•
(AKAN DI CEK)
 
3. Wajib Like Fan Page Sponser :
 
•❤• Nor Hayati •❤••❤• Maizatul •❤• | •❤• Nurul Azieyan •❤•
(AKAN DI CEK)
 
4. Tag sekurang-kurangnya 3 orang & PASTIKAN mereka tahu !
 
Haa ! 4 je syarat nye . . Senangkan ! Dah nama pun GA so mestilah ada hadiah kan ? 
 
Hadiah Gempak :
 
•❤• Blog Review By Myrah (4x) •❤•
 
•❤• Blog Review By Mailey (5x) •❤•

•❤• Blog Review By Amira Zainal (10x) •❤•
 
•❤• Phone Case By  Nor Hayati (3x) •❤•
 
•❤• Header By Amira Zainal (3x) •❤•
 
•❤• Cursor By Maizatul (2x) •❤•
 
•❤• Topup Rm10 (2x) •❤•
 
•❤• Jam Tangan Hand Made By Mailey (2x) •❤•
 
•❤• Kpop Calender By Amira Zainal (2x) •❤•
 
+ Semua peserta akan di masukan ke BLOG LIST 2013 Mai :) 
 
Penambahan Hadiah ::

•❤• Voucher RM5 By Nurul Azieyan (semua peserta) •❤•
 
•❤• Voucher Perfume 10% By Nurul Azieyan (5x) •❤•
 

 
Pemilihan Pemenang :
 
Akan di cabut undi oleh Mr. Ted Mailey sendiri ! Sweetttttt ! !
 
PnBayu tag : 
 1) si manis ayu Maria Menado
2) Yang berbahagia.. KakZakie
3) Si Choomell Cik Yaya
Done.
 

Monday, January 7, 2013

Melentur buluh biar dari rebungnya....

Assalamualaikum,

Hari ni baru berkesempatan nk buat entri... kesian blog pn. bayu..agak terabai begitu lama...

Pn. Bayu nak berkongsi rasa syukur dan bahagia pn. bayu apabila melihat ananda tercinta cuba mempraktis apa yang dilihat dan apa yang telah baba dan ummi cuba ajar dan tekankan padanya.

Walaupun belum sesempurna mana untuk Almas mendirikan solat.. tapi dia sudah capai / mencari sendiri sejadah mini yang khas digunakan untuknya belajar solat... juga secara automatik Almas akan cari tudung atau topi untuk menutup kepala bila dia nampak ummi atau baba sedang solat.

Syukur Alhamdulillah...semoga Almas lebih memahami apa yang cuba kami tekankan..untuk keseimbangan dunia dan Akhirat.

Jom cuci mata dengan gaya atau aksi Nur Almas Madihah ketika hendak bersolat dengan gayanya sendiri. Beliau tidak mahu ummi bentangkan sejadah untuknya..tapi dia sendiri yang mencari ruang yang selesa untuk beliau bentang sejadah dan bersolat kononnya... inilah yang sempat ummi rakam...



1) Beliau sedang mencari ruang untuk solat.
 

2) Ok dah jumpa ruang... 
 

3) bentang sejadah sendiri... (ummi cuma tolong betulkan arah kiblat je)
 

4) Apabila sejadah sudah terbentang rapi, terus Almas bendiri dan cakap.. "Allahuakbar" (tapi dengan pelatnya la.. "awaba" ) tangan di angkat ke telinga..terus sujud...


 5) Almas bersujud.
 

6) Amin terus masa sujud....anak-anak...(geli hati ummi nak oii.. tak pe..proses belajar)
 

7) Pandangan atas...lama betul almas sujud... solat hajat ke nak..?
 
8) haaa... lepas solat.. sambung main main masak-masak.. kepela still kena tutup..takut rambut jatuh kat masakan...hahahahha... 


Masa ini..walaupun rumah bersepah Almas kerjakan, hati ummi tetap sejuk bila Almas mula berdikari untuk belajar solat... sekarang umur Almas 1 Tahun 6 bulan. Nanti masuk 2 tahun mudah-mudahan banyak lagi tertip yang Almas  boleh buat dalam solat...In Syaa Allah.. Amin.


Thursday, January 3, 2013

Doa kami: Semoga Makcik sembuh....

Assalamualaikumwarahmatullahibarokatuh.....


Lunch tadi baru balik dari GH..menziarah sepupu yang sedang dirawat dalam unit rawatan rapi. Actually pn. bayu melawat mak cik (sepupu bonda pn,bayu) yang telah dimasukkan ke GH minggu lepas. Ketika beliau kritikal, pn.bayu berada di kampung suami...jadi tidak dapat nak jenguk ketika itu. Mujur hari ni diberi kesempatan menziarah dan berjumpa beliau....walaupun hakikatnya beliau sedar atau tidak kehadiran saya dan suami.

Sebelum melangkah masuk ke wad ICU tersebut, pn. bayu berselawat banyak-banyak ke atas junjungan Nabi SAW agar di kuatkan semangat untuk menziarah beliau di dalam wad tersebut. 

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang sedang beliau tanggung sekarang ini. Sebak hati pn.bayu bila melihat keadaan beliau. Badannya dipenuhi wayar dan mesin diletakkan dikiri kanan...Yaa Allah...sebaknya hati saya... tapi masih menahan air mata dari gugur ke pipi.

Kami tidak boleh lama berada di dalam wad berkenaan. kerana ahanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Ketika ini suami makcik telah berada di luar dan bersedia untuk masuk kerana Dr. Ingin berjumpa.

Bila di luar wad, saya berborak dengan salah sorang anak bujang yang menjaga beliau di hospital.

Ketika berborak bertanyakan keadaan makcik, tiba-tiba teringat yang makcik saya ni mempunyai anak kecil berumur sekitar 2 tahun setengah atau 3 tahun gitulah... dan di maklumkan anak kecilnya itu masih menyusu badan. Anak kecilnya itu juga demam akibat rindukan ibunya....arrghhhhh... (kali ini...saya kalah.... kesedihan tidak dapat disorok lagi... akhirnya air mata jatuh juga ke pipi).

Saya pandang ke arah suami saya....nampak juga air muka suami berubah. Mungkin dia faham..kerana Almas juga masih menyusu badan.

Tiba-tiba suami mencadangkan sesuatu... "tak boleh ke kalau you bagi air susu you?"
Walaupun saya ingin membantu...." tapi hakikatnya saya tak dapat nak memenuhi demand since Almas masuk umo setahun 3 bulan" jadi agak mustahil nak supply untuk 2 orang"... lagi pulak... (saya jelaskan pada suami)... anak makcik dah masuk 3 tahun..dia dah kenal susu ibunya, bukan baby lagi...  (suami mengangguk faham).

Saya tanyakan lagi kepada anak bujang makcik saya, " jadi sekarang adik kecik minum apa"? 
"Kami bagi vitagen je" "sebab nak bagi dia lupa..dan tak carik susu mak....." 
Sekali lagi air mata saya gugur.........

------------------***----------------

Bila masuk office balik, dan sedang mengarang entri ini, bonda saya call... katanya Dr. beritahu peluang makcik 50-50.

Bismillahirrohmanirrohim.....

Ya, Allah SWT..aku mohon padaMU ya Allah...sembuhkanlah sakit makcik ku. Ya Allah engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba mu...Jika sembuh adalah terbaik buat makcikku, KAU sembuhkan dia... jika sebaliknya... aku redha ya Allah... Juga aku mohon padaMU, kuatkanlah semangat keluarga makcikku dan anak-anaknya dalam mengharungi ujianMU dinuia ini.

Amin..amin..amin..ya robbalalamin...


Kepada kawan-kawan yang baca entri ini, saya mohon doakan agar makcik saya sembuh..ataupun sekurang-kurangnya aminkan doa saya... semoga Allah SWT memberkati kalian semua...amin.

Sedikit pesanan...kepada perokok tegar, "ingatlah orang yang tersayang" bukan hanya ketika anda sedang memandu dan ingat tagline tersebut... tapi ketika merokok...jika tidak mahu berhenti pon...merokoklah diluar rumah yang jauh dari orang lain..terutamnya orang-orang yang terdekat dengan kita... kerana mereka lah yang paling berisiko menerima kesan dari tabiat anda....... wallahualam..







Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

Bismillahirrohmanirrohim.... Assalamualaikum,

Masih belum terlambat..untuk pn.bayu ucapkan  selamat tahun baru...2013...



Malam new year kali ni pn.bayu n famili sambut dalam kereta dan di lebuhraya sahaja...tanpa cahaya bunga api yang meriah..cuma yang ada cahaya lampu jalan..lampu kereta dan hujan. Sebab waktu itu, pn.bayu sekeluarga berangkat pulang ke KL dari kampung...

Masa di kampung, pn. bayu tak sempat langsung nak berblog...rindu sangat.

Banyak masa di habiskan dengan keluarga...ialah..jarang-jarang jumpa... nak ngelat-ngelat sangat pon takut..hahahaha..kena lah ringankan tulang tolong MIL/FIL.

Atas faktor tersebut pn. bayu tak dapat nak berblog/blogwalking..juga tak dapat nak join giftaway dari kawan-kawan yang lain... Saya minta maaf yer....

Kepada En.Ismaildotcom , maaf tak sempat nak join kak mialiana.com punya giftaway...walhal...best tu dapat gift T/D... sob sob sob rugi..rugi...next time jangan serik tag saya lagi...pellissss... :)

Ucapan untuk tahun ini:
 Saya bersyukur kerana masih berpeluang berjumpa dengan 2013. Semoga pada tahun ini, Allah SWT memberikan saya rezeki yang melimpah ruah dari pelbagai sudut...dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk saya dan keluarga. Saya juga berdoa agar keharmonian rumah tangga,keluarga, rakan dan saudara juga pekerjaan dapat dipelihara berlandaskan Iman pada-MU ya Allah....
Semoga segala urusan dan pekerjaan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh MU.
Semoga diberi kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga..

Amin ya robbal alamin....