Friday, November 23, 2012

segalanya telah tertulis dalam Al-Quran, Surah Al Isra' .....


Assalamualaikum,

Selamat petang,

Selepas solat zohor tadi, sesaje je bukak FB.. pastu ternampak posting yang dikongsi oleh saudari Bibi Intan Suraya Murat (www.facebook.com/bibiintansuraya.murat )...

Allah Maha besar... tiada apa yang boleh menandingi-NYA...

Selepas membaca posting tersebut, saya juga turut terpanggil untuk membuka Al-Quran saya sendiri melihat kebenaran itu... Ya..Allah... lalainya saya dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang muslim... selama ini hanya membaca..dan mungkin kurang untuk cuba memahami / mendalami isi kandungan kitab-MU. Hanya menekankan surah-surah tertentu ketika hamil... Ampunilah hambamu ini... (azam baru terus terbit dihati saya...) Alhamdulillah...

Jika, pembaca sekalian tidak keberatan, sudilah kiranya anda membaca apa yang ditulis oleh saudari Bibi...

Bismillah...







(Picture : creadit to Bibi Intan Suraya Murat)



Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat 2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....


Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

via Bibi Intan Suraya Murat




Thursday, November 22, 2012

Doa untuk mengelak makanan yang terkena santau atau sihir


Assalamualaikum,

Pepagi masuk je office semula, dok la selak-selak diari mengapdate apa yang perlu. almaklum semalam dapat mc...huk huk huk..

Satu demi satu helaian diari diselak dari depan sampailah ke helaian akhir, hah!. ternampak la doa yang saya salin yang dikongsikan oleh Ustaz Don melalui FB beliau....tapi ai tak ingat bila.... jadi, untuk renungan dan ingatan bersama, ai masukkan dalam entri hari ni....

Bismillahirrahmanirrohim...



"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas 

Sami'ul ‘Alim".

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Bacalah doa ini sebanyak 7 kali untuk mengelak perkara yang tidak baik yang terdapat dalam makanan atau minuman /atau bacalah sekurang-kurangnya seperti yang dinyatakan di atas...


Mudah-mudahan kita dilindungi oleh-NYA...amin









 

Tuesday, November 20, 2012

Manfaat Bangun Awal Pagi..




KEKAL CANTIK DAN SIHAT
Mandi dengan air sejuk boleh membantu menghilangkan lingkaran hitam bawah mata, menyihatkan rambut, menjadikan kuku lebih kuat, sihat dan tidak mudah rapuh. Kulit pun rasa halus dan lebih lembut.

MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Aliran darah yang lancar akan menjadikan tubuh kita lebih sihat dan bertenaga. Aktiviti harian boleh dilakukan tanpa rasa lesu.

MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Bangun pagi boleh mengurangkankan penyakit ini. Jika diamalkan setiap pagi jika di izin-NYA penyakit dapat dipulihkan.

MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Air sejuk membantu melancarkan semula peredaran darah setelah lama berbaring. Sesiapa yang selalu stress boleh cuba cara ini. Ubahlah tabiat mandi pagi sebelum subuh..

MEMBANTU MENINGKATKAN GULA DALAM DARAH
Kandungan al-kartozon dalam darah adalah paling tinggi waktu pagi sebelum matahari terbit. Ia baik untuk tubuh yang mengaktifkan sel dalam tubuh dan menambahkan kandungan gula dalam darah.

MEMBEKALKAN VITAMIN
Tabiat mandi subuh hari untuk membekalkan vitamin serta bagus untuk kesihatan dan kesegaran tubuh.

MEMBEKALKAN TENAGA
Kita digalakkan untuk bangun awal pagi.Sebaik-baiknya adalah sebelum subuh kerana ia membantu membekalkan tenaga serta mencergaskan subuh.



** Banyak manfaat bangun pagi lelebih lagi mandi sebelum waktu subuh, boleh mendirikan solat subuh dengan rasa bertenaga, segar, bersih dan yakin suci....

Sumber: NONA - Nota Sihat tulisan AMY MOHD.


Sunday, November 18, 2012

SAVE GAZA !

Assalamualaikum wrbt..






Pastinya semua orang diluar sana sudah tahu apa yang telah terjadi pada saudara-saudara kita di GAZA.

Secara peribadinya saya memang tidak sanggup baca, dengar atau lihat berita mengenai mangsa-mangsa akibat keganasan oleh israel. Laknatullah

Memang tidak sanggup untuk lihat  gambar-gambar...lebih-lebih lagi keadaan anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Saya memang tak sanggup untuk melihat itu.......memang tidak sanggup.... :(

Ya...mereka perlu bantuan kita... 

Walaupun kita / saya tidak mampu menolong secara fizikal... tapi, kita harus ingat..ALLAH SWT sentiasa ada.. DIA Maha Mendengar...DIA yang Maha Besar..ALLAHHUAKBAR!!

Bagi diri saya dan anda juga, luangkanlah sedikit masa untuk kita menadah tangan memanjatkan doa kepada ALLAH SWT agar diselamatkan saudara-saudara kita di sana, agar mereka bebas dibumi sendiri...  Bebas dari kezaliman yahudi zionis..

Berdoalah walau sebaris ayat... 

untuk mereka (saudara-saudara kita di Gaza / Palestin)... 

demi ISLAM kita!

Andai kesibukan  menjadi penghalang, cukuplah kiranya kita sudi mengaminkan doa-doa dari sahabat-sahabat yang lain... bukan susah bukan..?

Semoga doa-doa kita didengari ALLAH SWT... InsyaAllah
 
Kerana Doa juga adalah senjata terbaik orang mukmin...

Berikut antara doa yang dikongsi dari FB Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, 
Sahabatku-sahabatku...mohon aminkan....



InsyaAllah .. Amin..Ya..Rabbalaalamin....


















Thursday, November 15, 2012

Surprise untuk Almas !

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah buat semua...

Semalam genap usia Nur Almas Madihah Setahun lima bulan atau 17 bulan genapppp....

Semalam juga Baba Almas kena keje di hari public holiday.... shooting untuk rancangan memsak katenye... tak sure la ape ke tajuk rancangan tu..katanya untuk siaran TV2...ontahlah den pon tak pasti!

Balik dari keje, En. Suami seperais kan anak dare dengan toy baru... TOY BARU!! ??? bulan ni 3 toy untuk Almas.... adedede...doakanlah ummi dengan baba murah rezeki yer nak....boleh beli toy tetiap bulan tuk Almas... *_* 

Bila dapat mainan baru...pheeww...sangat teruja anak dara ni.


tengok tu , gaya anak dara ai masak, masak kejap je..dok la kira untung memanjang lepas tu..hahhaha...

Gaya dah ada, skill kena gilap lagi... muah!

Mudah-mudahan anak ummi dengan baba ni minat memasak sampai ke beso..rajin toloong ummi masak.... kot la ada rezeki..ada bakat.. bole la Almas masuk Junior Master Chef Malaysia nanti...ahakss...verangan tol ummi almas...ahahahha

Almas sangat teruja and happy yoo... TQ Baba...(almas cakap..che baba)

Wassalam..
 


Wednesday, November 14, 2012

Mom's day out!

Assalamualaikum,

Nak kongsi satu rahsia...(iklan oreo)...hehehhee
Agak macam tak logik kan orang tinggal kat KL...agak betahun tak pegi KLCC yang dibanggakan itu.
Yer...memang tak logik...lelebih lagi ai yang dilahiran di kl..membesar..sekolah ..keje semua kat KL...hahahhaha nak pegi KLCC pon kena amik cuti..? lawak!

Mungkin ramai lagi yang diluar sana sama seperti ai...betul tak?

Dulu jalan kaki je kot nk ke KLCC....almaklum..sangat dekat dengan rumah... (eksennye..!)

Hahahha.....ok ok la...bukan nk X sangat..tapi ini semua jadi bila si lulu pegi KLCC dan mewarwarkan perubahan diKLCC tu pada ai..banyak sangat perubahan...! ai lagi la dah tak boleh bayangkan perubahan tu tang mana... memang sangat lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kot tak turun KLCC... Life Partner ai tak baper gemor tempat crowd.....ok perlu maklum hal itu. :P

Dipendekkan cerita, 
dek kerana stress kerje dan kami perlukan sesuatu untuk diri sendiri so cuti terancang/ tidak terancang pon berlaku...hahahahahha (kalau Pn. LULU dan Pn. HAHA bace ni..agak-agak pecah perut kot diorang gelak!)
Operasi ai dan LULU bermula seawal jam 8.00 pagi...<-- giler awal kan? 

Mom's day out! is begin....!


Hah... see.... rapidKL dah guna benda alah ni untuk train LRT...serius! ai baru je tahu!... 0_o

Jom tengok wayang.
 untuk ai, agak kekok nak beli ticket..sebab sangat lama jugak tak tengok wayang di pawagam.. asyik berwayang dirumah je sambil baring-baring (opss! positifkan minda anda)... 
kalau tertido. boleh repeat cerita! hahahahahah!
ok. la ni layan  Paranormal 4. Yang lawaknye masa beli tiket, boleh tak nampak SKYFALL..bila ticket tu creet..crett..cret.. keluar dari mesin..baru ai nampak???! cis..terlambat!!

 AJIB ismy BOY... hahahhaha...

Hasil tangkapan kali iini.

  
hahahahha...meh gelak dulu... dek kerana lama tidak menggunakan pengangkutan awam, nak naik LRT star pon dah terkial-kial..siap salah masuk (arah). Manalah kitorang tahu dah tak payah keluar masuk beli tiket baru...hahhahha tak payahlah nak cerita...menangis dibuatnya. Masa pegi ke arah KLCC siap terlepas stesen....hadoiiiiiyai

oklah itu je buat masa ni.
 
 
 

 My day out with owner of ENVYME and Owner of QUEEN STUFF

phewwww..iklan percuma weeii...hikss.. untuk kawan-kawan... :)

ok..bila next projek?

ai ungguuuu......


Tuesday, November 13, 2012

Bihun Goreng untuk baby

Bihun goreng untuk Cik Almas Madihah.


Bahan-bahan A:

Bawang merah (kecil)
Bawang Putih
Ikan bilis
Sedikit olive oil / butter untuk menumis

Bahan-bahan B:

Lobak Merah
Kicap manis sedikit
Kicap masin / soya sos sedikit
Telur (mengikut portion masakan anda) saya gunakan separuh sahaja.
Bihun

Cara-cara:

Celur Bihun dan tapiskan.

Tumbokkan bahan A hingga benar- benar lumat.
Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila naik bau letakkan sedikit air.
Masukkan lobak, masak sedikit hingga air agak2 kering / lobak agak lembut.
(pecahkan telur) Massukkan telur dan gaul sebati, lepas itu masukkan kicap manis sikitttttt..soya sos sikitttt...
seterusnya masukkan bihun dan gaul rata...dan siap.
saya makan pon saya suka...heheheheh