Wednesday, February 20, 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

Tidak pernah berkahwin pulak....???


Assalamualaikum.....

Nak menyelit jugak la sikit cerita mengenai retisss ni...

PhotobucketPhotobucket

Semalam kecoh pasal kenyataan Fizz Fairuz yang bertunang dengan seorang wanita yang di dakwa sebagai isteri seseorang...

Dan... sekarang.... wanita berkenaan..memberikan kenyataan balas..menafikan tidak pernah berkahwin...

Peningg....oiiii....!!

Kalau nak tahu cerita lanjut.... clik SINI   

Buat Almy Nadia....banyakkan bersabar....Hikmah Allah itu indah dan terbaik dekk... jadi jangan berhenti berdoa untuk mendapat Rahmat dan Hidayah dari-NYA ....




              

                              

Monday, February 18, 2013

Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi.

 UNTUK IKTIBAR BERSAMA...




Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.

Sumber : Berita Harian


INFO DARI BERITA TERKINI TV3:

Mahkamah Sesyen Kuantan pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia atas dua tuduhan mendera bayi.

Ini selepas tertuduh, Yulianna mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Azhar Osman.

Tertuduh yang berusia 24 tahun didakwa melambung bayi berkenaan, Mohd Hareez Mohd Zamri, empat bulan, sebanyak sembilan kali di sebuah rumah di Bukit Setongkol kira-kira jam 7:45 pagi pada 15 February lalu.



psst:: kedalam jua kamu! Pn.Bayu memang tak sanggup tengok video berkenaan... tapi cukuplah... Allah SWT maha besar yang berhak memberi hukuman.... ini baru balasan di dunia..... semoga kamu insaf !!!

Betulkan yang biasa..Biasakan Yang betul (Sunnah Yang Ditinggalkan!)


 Assalamualaikum... "Betulkan yang biasa..Biasakan Yang betul"..

Sunnah Yang Ditinggalkan!


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.


Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.


“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”


Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.


“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.


“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”


Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.


“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”


Ustaz mengangguk dan beredar.

---------------------------------------------------------------

Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.


Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.


#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

 ::Sumber FB.::

Cats Fight Giveaway ..by Miss Spectacles

Assalamualaikum....
















Jom Join G.A ni... 

jangan lupa CLIK  tau!!

GOOD LUCK...

Monday, February 11, 2013

entri terhad semasa CNY..

Asslamualaikun..salam 1 Malaysia, dan selamat menyambut Tahun Baru Cina 2013.
Entri ni pn. bayu guna phone je buat masa ini. my long weekend and CNY di sambut kat kampung. hahahha.. serious dah macam sambut raya kita sendiri..hahahaha... bukan apa tau..bizi dengan jemputan perkahwinan.. bayangkan! 3 majlis serentak dalam 1 hari.. kan dah rasa macam pegi round-round berkunjung ke open house raya! hahahahhah....Bila dah balik kg. waktu ni la berkumpul semua adik beradik (belah en. suami).. meriah rumah oi! hah..see..memang terhad masa nak bersosial di alam maya.

Ok. pada sesiapa yang berkelapangan cuti panjang ni.
 jom join g.a ni... pn. bayu ada sponsor hadiah...memang berbaloi.
... (pn.bayu punya ayat favrt!) :p meh picit di SINI... good luck ya.

Selamat bercuti dan berhati-hati memandu...

wassalam...

Friday, February 8, 2013

(Perhatian) BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

(Perhatian) BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan(mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?

Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya(WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat(kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asaknya Michelle LaVaughn Robinson, DLL..

Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barang siapa yang mengaku sebagai sanak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

renung-renungkan......dan selamat beramal...

Wednesday, February 6, 2013

Lain , kekok dan bedebar debar...

Assalamualaikum,

Jauhnya gab dengan entri sebelum ini.



Pn. Bayu agak BZ dengan kerja-kerja yang perlu disettlekan sebelum Tahun Baru Cina yang akan datang.

Pn. Bayu ucapkan, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013 kepada semua kenalan yang menyambutnya... tak kira bangsa...kita kan 1 Malaysia maaaa....

Minggu ni agak lain dari biasa... degupan jantung juga agak lebih kencang.

Nak join gang-gang lama jugak agak berdebar dan agak kekok....mungkin dah lama tak lunch sesama atau faktor keadaan semasa.... bimbang disalah erti.

Telah berusaha sedaya upaya untuk membuat yang terbaik pada peluang ke 2 yang diberikan.

Yang lain.... Berserah je pada Allah....

Keputusan yang masih samar-samar ni.buat jantung lebih laju berdegup....  haihhh..selera pon tak fokus. Eh! selera pon harusss fokus???! hahahhaa....

Entri santai ni untuk mententeramkan jiwa yang masih dalam keadaan tegang sekarang.

Wassalam.