Sunday, August 18, 2013

Sakit mental atau dadah atau ajaran sesat?


Kuala Lumpur: Lelaki yang tergamak menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darahnya dipercayai mempunyai masalah psikiatri serius dan kronik.
Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Osman Che Bakar berkata, kes pembunuhan seperti itu lebih merujuk kepada masalah dalaman iaitu mental pelaku yang boleh dipengaruhi faktor delusi atau sesuatu kepercayaan.

“Ada kemungkinan individu itu tidak mendapat rawatan psikiatri dengan betul atau tidak mengambil ubat untuk mengawal diri daripada melakukan perbuatan kejam ini,” katanya.
Menurutnya, mereka yang mempunyai masalah psikiatri kronik mempunyai anggapan dan fahaman tidak logik hingga mempercayai sesuatu yang bukan realiti.

“Ketika dia melakukan perbuatan menyembelih itu, dia percaya tindakannya mahu menyelamatkan diri dan anggota keluarga lain.

“Malah, dia percaya mangsa yang dibunuh itu bukan anaknya tetapi syaitan yang menyerupai,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, faktor halusinasi juga boleh mempengaruhi pelaku apabila mendakwa mampu mendengar suara seseorang yang menyuruhnya mengambil tindakan sedemikian malah kejam.

“Wujud juga sesetengah kes bunuh akibat pengaruh dadah hingga tidak dapat mengawal diri secara normal,” katanya.
Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia selepas disembelih bapa kandungnya di rumah datuk kanak-kanak itu di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, Lahad Datu, Sabah.

Datuk mangsa, Imam Nasir, 58, berkata, cucunya dibunuh ketika menonton televisyen dan bapa mangsa menghirup darah anak bongsunya itu dipercayai sebagai amalan ilmu hitam untuk menjadi kebal.


 ** p/s:: apapun alasan dan sebabnya.... kukuhkanlah iman kita sebaik mungkin..kerana itu senjata untuk memerangi perkara seumpama diatas.... mengelak lebik baik dari mengubati...tapi segala yang baik datang dari Allah yang buruk datang dan puncanya dari kita sendiri... semoga jadi iktibar buat kita.
-sumber harian metro

1 comment:

  1. Bila iman tidak dibaja tidak mustahil hasutan syaitan mudah menggoda. Inilah akibatnya. Sedih, tapi dah banyak kejadian seumpama ini. Bersama kita jadikan iktibar..

    ReplyDelete