Assalamualaikum,
Just nak kongsi dengan uolls....
Dulu PB pernah ada pengalaman mengajar... Cikgu sekolah rendah...
Anak murid pon comel..comel belaka....
PB mengajar subject Bahasa Melayu dan menjadi cikgu muzik....
Anak-anak Murid PB terdiri daripada pelajar darjah 1 hingga darjah 3...
Seronok mengajar anak-anak ni sebenarnya...walaupun kekadang stress tidak boleh dielakkan..
Know what ?... kadang-kadang mengambil masa berhari-hari hanya nak betulkan sebutan "Air" bukan "Aiyer" atau "Ayer".... nama pon budak kan ?! hihihihi...
Dalam stress mengajar..kekadang hilang bila time menanda buku..
Korang mungkin pernah terbaca kat mana-mana posting pasal soalan dan jawapan pelajar-pelajar ni kan...
Jawapan yang pelik-pelik mengikut logik fikiran anak-anak..? memang tergelak sensorang... Tapi harus dibetulkan.
Ada juga yang buat PB tergelak besar..bila tengah tanda buku anak murid..yang melukis kononya seekor burung... tapi ada 4 kaki...dan ada gigi besar-besar....
HAHAHAHAHAH................memang hilang stress...
itu kisah dulu....
Sekarang....
PB bukan lah tenaga pengajar......
PB diberi tanggungjawab dalam menjaga projek / kajian pelajar undergraduate....
Memang kebanyakkannya pelajar akan cari PB untuk refer macam-macam mengenai perihal projek ni.
Stress?? tipu kalau takde... tapi.... hari-hari doa pada ALLAH..agar dipermudahkan segalanya.
Dan PB percaya, Buat baik pada orang...kita juga akan mendapat perkara yang sama. In Shaa Allah.
Macam-macam ragam pelajar yang ditemui... lebih-lebih lagi pelajar tergolong dalam pelbagai peringkat, jantina dan umur...
Ada yang nak tangguh...merayu rayu nak tangguh... tak paham prosedur... salah format... keep on calling hanya nak tanya perkara remeh (bagi kita laa)
Tapi segala stress hilang kalau kita bantu dia sehingga faham... Bantu dia menjawab soalan...bantu yang termampu...walaupun sesibuk mana kerja kita...tapi bukan berdiam diri ye..
Dan rasa stress dengan soalan yang sama hari-hari hilang bila.... pelajar-pelajar ni hargai bantuan kita yang sedikit itu dengan ucapan terima kasih.... Pastu kita juga akan rasa syukur sebab dapat bantu pelajar tersebut menghabiskan projek mereka...tanpa perlu penangguhan.... kan bestt....
Kat sini ada beberpa print skirn karenah pelajar-pelajar ini menerusi e-mail... tak boleh tunjuk semua...nak gali bali pon agak malas...banyak sangat... hehehehe..
Apa-apa pun.... setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah Ta'ala... Amin