Sunday, June 23, 2013

Jerebu yang agak teruk....

Assalamualaikum,

Bagaimana dengan keadaa sahabat-sahabat dan pembaca tulisan Pn. Bayu ini?.di harap semuanya dalam keadaan sihat...


Jerebu nampaknya agak teruk.... dan sangat membimbangkan Pn. Bayu. Kenapa nak bimbang...?? Mana tak nya...Bimbang kesihatan anak la... rasanya semua ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih kecil..mesti ada perasaan yang sama.... 

Tadi nak hantar anak ke rumah babysitter pon rasa macam berat je hati.... Risau.

Rumah BS tinggi wooo tingkat 14 ... ada masanya bumbung flat pon tak nampak... @_@

Jadi, apapun kena tawakal dan berdoa agar Allah melindungi Almas dan memberi kesihatan yang baik buat Almas, anak-anak kita...dan kita semua.....

Pn. Bayu kat Office  ni pon rasa tak selesa dah ni..siap tutup mulut pakai tudung.. Mask tak sampai-sampai lagi.....

Semalam terpaksa keluar rumah untuk menghadiri jemputan kahwin dari salah seorang relative... ketika dibawah khemah menikmati juadah....ternampak seorang lelaki yang Pn. Bayu tak tau nak lebel apa... dalam keadaan jerebu yang agak teruk diluar...boleh pulak dia dengan selamba menyalakan dan menghisap rokok ditengah-tengah manusia dalam khemah berkenaa... hissss.geram je rasa.... rasa nak jotos je kepala dia.... kesian kat orang tua dan kanak-kanak kecil disekeliling dia....

Satu lagi situasi..masa on the way hantar parent balik umah after the kenduri la... nampak seorang lelaki..Pn. Bayu assume bapak kepada budak yang tengah digendong. Dekat area yang Pn.Bayu lalu tu, jerebu agak teruk la... tapiiii...dia boleh bersidai kat tepi jalan tu...dengan anak dia yang masih kecil..didudukkan anak tu kat atas pagar sambil tangan kiri memelok anak...dan tangan kanan pula sedang merokok....(mungkin lepas makan kot, sebb situ area kedai makan).... gilerrr laaa... dah la tak pakaikan anak mask.... pastuu..ishhh...susahlaa nak describe feeling ni...sedihhh! kesian kat anak dia...



Sila patuthui langkah keselamatan ketika jerebu -

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
  • Kerap mengambil Wudhu' bagi umat Islam (sekaligus dapat mencuci bahagian yang kerap terdedah seperti muka)
Ya..Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....turunkan lah hujan....... amin....

1 comment:

  1. BW n Follow here! Follow back maybe? Thanks!

    Btw, Join jom!
    http://koxtau.blogspot.com/2013/07/2013-giveaway-from-farra-izzaty.html

    ReplyDelete