Wednesday, June 26, 2013

ganggu tido malam saya...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah jerebu di kota kuala lumpur semakin baik.

Entri hari ini, nak update sebab hujung minggu lepas 2 malam tido terganggu....

Ini bukan sebab perkara-perkara Mistik... tapi sebab kecuaian sendiri..... sob sob sob...

Hujung minggu lepas, Pn. Bayu ada buat sedikit majlis untuk Birthday Almas.. (dalam draft entri...). Majlis kecik-kecik je buat keluarga terdekat dan jiran-jiran je...

Main menu adalah Soto nasi yang dimasak dirumah Bonda Pn Bayu....

Entah macam mana nak ngelak ..tak perasan tepi kereta belah kiri terhimpit kereta yang sedang parking kat situ. (Kawasan rumah Bonda adalah kaw. rumah Flat...paham-paham la diorang parking macam-mana..double parking kiri kanan okayyy).

Tiba-tiba terdengar bunyi macam tin kena pijak / lenyek... tahu la kan, panic button perempuan ni..cepat sangat berfungsi...huhu...

Uwaarrrr.... kena kereta orang...kereta sendiri pon MENDAPAT beberapa garisan dalam!...



HUH... panic giler... (sebab ada orang nampak)1st, takut kena sembur dengan pemilik kereta yang kena gesel... 2nd, takut kena marah dengan en. suami... 

What ever it is...park my car in front kereta ITU and take picture, coz kena naik dulu rumah Bonda ambil semua makanan dan penumpang- sebab majlis dah nak mula. Dan ambil pen dan kertas nak tulis no. fon untuk diselitkan cermin kereta ITU .

Tiada niat untuk larikan diri. Sambil kepala buat calculation $$$$ entah baper la kena tuang RM pasal benda ni.

Turun je bawah... Kereta ITU dah TAKDE..????!!! mana pegi? dia sedar ke kete dia kena gesel..?? ke.. memang ada kesan lama sebelum kecuaian Pn. Bayu ek?

Sehingga hari ini, bila lalu kat kawasan rumah Bonda, mata sambil memerati kot nampak kereta tu... dan sambil menunggu ada orang buat tuntutan....

Memang lepas kejadian tu, asyik terbayang-bayang je...takut ..sebab tak dapat settledown dengan owner.  

Serious risau, risau owner kereta tu ingat Pn. Bayu nk hit and run pastu dia nak balas dgn cara yang agresif ...no no no!.. 

Kalau Allah SWT takdirkan Pn. Bayu bebas dari menanggung kos baik pulih kereta ITU..syukur Alhamdulillah... walau mustahil, Pn. Bayu menyimpan sedikit harapan untuk itu.... @_@

Semoga perkara yang tidak baik dapat dielakkan.... Risau dan Takut...kamu pergilah jauh-jauh .... 

Semoga Hati ini lebih tenang.... 





Sunday, June 23, 2013

Jerebu yang agak teruk....

Assalamualaikum,

Bagaimana dengan keadaa sahabat-sahabat dan pembaca tulisan Pn. Bayu ini?.di harap semuanya dalam keadaan sihat...


Jerebu nampaknya agak teruk.... dan sangat membimbangkan Pn. Bayu. Kenapa nak bimbang...?? Mana tak nya...Bimbang kesihatan anak la... rasanya semua ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih kecil..mesti ada perasaan yang sama.... 

Tadi nak hantar anak ke rumah babysitter pon rasa macam berat je hati.... Risau.

Rumah BS tinggi wooo tingkat 14 ... ada masanya bumbung flat pon tak nampak... @_@

Jadi, apapun kena tawakal dan berdoa agar Allah melindungi Almas dan memberi kesihatan yang baik buat Almas, anak-anak kita...dan kita semua.....

Pn. Bayu kat Office  ni pon rasa tak selesa dah ni..siap tutup mulut pakai tudung.. Mask tak sampai-sampai lagi.....

Semalam terpaksa keluar rumah untuk menghadiri jemputan kahwin dari salah seorang relative... ketika dibawah khemah menikmati juadah....ternampak seorang lelaki yang Pn. Bayu tak tau nak lebel apa... dalam keadaan jerebu yang agak teruk diluar...boleh pulak dia dengan selamba menyalakan dan menghisap rokok ditengah-tengah manusia dalam khemah berkenaa... hissss.geram je rasa.... rasa nak jotos je kepala dia.... kesian kat orang tua dan kanak-kanak kecil disekeliling dia....

Satu lagi situasi..masa on the way hantar parent balik umah after the kenduri la... nampak seorang lelaki..Pn. Bayu assume bapak kepada budak yang tengah digendong. Dekat area yang Pn.Bayu lalu tu, jerebu agak teruk la... tapiiii...dia boleh bersidai kat tepi jalan tu...dengan anak dia yang masih kecil..didudukkan anak tu kat atas pagar sambil tangan kiri memelok anak...dan tangan kanan pula sedang merokok....(mungkin lepas makan kot, sebb situ area kedai makan).... gilerrr laaa... dah la tak pakaikan anak mask.... pastuu..ishhh...susahlaa nak describe feeling ni...sedihhh! kesian kat anak dia...



Sila patuthui langkah keselamatan ketika jerebu -

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
  • Kerap mengambil Wudhu' bagi umat Islam (sekaligus dapat mencuci bahagian yang kerap terdedah seperti muka)
Ya..Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....turunkan lah hujan....... amin....

Wednesday, June 19, 2013

Ini namanya bukan Rezeki saya.....

Assalamualaikum,

Korang dah baca Entri INI ... kalau belum silakan baca...tengok seimbas pon takpe...

Entri tersebut dah lama dalam draft... buat sikit..sikit... kan hari tu dah kata BZ giler kan? tapi still curi masa nak buat entri tu... sebab itu agak panjang kerana siap ada komen lagi untuk setiap episod..... (tengah sedih ni)...

Entri itu dipos selepas tarikh dan masa yang ditetapkan.... and..confirm entry tersebut DISQUALIFIED !!!  uwwaarr..... 

Walaupun dah miss date and time.. still nak post juga entri tu..sebab ...sebab..sebab... untuk MALAYSIA...

Kronologi saat-saat akhir yang dipanggil "halangan/ cabaran" untuk saya post entri sebelum waktu tamat:-

19 Jun 2013 (Wednesday)

8.30am - 5.30 pm  : 
Office Hour ... curi edit entry time makan tengah hari.... (still tak cukup masa!) konon-konon nak sambung kat rumah...sebab dah ada lappy kan..... so lega sikit.....

6.00 pm-  :
Sampai rumah. Layan anak dara. Solat Maghrib. Dinner. Sambil layan drma Teduhan Kasih. Sambung layan Anak dara (sebab baru charge energy -afternoon nap). Solat Isyak...Layan Almas lagi..  Ummi Doklah jeling jam...dengan harapan anak tido awal... 

 Melayan Almas..untuk makan papaya....hasil creativiti Baba Almas.




10.00 pm   :
Segar lagi mata anak dara. Boleh pulak nak sambung Makan. Pastu poo poo .... 

10.45 pm :
Almas saje je... tak mo tido..siap merengek nak ice cream memalam gini....  Ummi: sabar jelaa.. dugaan ni. (mata asyik tengok jam..tengok lappy...)

11.00 pm  : 
Almas nak susu pula.... Ummi buatkan sambil on IPad.. tengok Shaun The Ship. (hati ummi dah bedebar-debar...)


Dah gelap gelita....


11.45 pm  : 
Almas nak BF pula.... alahai...nampaknya masa ini...perlu la lupakan peluang nak ke MU... hahahahahha (berangan woiii) ada berapa minit je nk buat submission. 

12.30 m/n  :
Almas dah sleep.... ummi bangun capai IPad..nak berblog guna IPad kononya.... tapi hampeh...grrrr...geramnyaa...takboleh pula nak edit drat.... dugaan apakah ini...hahahhahahaha....



12.45 m/n  :
Pegi lappy pula..... nak menagis !!!! pesal tak boleh connect internet!! gerammm...geramm... Ok..lappy tu dah lama beli..tapi tak penah guna individualy ... en. suami yang rajin guna...tak tau pulak dia buat dual monitor dengan pc lagi satu... nak kejut en. suami semata-mata itu....hurm... baik tido mimpi je!

end up...tido dengan hati yang bungkam....  <--- super novel ayat ini... tido jelah dah tak boleh buat apa....

Nampak tak..? namanya takde rezeki kan? kalau ada rezeki..takkan kemana... Perancangan Allah itu lebih baik dan terbaik.... :)


Mencari Ramli 2 - Voting Time


Assalamualaikum,

Hah camner uolss semua.. ada follow Mencari Ramli 2?

Dalam tak sedar MR2 dah masuk episod 9 ok..! Lama dah nak buat entri ini, tapi dok bz... TAPIII.... no hall.. Demi Ramli, hari ini saya realisasikan entri ini...hehehehehe

Pada korang yang terlepas rancangan mencari ramli yang telah pon ditayangkan sejak 19 April lalu jangan risauuu... MyTeamMalaysia baik hati muat naik setiap episod dalam laman Youtube. Pada yang terlepas episod lalu... boleh clik kat link-link dibawah ini yer atau copy and search kat Youtube.. senang je kan..? ...sambil nonton..sambil suvey siapa yang korang rasa Ramli yang dicari.... undi..jangan tak undi ye... undian korang adalah penyumbang kepada Ramli yang dicari...

Program mencari Ramli ke 2 bersiaran di TV 3 pada hari Jumaat jam 7.30- 8.00 Malam... sila set dalam alarm anda ye...

Episod 1 : http://youtu.be/6gbPdhHFE9I
Keterujuaan ibu bapa boleh dilihat bagi menyokong anak-anak mereka untuk menghadiri uji bakat yang dianjurakan untuk Mencari Ramli 2. Semangat sokongan dan dorongan daripada ibu bapa membangkit semangat anak-anak ini untuk menunjukkan bakat yang lebih dinamik agar terpilih untuk MR2 ini. Uji bakat yang adil dan saksama diberikan kepada setiap peserta yang berdaftar agar dapat menunjukkan bakat dan skill masing-masing. 7 perkara yang perlu ada.... BAKAT, TEKNIKAL, TAKTIKAL, SKILL, KEPINTARAN, KELAJUAN DAN KEKUATAN... haa..anda ada semua itu..? pastikan anda ada untuk menjamin tempat di MR2. Jangan lupa tonton episod seterusnya yang dihoskan oleh Akim Ahmad... semangat nih.!

Episod 2 : http://youtu.be/qCw5Yl4lwcI
Saringan untuk uji bakat seterusnya... Bagus.. kita boleh lihat pelbagai bangsa turut serta dalam uji bakat yang dijalankan. Bukan sahaja semangat sukan je yang kita nampak... semangat 1 Malaysia itu juga penting..! ehem.. ramai peserta yang meletakkan impian untuk ke MU... masuk MR2 ni, jangan hanya sebab nak pegi MU yer... semua aspek perlu dijaga..ingat 7 perkara tu.... hanya yang terbaik akan ke MU untuk menambah ilmu dan skill disana.

Episod 3 : http://youtu.be/csjGwQ-gKy8
 Fasa ke 3, pemilihan peserta yang lebih komplek untuk mencari MR2. Episod kali ini menyaksikan peserta-peserta mempamerkan bakat semaksima yang boleh untuk menempah tempat ke peringkat seterusnya.

Episod 4: http://youtu.be/KfSeXxG22Qc
 Macam-macam adengan yang dipaparkan.... tergelak juga saya tengok. Bukan itu je.. pelbagai cabaran juga yang perlu ditempuh oleh para peserta...kesian..kesian..tapi itulah cabaran.. :) saya suka bila Akim kata...pelbagai rupa...ketinggian, warna kaum... hehehe siapa Ramli yang dicari antara mereka?

Episod 5: http://youtu.be/KGtV8gWfZiU
 Susah jugak untuk memilih pemain antara peserta yang telah disaring ni..masing-masing dah tunjuk bakat dan segala skill yang ada... masa ini, juri atau jurulatih perlu menilai daripada setiap aspek untuk memilih yang terbaik, yelah dari 222 kepada 30 orang sahaja! peningkan?.... Yang pandai...ada taktikal yang hebat...skill yang menarik... dialah MR2 yang dicari.....

Episod 6: http://youtu.be/8qXRsjeX21A
 Memperkenalkan 15 peserta yang layak untuk 30 terbaik... HAHAHAHA.... pandai pula peserta-peserta ni bergiomy kan....lawak...lawak... hah camtu lah jangan stress sangat...

Episod 7: http://youtu.be/v-PdYXIsExI
Memperkenalkan lagi 15 peserta untuk melengkapkan 30 yang terbaik. DANNN... ada tambahan 10 lagi peserta.... tengok jangan tak tengok... TQ TM bagi diorang peluang....
Suka betul tengok Akim jadi host.... besttt..
Baru saya tahu kat Janda Baik ada akedemi bola sepak (Akademi Frenz United )... hurmmm menarik..lengkap dengan Gim bagai....terbaiklah untuk adik-adik ni.... gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin!

Episod 8: http://youtu.be/3eyY9FSvKHQ
Menyaksikan 39 peserta yang perlu bersaing bagi mendapat tempat 30 yang terbaik. Akademi Frenz United menjadi lapangan kepada 39 peserta ini membuktikan bakat dan skill masing-masing bagi meneruskan perjuaan mendai Ramli Yang dicari.
sedih bila tengok ada yang tersingkir...........



Episod 9: http://youtu.be/ccI-bLw66Kc
Latest episod MR2 episde 9: 30 Peserta yang mara ke peringkat seterusnya...selepas penyingkiran 9 peserta......



Jadi...bermula 24 Mei 2013 hingga 28 Jun 2013, semua penonton boleh menghantar undian bagi mengekalkan peserta favorite anda terus berjuang...pengundi pon boleh mendapat hadiah tau... tengok ni...syokkk wooo. Pn. Bayu sangat suka pada Mazwan a.k.a Obama, seorang yang sangat berkarisma, kelebihan fizikal (tinggi), ada nampak ciri-ciri kepimpinan kat situ... dan seorang yang agak sporting ..... mungkinkan dia Ramli ke-2 yang dicari...In Syaa Allah.... 

saya tetap menyokong apa jua usaha bagi memastikan Malaysia melahirkan pemain-pemain yang bertaraf antarabangsa dan juga sorakan Goooalllll!! disetiap stadium untuk setiap perlawanan. Bangkitkan semangat penyokong kita. Bangkit Malaysia!!!

Hadiah para pengundi:







cara-cara mengundi:  

SMS VOTE[NUMBER OF VOTES : 5/10][SPACE]RAMLI[2 DIGIT NUMBER : 01-30] to 26268
eg: VOTE5 RAMLI05 – Submit 5 votes for Mencari Ramli 2 Participant Number 05.
      VOTE RAMLI07 – Submit 1 vote for Mencari Ramli 2 Participant Number 07
 
**Free of charge on the first time you submit your vote(s) (Regardless of the number of votes)
*Cost – 1 Vote = RM0.50, 5 Votes = RM2.00, 10 Votes = RM3.5

Jadi...anda juga penentu pencarian ini jangan lupa hantarkan UNDIAN anda !,




Jangan lupa saksikan Mencari Ramli 2 setiap JUMAAT 7.30-8.00 Malam di TV3! 
Dan layari website Mencari Ramli 2 (http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/)



                                                 Tq TM




Wednesday, June 12, 2013

Suami Aku Ustaz..!

Assalamualaikum,

Just nak share, korang dah pernah baca buku ini tak...?



Sebenarnye dah lama nk post entri pasal buku ini. tapi...terlampau bz.....

Buku ini Pn. Bayu pinjam dari library,hahahhaha 2 bulan baru dapat habiskan...so lamaaaaa... huhu

Buku ni sangat menarik minat Pn. Bayu dengan isinya... dan sambil baca, sambil membayangkan watak dan jalan ceritanya.... nak belajar tentang ciri-ciri keluarga bahagia..pon ada rasanya dalam ini. Ishh...banyaklah yang kita boleh pelajari untuk diterapkan dalam kehidupan harian kita...kalau korang nak tau... tak lama lagi.... cerita dari novel ini akan masuk panggung..... yehuiiii tak sabar giler nak tengok versi wayang......wink wink..

Pelakon : Adi Putra dan Nora Danish ... memangggggg sesuai..... 
(Kita belajar yang baik-baik aje yer.. yang tak baik tolak tepi).

 Yang dibawah ini, antara Doa yang saya suka... Pn. Bayu cedok sikit doa ini... untuk memohon kebaikan kepada ALLAH SWT...  :)




Rasanya nak beli novel ini untuk koleksi sendiri....kotlah leh tengok tayangan perdana... jumpa retis or penulis novel ni...boleh conteng-conteng....kikikiki..... terasa macam zaman sekolah pulak nak mengotogeraf..otogeraf bagai.... huh... Feeling Muda itu penting.... hahahhah buang tebiat tol Pn. Bayu ni.. ok lah... korang yang belum baca... cetry baca...sure senyum sensorang....  :P


Ok . jumpa lagi...

Wassalam.

Tuesday, June 4, 2013

kalah!

Hari ini akhirnya kekuatan yang disimpan....terasa beratnya....

Hari ini... motivasi diri yang menjadi nadi aura positif...rapuh...

Hari ini...air mata jadi hadiah kekalahan.... 

Kekalahan menahan tekanan...!

Kalah menahan keperitan kata-kata tajam!

Duhai hati.... sabar laaa....

Sabar dan istighfar ubat yang paling mujarab... 

Ermm...

Senyumlah..seperti biasa....seperti tiada apa-apa yang berlaku....

Hidup ini umpama roda.....

Ikhlaskan setiap ibadah....

Moga Allah memberi sesuatu hikmah...hikmah Allah itu indah...

Pelangi akan muncul selepas hujan...

Senyumlah....

Saya tak suka dengan kekalahan ini.... sedih pegi jauh-jauh...!!!