Monday, February 18, 2013

Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi.

 UNTUK IKTIBAR BERSAMA...




Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.

Sumber : Berita Harian


INFO DARI BERITA TERKINI TV3:

Mahkamah Sesyen Kuantan pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia atas dua tuduhan mendera bayi.

Ini selepas tertuduh, Yulianna mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Azhar Osman.

Tertuduh yang berusia 24 tahun didakwa melambung bayi berkenaan, Mohd Hareez Mohd Zamri, empat bulan, sebanyak sembilan kali di sebuah rumah di Bukit Setongkol kira-kira jam 7:45 pagi pada 15 February lalu.



psst:: kedalam jua kamu! Pn.Bayu memang tak sanggup tengok video berkenaan... tapi cukuplah... Allah SWT maha besar yang berhak memberi hukuman.... ini baru balasan di dunia..... semoga kamu insaf !!!

6 comments:

  1. Macam tak setimpal balasan itu kakak rasa bila mengenangkan sekarang anakanda Hareez menanggung derita selain ibu-bapa dan keluarga mereka dirundung rasa duka.

    ReplyDelete
  2. bagi Bayu, perlu beberapa libas rotan di kenakan kepada amah tersebut... biar sama rasa sakit secara fizikal yang di tanggung oleh baby berkenaan... baru setimpal kot..

    ReplyDelete
  3. Disamping beberapa libasan rotan dan hukuman penjara, amah tu dilambung juga beberapa kali supaya dia rasa gayat dan serik tak mau lambung lagi bayi. :).

    Done follow your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ AMIR..
      mael lambung pon tak buat camtu kan...hehehehehe

      Delete
  4. geram jgk tgk muke indon tue !! rse nk bg sebiji je kt muka dia . . nt kalo dia dh kahwin, biar ank dia kena lambung mcm tue jgk . . baru dia tau . . eeee !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar kata dia dah ada anak..? tapi tak pasti betul ke tak... mana la dia letak perasaan manusia masa tgh lambung baby tu...huh

      Delete