Thursday, February 9, 2012

kepada-NYA kita akan kembali...

Assalamualaikum,

Al-Fatiha.... saya sedekahkan kepada ahli keluarga saya, saudara, rakan-rakan mahupun saudara seislam yang telah kembali kerahmatullah.....

Amin...

Beberapa hari yang lalu...saya dikejutkan dengan beberapa berita pemergian salah seorang ahli keluarga beberapa orang teman yang dikenali...

Ada yang sempat saya ziarah ada juga berita yang diketahui hanya melalui email dan sms sahaja.

Ketika menziarah dan menyampaikan ucapan takziah pada seorang sahabat yang kehilangan bonda tercinta, sebak hati saya..air mata laju mengalir tanpa tertahan. Mendegar esakan sahabat yang kesedihan menambah lagi sebak dihati.

Waktu itu, terdetik dihati.. Syukur ya Allah..saya masih mempunyai Ibu dan Bapa.. betapa bertuahnya saya masih dapat melihat muka mereka dibumi Allah SWT ini. Saya masih bertuah berbakti kepada mereka walaupun banyak kekangan yang hadir tanpa diminta..

Diwaktu yang lain, saya tidak begitu ingat bila, tapi seorang sahabat telah menyampaikan berita salah seorang ahli keluarga, iaitu kakak kepada seorang yang hanya dikenali melalui alam maya.
Sangat terkejut! kerana usia arwah masih muda dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Walaupun kurang mengenali keluarga sahabat tersebut, saya sedekahkan Al-Fatiha buat arwah. Atas dasar tanggungjawab sesama islam.. bagi mendoakan kesejahteraan rohnya.

atas rasa ingin tahu sebab kematian, saya meminta izin kepada empunya laman maya untuk mengetahui apa yang berlaku. Alhamdulillah..sebab yang saya ingin tahu..telah jumpa. Akan tetapi dalam masa yang sama, terlihat pos-pos arwah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir... bergenang air mata saya. Melihat gambar anak-anaknya yang masih kecil menambah sebak didada.. (bagaimana penerimaan mereka..ibu mereka telah tiada) entah mengapa.. saya yang begitu sedih... menangis... mereka masih kecil tidak memahami apa yang berlaku... dalam masa yang sama.. terlintas muka anak saya...Oh tuhan.... :(

Doa saya buat mereka....

Pada yang telah tiada... Al-fatihah buat mu.. kami doakan agar roh kalian tenang di sana. Moga Allah SWT tempatkan kalian dikalangan orang-orang yang beriman.

Pada kita yang masih diberi peluang... moga kita dapat banyakkan amalan untuk bekalan disana nanti. rerajin sedekahkan al-fatihah ataupun doa-doa buat mereka yang telah tiada..

ia amat menginsafkan saya....

Tapi harus saya sedar, hidup ini tidak lama...hanya pinjaman semata..Kepada-NYA juga kita akan kembali.

bekerja keraslah kamu seumpama akan hidup 100 tahun lagi,
berAMALlah kamu seumpama akan mati esok hari.....


2 comments:

  1. Assalamualaikum wrt..

    Pn.Bayu, saya tertarik utk mengetahui ttg siapa yg dimaksidkan Pn...kakak kpd seorng kwn yg dikenali di alam maya. Siapa kwn tu?bila kakaknya meninggal...

    **anyway,teruskan berblog.saya suka membacanya..something to ponder from ur writes.**

    semoga sentiasa bahagia bsama keluarga tercinta dunia & akhirat. T.c

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslam,

    saya pasti yang bertanya ini juga seorang wanita, izinkan saya memanggil anda puan..

    maafkan saya puan, saya tidak ingat bila arwah meninggal.Berita ini diketahui selepas itu. kenapa nye?

    untuk dikongsi rasa hati ini.. sangat kebetulan... banyak berita kematian yang diterima ketika itu.. sangat menyayat hati bila menerima berita ibu yang masih muda meninggalkan anak kecil yang masih memerlukan susu ibunya... dan paling menyentuh saya..anak kecil berusia 7 bulan kehilangan ibu bapa dalam kemalangan dipahang. sangat terkesan kerana usia anak itu hampir sebaya dengan anak saya..Allahuakbar!

    ReplyDelete