KALAU Tuhan mahu, Tuhan boleh beri manusia satu telinga dan dua mulut, tetapi Tuhan beri sebaliknya. Barangkali dengan pemberian itu manusia akan mengerti bahawa kita patut lebih banyak membuka telinga kita daripada membuka mulut kita.
Tetapi ramai daripada kita salah sangka. Kita menyangka kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran bercakap untuk mengemukakan pendapat, pemikiran dan perasaan dengan betul dan dengan terus terang. Jadi kita selalu digalakkan oleh penceramah-penceramah supaya jangan takut bercakap kerana bercakap itu baik, begitu kata mereka.
Mereka berkata kepada kita, Nyatakan perasaan anda. Jangan pendamkan perasan. Cakaplah... Anda jangan takut untuk menyatakan apa yang anda rasa. Anda mesti berani berterus terang! Begitulah lebih kurang bunyi galakan bercakap yang kerap kita dengar daripada para penceramah. Kita belum mendengar penceramah-penceramah menggalakkan kita supaya berhenti bercakap dan banyakkan diam.
Di sekolah, kanak-kanak dilatih supaya pandai bercakap. Sekolah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan galakan bercakap. Pelbagai pertandingan dan hadiah disediakan oleh sekolah untuk menggalakkan kita berani bercakap. Di sekolah tidak ada hadiah disediakan untuk kanak-kanak yang menang dalam pertandingan mendengar. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan lulusan sekolah tidak mempunyai kemahiran
mendengar.
Seorang manusia yang dianggap paling pintar ialah seorang lelaki. Dia hanya mula boleh bercakap apabila umurnya hampir empat tahun. Namanya ialah Albert Einstein. Tetapi kita selalu keliru, kita sangka orang yang pandai bercakap adalah orang yang banyak ilmu dan orang yang pintar. Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang pandai bercakap berasa suka hati kerana percaya mereka mendapat anak
yang pintar.
Pakar-pakar mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih cepat pandai bercakap dibandingkan dengan anak kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan juga lebih petah bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki.
Kajian pakar-pakar komunikasi mendapati wujudnya perkaitan yang kuat antara kejayaan seseorang dengan kemahirannya mendengar. Mereka mendapati orang-orang yang mengalami banyak kegagalan mempunyai kemahiran yang lebih rendah daripada orang-orang yang berjaya. Fenomena ini berlaku baik di dalam bidang kerjaya mahupun di dalam bidang perhubungan peribadi.
Didapati pengurus-pengurus yang berjaya mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi. Mereka juga mendapati orang-orang yang berjaya di dalam percintaan dan perkahwinan adalah orang-orang yangmahir mendengar.
Adalah susah apabila kita mahu bercakap dan mendengar serentak. Sama susahnya kalau kita cuba berdiri dan baring serentak. Nampaknya kita tidak ada pilihan. Kalau mahu mendengar kita mesti diam. Apabila kita sangat pandai bercakap (seperti halnya dengan ramai isteri yang bermasalah) bilakah masanya kita hendak mendengar? Padahal mendengar mempunyai fungsi-fungsi yang sangat penting.
Fungsi mendengar ialah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang, menjalin hubungan, untuk berseronok dan untuk menolong orang lain.
Mendengar Untuk Belajar:
Apabila kita pandai mendengar, kita akan pandai belajar. Isteri yang banyak mendengar suaminya akan banyak belajar tentang hati dan jiwa suaminya. Sesiapa yang sibuk bercakap tidak belajar. Dalam konteks komunikasi, kita mendengar untuk memahami orang-orang lain, untuk memahami diri sendiri, memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada kita, untuk memahami alam dan untuk belajar daripada orang-orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui ataupun yang tidak pernah kita alami lagi.
Dalam konteks hubungan suami isteri, kita mendengar untuk belajar tentang diri pasangan kita. Jika seseorang isteri mendengar suaminya bercakap, dia berpeluang belajar mengenali 'siapa' suaminya. Ramai isteri yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih berkata mereka
tidak faham suaminya.
Mendengar Untuk Menjalin Hubungan:
Manusia lebih suka mendengar suaranya sendiri. Bunyi yang paling sedap di telinga kita ialah bunyi-bunyi yang kita keluarkan daripada mulut kita sendiri. Bukan bunyi-bunyi yang keluar daripada mulutorang lain. Patutlah jualan mesin kara-o-ke sangat laris. Ciptaan itu memberi manusia peluang mendengar suaranya sendiri. Fitrah inilah yang menyebabkan manusia lebih suka kepada orang-orang yang memberi dia peluang mendengar suaranya sendiri.
Apabila kita banyakkan mendengar orang lain bercakap, lebih mudah bagi kita menjalin, mengekalkan, dan mencipta hubungan kasih sayang yang memuaskan kedua-dua belah pihak. Hubungan baik dan mesra itu terjalin kerana orang yang didengar suka menerima kehadiran si pendengar. Fakta ini disahkan oleh kajian pakar-pakar komunikasi interpersonal yang mendapati bahawa manusia suka kepada manusia-manusia lain yang mahu mendengar mereka bercakap.
Dalam konteks hubungan suami isteri, apabila si isteri pandai mendengar suaminya bercakap, suaminya akan berasa dirinya diminati oleh isterinya. Akibatnya si suami akan lebih rajin bercakap-cakap, berbual-bual, berunding dan mengadu kepada isterinya. Akibatnya si suami akan menghargai hubungan mereka berdua. Suami yang seperti ini akan lebih terbuka untuk mendengar giliran isterinya pula bercakap. Inilah faktor yang menyebabkan kedua-dua belah pihak mendapat banyak rasa kepuasan dalam hubungan mereka.
Mendengar Untuk Mempengaruhi:
Ramai isteri mengadu suami mereka tidak mahu mendengar cakap mereka. Akibatnya hubungan mereka selalu tegang dan mereka tidak puas. Kata seorang isteri 'berrcakap dengan tunggul lebih baik! Ramai isteri
yakin cara untuk mempengaruhi suami mereka ialah dengan cara bercakap kepada suami mereka.
Sebenarnya, bercakap bukanlah cara yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Sebaliknya diam dan mendengar adalah strategi yang lebih berkesan. Apabila seseorang isteri itu pandai mendengar, lebih mudah baginya mempengaruhi sikap dan tingkah-laku si suami. Kajian mendapati orang yang didengar akan menghormati orang yang suka mendengarnya bercakap. Didorong oleh rasa hormat, mereka tidakbersikap defensif, oleh itu mereka mudah menerima pandangan dan idea-idea orang yang dihormatinya. Sebagai contoh, kajian menunjukkan orang-orang bawahan lebih terbuka mendengar pendapat ketua yang pada pandangan mereka mahu mendengar dengan teliti dan prihatin apa yang mereka kemukakan.
Mendengar Untuk Berseronok:
Rasa seronok ialah pendorong yang sangat berkesan. Lelaki suka berada di rumah selagi rumah memberi dia keseronokan. Kita menyukai seseorang selagi orang itu menyeronokkan kita. Apabila sesuatu itu menimbulkan rasa seronok, kita suka melakukannya. Kita suka mendengar cerita-cerita, lawak-jenaka, gurau senda dan perbualan kosong daripada rakan-rakan kita semata-mata kerana hendak berseronok-seronok dengan mereka. Kita hendak menikmati kehadiran mereka, dan kita seronok dengan aktiviti perbualan itu. Ini kita lakukan dengan cara mendengar apa-apa sahaja yang mereka ceritakan tanpa bersikap kritikal ataupun tanpa menilai apa yang kita dengar.
Kemahiran mendengar untuk berseronok adalah unsur utama yang diperlukan di dalam aktiviti gurau senda. Ramai wanita tidak mempunyai kemahiran mendengar jenis ini. Mereka tidak pandai membezakan kata-kata yang dimaksudkan untuk bersenda semata-mata dengan kata-kata yang serius. Mereka cenderung menganggap semua kata-kata suami adalah bermaksud serius. Akibatnya mereka bersikap kritikal terhadap cakap suami. Sebaik-baik si isteri bersikap kritikal, matilah nafsu suami untuk melawak dan bersenda dengan isterinya.
Mendengar Untuk Menolong:
Ada kalanya dengan cara mendengar kita dapat menolong orang lain kerana kita dapat merasakan apa yang mereka rasakan dan kita dapat berfikir dengan menggunakan sudut pandangan mereka. Bagi tujuan ini,
kemahiran mendengar yang digunakan ialah kemahiran mendengar secara empati.
Panduan Mendengar:
Orang yang bercakap dengan kita bercakap menggunakan dua jenis bahasa, iaitu bahasa mulut dan juga bahasa badan. Untuk memahami apa yang dikatakannya lakukan perkara-perkara berikut:
1. Beri tumpuan kepada kata-kata orang itu dan juga kepada gerak-geri bahasa badannya.
2. Dengar apa yang dikatakannya, dan dengar juga apa yang tidak dikatakannya.
3. Tumpukan perhatian kepada orang itu. Jangan sibuk memikirkan apa yang kita sendiri hendak katakan.
4. Jangan suka mencelah cakapnya. Jangan ''berebut mikrofon'' kata pepatah moden. Tunggu sampai dia habis bercakap, baru kita pula bercakap.
5. Jangan pedulikan gangguan-gangguan yang ada semasa kita sedang mendengar dia bercakap.
6. Fahami apa kata orang itu daripada sudut pandangannya. Jangan tafsirkan kata-katanya daripada sudut pandangan kita.
7. Tunjukkan sikap dukungan kepada orang itu dengan berkata seperti ''hm.... hm....'' dan gerak-geri seperti mengangguk- anggukkan kepala.
8. Banyakkan bersetuju dengan apa yang dikatakannya.
Banyak perkara yang kita buat menghalang kita daripada mendengar secara yang berkesan. Perbuatan-perbuatan itu ialah:
1. Kita cuma hendak mendengar apa-apa maklumat yang dapat kita jadikan peluru untuk menembak orang itu semula. Maklumat-maklumat lain, walaupun relevan, kita buang ke tepi.
2. Pura-pura mendengar, iaitu kita berlakon seolah-olah kita berminat mendengar apa yang dikatakan oleh orang itu, tapi sebenarnya otak kita di tempat lain.
3. Membuat penilaian, rumusan dan keputusan walaupun orang itu belum habis bercakap.
4. Sibuk memikirkan apa yang ada dalam kepala kita, bukannya sibuk mendengar orang itu bercakap. Kita berasa fikiran kita lebih penting daripada apa yang orang itu fikirkan dan rasakan.
5. Sibuk bercakap, bukan sibuk mendengar. Pantang orang itu berhenti sekejap menarik nafas, kita pun terus mencelah.
6. Tidak minat mendengar kata-kata orang itu kerana kita dia akan mengatakan apa-apa yang kita tidak suka dengar.
Ramai isteri yang sangat petah bercakap kepada suami. Mereka juga tidak suka mendengar cakap suami. Mereka pandai menjawab suami. Kata pepatah Melayu, Kita cakap satu, dia jawab sepuluh. Mereka mahu suami mendengar cakap mereka.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa tidak ada perkaitan antara kemahiran bercakap dengan kemahiran mendengar. Ramai orang yang pandai bercakap sebenarnya sangat B.o.doh mendengar. Ramai orang yang B.o.doh bercakap, pandai mendengar. Jadi, kalau kita rasa kita pandai bercakap, besar kemungkinannya kita B.o.doh mendengar.
bahan bacaan dari : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-74722.html
(terima kasih buat insan yg berkongsi ilmu ini)

No comments:
Post a Comment