Tuesday, November 11, 2014

BARU DAPAT KEMBALI KE DUNIA BLOGGING...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, PB baru dapat  kembali ke dunia blogging...
Kesibukan pb pada amanah yang diberi, membuatkan pb menyepi seketika dari dunia blogging ni.. 
rindu nau nau ni...

Sekarang pb tengah tunggu hari nak bersalin... today dah overdue 2 hari dah...
Kawan-kawanku mohon doakan pb agar dipermudahkan bersalin dan melahirkan anak yang sihat tubuh badan dan cukup sifat.. in sha Allah ..pendek kata..doakan pb yang baik-baik belaka ye... pb pon doakan yang terbaik buat kalian... amiin.


hehehe... amik gambo dari album en. suami... tak sangka ramai yang suka footage ni..Alhamdulillah..
Bila la agaknya babyadik ni nak keluar ye... hiks..

Wednesday, November 5, 2014

SURAH YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK MUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

PERKONGSIAN _ UNTUK MANFAAT BERSAMA: - SUMBER FB

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

silakan SHARE utk kebaikan bersama..

Sunday, January 12, 2014

Masak kari ini hari..

Assalamulaikum...
-mengupdate blog via hp :)

Meh nyanyi sikit..

Setahun..hanya sekali..kat umah aku masak kari...selamattt harrriiii cuuuutiii..... (sila nyanyi rentak lagu raya ya)

Saje mau update perkara yang jarang PB buat... MASAK KARIIII weii...
Yup..memang rasanya setahun sekali kot...menu kari ni PB masak sendiri di rumah. Sebenarnya bukan pandai sangat pon masak kari ni...dan faktor lain juga..ada lah sebab.. PB buka 'pengari' orangnya...haahahaha

Famili belah PB memang jarang masak kari..tapi belah en.hubby.. Kira ok la.. Masak ni pon sebab en.hubby yg rekues.... Makanya.. Rajinlah saya menggoogle resepi...

Dann..terhasillaaa..kari daging "kaw"..nalerrr punya...(masuk bakul babe) :p hahhahahaha...

Inilah hasilnya...