Assalamualaikum,
Salam Jumaat buat semua,
Entri kali ini saya hendak berkongsi sesuatu yang saya pasti mungkin ramai yang sedia maklum hal ini.. tapi mungkin saya yang agak terkebelakang atau kurang peka akan hal ini.
Semalam dan kelmarin saya bertugas di luar kawasan untuk sebuah program seminar bersama Guru-guru KAFA. Segala perjalanan seminar berjalan lancar.
Bila waktu makan tengah hari, makanan telah dibungkus siap-siap di dalam bekas bersama air mineral berjenama Sea Master.
Memandangkan En. Suami dan anak tinggal di hotel, saya bercadang untuk mengambil tambahan 2 set bungkusan untuk lunch mereka.
Sebagai salah seorang AJK, saya perlu memastikan makanan habis diedarkan pada para peserta, dan lebihan set bungkusan disedakahkan kepada pelajar-pelajar yang ada disekitar cafe berkenaan.
Air mineral pula banyak yang lebih, jadi saya ambil beberapa botol untuk bekalan di hotel nanti.
Terkedek-kedek la saya bawa barang termasuk lappy, bag, makanan dan beberapa botol air mineral tadi.
Tiba-tiba Ustaz memanggil saya dengan muka yang agak serius.
Nama saya disebut...sini kejap, "nanti kalau nak minum air ini..jangan lupa Selawat ke atas nabi dulu yer... baru minum.
Saya jawab " baiklah ustza" dan terus berlalu pergi kerana saya menumpang orang untuk kembali ke hotel, tidak mahu orang tunggu lama di kereta..kerana cuaca sangat panas.
Sepanjang perjalanan, saya dok la pikir.."kenapa ustaz cakap begitu"? ada apa yang tidak kena ke?
Sampai je kat hotel, saya bagi tau pada en. suami jangan minum dulu air ini, "lepas solat zuhur, bacakan Selawat dan ayat Qursi dulu"... baru kita boleh guna...en. suami pun ikut je...
Hari ini, bila masuk opis balik, terus cari Ustaz .... tanya kenapa ustaz meminta saya untuk berbuat demikian tempoh hari (pada asalnya saya tahu, sure la sebab untuk mengelak benda yang tak baikkan?) tapi saya ingin tahu lebih lanjut...
Jadi Ustaz beritahu, air mineral Sea Master ini adalah antara air yang termurah dipasaran ...betul tak?
Ustaz memaklumkan kepada saya juga, bahawa ada sedikit sumbangan daripada pihak gereja dan ada sedikit campuran "Holly Water" ke dalam air tersebut. Walaupun sedikit.... jika kita tiada pegangan agama dan iman yang kuat... ia akan membuat kita sakit sedikit demi sedikit dari segi rohani dan jasmani ... mencegah lebih mudah dari mengubati...
Jika sudah tahu, maka carilah yang lebih baik dan yang diberkati oleh Allah SWT..
Waallahualam .... Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah yang Maha Besar. In Syaa Allah.
Amin.