Thursday, September 20, 2012

APA ITU WASIAT ..?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ingin berkongsi tentang perkara yang kadang-kadang dirasakan remeh untuk diambil tahu tapi hakikatnya ia amat penting untuk kita tahu perkara ini walau hanya sekadar basic sahaja. Saya terpanggil untuk membaca tentang wasiat ini selepas mendengar perbincangan beberapa orang sahabat ketika dibilik nursing tadi...bila mendengar pelbagai pandangan dan pengalaman... saya terpanggil untuk lebih memahami apa itu wasiat?

Berikut beberapa isi dari bahan bacaan/ carian  mengenai wasiat ..yang boleh dijadikan sebagai rujukan..walaubagaimanapun, para pembaca dinasihati agar mencari orang yang lebih arif tentang/ perihal wasiat ini sekiranya timbul sesuatu yang meragukan atau membantu dalam menjawab persoalan anda....teruskan membaca..

Bismillahirrahmanirrahim....
 Apa itu Wasiat?



Dari segi bahasa, ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia. 

Dari segi istilahnya, menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala beberapa fuqaha’ lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Manakala tafsiran wasiat menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999:

“Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.”


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”


                                                                                                                 
                                                                                                                   (Surah Al-Baqarah Ayat 180)


Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.

“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”

                                                                                                     (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak.
Maka tiada wasiat untuk waris”

                                                                                                                                (Riwayat at Tarmizi)



“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”
(Riwayat Abu Daud)



Wasiat dan Pembahagian Harta Pusaka

Seorang saudara telah bertanya mengenai pembahagian harta pusaka serta memberi satu kes sebagai contoh untuk diselesaikan. Sebelum menjawab soalan beliau, kami menurunkan dahulu ayat-ayat al-Qur'an yang bersabit, supaya penjelasan yang bakal dibuat menjadi lebih licin. Kami akan memberi sedikit komentar ke atas ayat-ayat tersebut, dan berharap para pembaca dapat membantu dengan membetulkan kesilapannya setelah ia dikesan.

Wasiat

Perkara utama dalam pembahagian harta pusaka ialah membuat wasiat. Suruhan membuat wasiat disebut dari awal lagi di dalam al-Qur'an. Daripada ayat al-Baqarah yang berkenaan dapat difahamkan iaitu bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) adalah wajib membuat wasiat sebelum mereka meninggal dunia. Wasiatnya memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara. Ayat yang dimaksudkan berbunyi,

"Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa." (2:180)

Kemudian, sekiranya kandungan wasiat difikirkan tidak adil atau berdosa maka ia harus dibetulkan dengan perundingan antara pihak-pihak yang terlibat. Al-Qur'an didapati amat jelas mengenai perkara tersebut:  

"Jika seseorang takut akan penyimpangan, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (2:182)

Wasiat patut juga mengandungi peruntukan untuk isteri selama setahun dan pembayaran sewa rumah, kalau rumah yang didiami disewa. Peringatan itu datang daripada ayat berbunyi,

"Dan orang-orang antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana." (2:240)

Selanjutnya, difahamkan iaitu nama-nama penerima harta pusaka yang dinyatakan di dalam wasiat hendaklah termasuk "orang-orang yang terikat dengan sumpah" orang yang berwasiat, seperti anak angkat, anak tiri, atau apa yang dikatakan "tangan-tangan kanan kamu memiliki" (sila rujuk Tangan Kanan Miliki). Fahaman berdasarkan ayat berikut: 

"Dan bagi tiap-tiap orang, Kami melantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara meninggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu. Maka berilah mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu." (4:33)

Dua orang saksi diperlukan dalam wasiat, yang terdiri daripada mereka yang mempunyai keadilan di kalangan kenalan orang yang berwasiat atau dua yang lain jika dia sedang dalam perjalanan. Dan mereka akan bersumpah jika orang yang berwasiat ragu-ragu. Demikian dinyatakan oleh ayat di bawah: 

"Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: 'Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa.'" (5:106)

Oleh yang demikian, wasiat dibuat walau dalam keadaan apa jua pun. Kerana ia wajib.

Wasiat daripada Allah

Apabila si mati (maaf atas kegunaan kata tersebut) tidak meninggalkan sebarang wasiat maka pembahagian harta yang ditinggalkan hendaklah menurut wasiat daripada Allah yang akan dijelaskan sebentar lagi. Atau, terdapat harta yang tidak disebut di dalam wasiatnya, maka harta itu dibahagi antara waris-waris menurut wasiat daripada Allah itu juga.
Tambahan lagi, sebelum harta si mati dibahagikan, hutangnya dikira, andaikata dia berhutang, dan dibayar daripada harta yang ditinggalkan. Hutang dibayar walaupun sudah mati.
Terdapat tiga ayat yang menyentuh mengenai wasiat daripada Allah, iaitu 4:11, 4:12, dan 4:176 yang akan disenaraikan di bahagian akhir halaman ini.

Anak-anak

Pada dasarnya, pembahagian harta pusaka dalam wasiat Allah bagi anak-anak adalah, "bagi (seorang) lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan", jika ada dua anak perempuan (2x = 1x + 1x). Ini bermaksud, anak lelaki yang seorang itu mendapat separuh dan dua anak perempuan mendapat separuh juga (50-50).

Tetapi "jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa yang dia meninggalkan," bererti, anak lelaki yang seorang itu mendapat1/3 sementara anak-anak perempuan yang berjumlah lebih daripada 2 mendapat 2/3.

Dan disuratkan lagi, "tetapi jika dia (perempuan) seorang, maka baginya separuh" atau dengan jelas, bermaksud, jika yang ditiggalkan adalah seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, maka mereka akan mendapat separuh seorang daripada harta yang ditinggalkan (50-50).
Bagaimana pula, kalau terdapat 2 orang anak lelaki atau lebih dan 1 orang anak perempuan? Maka kami andaikan supaya balik kepada dasar iaitu bahagian seorang lelaki serupa bahagian 2 perempuan seperti kiraan: 

2 lelaki (+ +) + 1 perempuan = 2x + 2x (+ +) + 1x.

Dan seterusnya bagi bilangan anak perempuan yang bertambah (~ + 1x + 1x ....)

Demikian itu adalah pembahagian harta pusaka apabila terdapat kedua-dua anak lelaki dan anak perempuan. Bahagian bagi anak perempuan didapati tidak tetap, bergantung pada bilangan mereka. Bahagian bagi lelaki juga turut dipengaruhi oleh bilangan perempuan.

Dengan itu, kami berpendapat bahawa sekiranya si mati tidak meninggalkan seorang pun anak lelaki maka harta yang ditinggalkannya, yang diuntukkan bagi anak-anak, diserahkan kesemuanya kepada anak atau anak-anak perempuan. Begitu juga dengan anak lelaki. Sebab, Tuhan tidak menyuruh supaya diserahkan bahagian anak lelaki (yang tiada itu) kepada mana-mana pihak luar. Malah, Dia tidak menyuruh memberi kepada sesiapa yang di luar keluarga, dalam apa saja situasi bagi pembahagian harta pusaka, kecuali kepada "orang-orang yang terikat dengan sumpah".

Isteri dan Suami

Bagi isteri, "bagi mereka (isteri), satu per empat (1/4) daripada apa yang kamu meninggalkan jika kamu tidak ada anak."

Akan tetapi, "jika kamu ada anak, maka bagi mereka (isteri), daripada apa yang kamu meninggalkan, satu per lapan (1/8)." Baki setelah diberi bahagian isteri, iaitu 7/8, barulah dibahagi antara anak-anaknya.

Bagi suami pula - "bagi kamu, separuh (1/2) daripada apa yang isteri-isteri kamu meninggalkan, jika mereka tidak ada anak;"

"Tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka meninggalkan, satu per empat (1/4)."

Ibu Bapa

Ibu bapa juga termasuk dalam pembahagian harta pusaka - "kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam (1/6) daripada apa yang dia meninggalkan, jika dia ada anak." Dari itu, jumlah bagi kedua-dua mereka adalah 2/6 atau 1/3.

Sehingga di sini, adalah baik jika dibuat kiraan, misalan, bagi seorang lelaki yang meninggal dunia dan meninggalkan isteri, anak-anak dan ibu bapa:

Isteri = 1/8 (3/24) = 12.5%
Ibu & bapa = 1/3 (8/24) = 
33.33%
Anak-anak (baki) = 13/24 = 
54.16%

Atau meninggalkan salah seorang daripada ibu bapanya sahaja, maka kiraannya adalah seperti berikut:

Isteri = 1/8 (3/24) = 12.5%
Ibu atau bapa = 1/6 (4/24) = 
16.66%
Anak-anak (baki) = 17/24 = 
70.83%

Kembali kepada ibu bapa. Bagi si mati yang hanya meninggalkan ibu bapa sebagai waris, "maka satu per tiga (1/3) bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam (1/6)."

Hanya ibu yang disebut di situ. Tiada bapa. Mungkin tidak silap mengandaikan sekiranya bapa masih hidup maka ibunya mendapat 1/6 sahaja, sama seperti bapa.
Ibunya mendapat 1/6 juga jika si mati ada meninggalkan saudara-saudara lelaki.

Tiada Waris Terus

Akhirnya, "Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam (1/6); tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga (1/3)" - 4:12.

Kesemua pembahagian harta di atas adalah daripada ayat 4:11 dan 4:12. Satu lagi ayat yang terbabit, 4:176, melanjutkan penjelasan mengenai "waris yang tidak langsung", seperti di bawah:

·         "Allah memutuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia menerima separuh (1/2) daripada apa yang dia meninggalkan,

·         "dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak." - saudara lelaki mewarisi semua peninggalan saudara perempuannya.

·         "Jika ada dua saudara perempuan, mereka menerima dua per tiga (2/3) daripada apa yang dia (lelaki) meninggalkan." dan,

·         "Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki menerima serupa dengan bahagian dua saudara perempuan" (2x + 1x + 1x, atau 2x + 2x + 1x + 1x seperti yang dijelaskan terlebih dahulu) Jumlah adalah 1/3 daripada harta yang ditinggalkan, macam disebut pada ayat 4:12 tadi.

Pada sesetengah kes terdapat lebihan setelah harta dibahagikan. Pada hemat kami, segala yang berlebihan itu diberi kepada "orang-orang yang terikat dengan sumpah" si mati, seperti anak angkat, anak tiri, anak-anak yatim yang sekeluraga atau yang tidak sekeluarga, ibu atau bapa saudara yang miskin, dan sebagainya.

Sekian mengenai wasiat dan pembahagian harta pusaka. Kesemuanya adalah hanya pendapat kami setelah memahami ayat-ayat Allah. Mana yang silap sila tunjukkan. Terima kasih.


...Lagi bacaan yang menarik tentang wasiat... baca ilmu disini


Rujukan:


Wednesday, September 19, 2012

3 Series just around the corner..!


Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat dan pembaca..
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya...(dah macam nak karang surat rasmi kan kan kan...)

eh..ehh... ada perubahan la kat blog ni...pasan tak? pasan tak?..ok abaikan!
jeng..jeng..jeng... 3 series just around the corner babe..! ...nop..nop.. bukan BMW yang dimaksudkan, hanya penambahan angka dalam kehidupan yang tidak kelihan secara fizikal... tapi itulah hakikatnya... huhu.. semakin tua pulak rasanya...

Ok..memandangkan hari itu tidak lama lagi... kali ni apa ye yang boleh ai reward myself on mybesday..?? 
Dalam hati, rasanya perlu mengotakan keinginan diri untuk memiliki sebuah tas tangan idaman hati.... yang dari duluuuuuu lagi tingin..tapi tak dapat dapat..atas faktor lain... dan mendahulukan yang lebih penting...

Tapikan..........kalau beli mesin jahit pon ok juga rasanya... (nilah masalah kalau ada pilihan...pheww!)
grrr..grrr... mana satu ni.... 0_o kalau duit belebih..lebih..grab aja dua-dua...hahahahah..veri der...

ok lah... jamah mata jap tengok gambar anak dara ai...rindu kat anak ummi...


Friday, September 7, 2012

minggu merdeka punya cerita....

Assalamualaikum,

Lani nak update cerita pasal minggu lepas...full with activity yang dirancang dan tidak terancang...
oppss! sebelum tu nak ucap SALAM MERDEKA buat semua rakyat Malaysia..MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sudahkah saya merdeka minda dan jiwa??cewaahh....

Dataran Merdeka:
Semenjak Alamas Madihah dah agak memahami apa yang dia lihat.. so we decide to bring along our princess to perarakan merdeka at Dataran Merdeka...

Almas agak teruja sebab tengok ramai sangat orang.. dan lebih teruja lagi bila nampak banyak balloons gambar mickey / mini Mouse and upin ipin..Almas called pipin..ehehhehe

Sempat la jugak tengok perarakan tu..baba dengan gigihnya mengangkat dan telak almas kat leher untuk tengok apa yang berlaku...(almas faham tak apa yang almas nampak??? hurmm..sure belum faham sepenuhnye..anak ummi baru 14.5 bulan...hahahaha)

Aksi Almas snap gambo sendiri via ummi's phone

Petang 31 Ogos 2012 - Jumaat
Menerima kehadiran famili abg ipar.. Almas sangat suker kerana sepupu-sepupunya ada...
Dan..Almas sangat bijak ok??! dia tau abg sepupu dia ada..pandai pulak request nak susu..tunjuk botol susu siap tak sabar dan nanges..nanges.. pelik.... (sebab almas anti botol susu kalau ummi ada..) 0_o
Inilah sebab kenapa dia nk susu dalam botol... nak minum susu secara berjemaah..

since sepupu-sepupu Almas dah ada kat KL.. kami pon ajak makan steam boat kat subang..dimana sambil makan boleh tengok flight landing. sangat besar ok..!! atas kepala je! ..lepas makan.. bawak pegi ICT pulak..wahhh...berjalan aje... ai suke yuuu...hahahah
gebak gebuk kat ict tu.. hah dekat pukul 1 pagi sampai rumah..tu pon belum abes tawaf lagi ict tu... (next time nak masuk snow walk pulak)... sila top up kad yang telah dibeli tu yer!

Ini pulak kad yang dimaksudkan...(gambo kat ICT tak dapat nk upload..malas...)


Gila penat sampai rumah dari pagi bejalan ... esok pagi nak pegi kuantan pulak..sebab kerja...waaaaa pengsan! but happy.. :)

1 September 2012 (Sabtu)
Dalam pukul 11 pagi kami dah keluar untuk ke Kuantan,Pahang atas urusan kerja..kerja ai..bukan suami..tapi ai angkut je 1 keluarga ikut skali...
kebetulan pula, abg ipar pon nak follow...wahhh ..lagi best... percutian tanpa dirancang...
Ontheway nak ke kuantan tu..singgah kejap kat Kuala Gandah..tempat gajah tu..hurmm ramai jugak pelancong yang datang sana...
Sorry yer..gambao takde nak buktikan kami pi tempat gajah... kang kata "auta" lebih...hahhaha serius la... kami pegi..tapi snap pakai camera lain..lom transfer dalam pc..sebab malas.kikikiki..
Almas macam teruja tengok gajah...tapi bila suh pegang...ngelat ngelat..takut kot.. macam ummi dia...hahahahahahah!
** sesiapa yang nak singgah kuala gandah ni...memusim panas ni kan..sediakan lah payung sebelum anada bermandi peluh..atau pengsan depan gajah! harap maklum!

perjalanan diteruskan ke kuantan... siap check in semua...huh rehat jap..letih dalam perjalanan..

cik puan besar...sedang menyusu...

2 September 2012 (Ahad)
Teruskan dengan tugasan kerja yang sedia menanti...selesai tugas..terus balik KL..sangat penat ok......penat..tapi syok gak la dapat jenjalan....walaupun sekejap ;P Alhadmulillah...

Tuja nak cerita... penat dah menaip..ada keje sikit... ok arrr...wassalam.

Wednesday, September 5, 2012

FUN you bring back my adolescence

Fun-We-are-young.jpg (540×540)

FUN you bring back my adolescents with your music!!! For this moment, i can't stop playing this song for 24 hours non stop..crazy dude!

kikiki...agak ketinggalan bukan??? macam mana tak tertinggal sekarang go to work with motorcycle... bila dengar lagu ni.. time dah hujung-hujung.. dan sampai umah dan sampai destinasi..tak pernah dapat denganr lagu ni full track dan tidak pernah dapat tahu siapa dan apa nama band ni!

once dapat tahu jer.. memang google siap la..siapa FUN ni... donlod lagu ni dengar sampai pengsan! puas hati ai! ..

Ai minat giler dengan music yang diorang ni bawak.. especially lagu ni... korang google la lagu ni kat youtube ye... if you are same track with me.
Yes minat music..tapi kurang beri perhatian pada lyric lagunye... kan dah cakap tadi..minat kat music! huh...Bila dah google saper FUN ni.. hurmmm vocalist dia pon not bad... Nate Ruess sebaya dengan ai yu...awww..ishh! tapi korang nak tahu tak.. ada gossip yang kata diorang ni GAY.. oh NO! sentap ai! tak pastilah siapa yang gay..or apa yang gay..hahaha yang penting Nate dah ada Gepren, Rachle... adik Jack(guitarist)... cam tu pon boleh kan.??? kalau Nate buat hal..boleh je Jack sekeh..hahaha!

Dulu dia ni dari The Format..lepas Berpecah..Nate buat group baru.. FUN.. bila single Some Night release.. hurmm meletop letop la jugak... ada sorang komentar yang selalu follow performance FUN secara Live... dia kata dia fanatic kat FUN sebab vocal Nate and Music yg diorang bawak best giler.. sound dalam record dan live serupa..! serupa ok! (Bestnyer kalau dapat jumpa FUN and Nate!)

Why ai tulis lagu FUN yang ini membuatkan ai kembali kezaman remaja... tak tahu nak terangkan macam mana... First.. mungkin gaya si nate ni... (Tapi kalau korang perasan.. muka dia cam saper???.. macam............si joker..Jim carrey.. hahahah) tengok la style rambut dia dan gaya.. ada satu performance kat talk show saper entah(tak ingat, sila search kt youtube jugak)... haaaa.. tu yang buat ai rasa masih dalam zaman 90's ok.. teringat kat BSB.Back Street Boy..err..saper lagik ek...dan sewaktu denganyer la... buat hati berbunga-bunga ... mengimbau zaman kenakalan... seronoknya zaman remaja... zaman belajar.. ishh... tak tau nk explain camna.. terasa kejap diri ni ghaib dari zaman millenium ni. owhh kengkawanku...rindu kat korang... rindu zaman kegemilangan remaja kita... makanan kat kantin sekolah tu....zaman membuli dan dibuli..rindu kat fesyen remaja ai dulu- dulu..(sangat kelakar kalau dikenang kembali).....arrrghhhhh

CHOP!.. Pn. bayu...sila kembali ke dunia reality yer... ni dah tahun 2012..bukan 90's lagi..

baaikk.... sob sob sob.. selamat tinggal zaman remaja ku...sob sob sob.....













Monday, September 3, 2012

KOMEN terhadap posting Kisah Liyana : Untungla sape jadi cikgu

korang penah baca blog budak ni? baca disini

thankyou-teacher.gif (400×250)

terlebih dahulu..ai perlu berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar ai selama ni... tak kisahla dia cikgu or lecturer... mereka adalah pendidik...walaupun ai tak sebijak amalina tu.. tapi sekurang-kurangnya ai lepas jugak SPM.. STPM lepas jugak... degree pon lepas jugak...syukurr... walau masih setia disini..cuma tukau tukau kosi meja je..muhahahaha!

Bila ai baca posting budak liyana ni, ai rasa macam kesian kat dia..mungkin dia dikelilingi oleh cikgu-cikgu yang dimaksudkan dalam entrynya agak negatif.. kesian.. kesian.. walaubagaimanapun.. Tahniah ai ucapkan kat cik liayana ni sebab dah berjaya jadi engineer dan juga sudah pandai memberi pandangan tentang siapa itu cikgu! terima kasih kepada cikgu yang menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu pada budak ni sampai jadik engineer...

Ai bukan tidak atau setuju 100% tentang apa yang dituliskan itu... ai pernah berada dikalangan orang sepertinya... juga pernah juga berada ditempat cikgu itu sendiri!

Betul! NIAT itu adalah bergantung kepada diri memasing... niat tu bukan boleh digantung dileher macam name tag.. tapi niat itu boleh digambarkan dengan tingkah laku. boleh jadi kerjaya cikgu ini sebagai profesion sebab minat mendalam untuk mendidik... minat dari segi benefit as teacher.. atau pilihan kerjaya terakhir yang paling selamat dibumi Malaysia ini... ia terlalu subjektif untuk diterangkan...

Ai tidak tahu nak guna ayat apa untuk gantikan ayat ini "nasib"... Memang secara mata kasar kita yang diluar ini..nampak kerjaya cikgu ini amat senang, amat mudah... keje setgh hari.. cuti banyak.. gaji pon boleh tahan... Tapi uolls tahu tak.. "nasib" cikgu ni pon.. ada yang baik(tanggungjawab agak ringan) dan ada yang tidak (tanggungjawab agak berat) ...kekadang time cuti sekolah pon kena datang sekolah buat keje.. tak semua cikgu-cikgu ni dapat kerja senang.. .pergi sekolah mengajar..cukup msaa balik.. petang buat aktiviti peribadi... TIDAK SEMUA!

Ai nak kongsi sedikit pengalaman sebagai Cikgu...(korang jangan tak caye ai penah jadi cikgu!)
Ai dapat peluang mengajar di sebuah sekolah dibandaraya Kuala Lumpur... Sekolah rendah..yang tidak begitu besar, hanya ada 3 kelas bagi setiap darjah 1-6 ... kakitangan (cikgu) agak terhad.. uolls tahu tak? selain dari tanggungjawab mengajar? kami perlu memikul tanggungjawab lain.. sebagai guru kelas, ketua atau ajk-ajk kelab/ persatuan / panitia ... kalangan kami jugalah moderate soalan... tanda kertas periksa.. bila datang minggu-minggu bahasa... kami la ketua penolong atau ajk persembahan / bahan pendidikan (kuiz/pertandingan minggu bahasa) / ajk keceriaan..ajak kebersihan.. every week ada program.. belum masuk hari sukan lagi..even cikgu pregnant pon tidak terkecuali...dengan cikgu-cikgu yang terhad ini..kami cuma tukar jawatan jer.. tapi tak pernah melepaskan jawatan yer.. pendek kata.. seorang cikgu akan memegang lebih dari 5 peranan BESAR dalam kelas / sekolah...panjang pulak kata.. walau ditugaskan untuk mengajar sessi pagi shj / petang shaja.... tapi jangan mimpi nak datang hapday ok!.. sekurang-kurangnya cikgu akan stay dari 7.00 pagi hingga 6.30 petang.... penat jangan cakap.. tapi itu adalah pengorbanan seorang cikgu! yu ada?

Cik liyana ada tulis dalam entrynya...

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

Cik kak oii..pandangan ini, kalau diletakkan disekolah ai..yang ini memang ai tak setuju! bab kewangan ni..kalau duit kelas... memang bendahari kelas yang pegang. itu pon sebab duit kelas yang sehari seposen / duaposen sebab nak buat jamuan hujung tahun.. Tapi duit yuran sekolah??? takkan bendahari kelas kot yang kutip? cik kak tak penah bayar yuran sekolah ke dulu??? huh.. memang la pak guard ada jadik penjaga trafik... tapi tanggungjawab dan keselamatan murid-murid masih pada pihak sekolah.. terutamanya cikgu yang bertugas... kalau sessi petang...cikgu yang bertugas tidak akan boleh balik sekiranya masih ada sorang anak murid yang belum dijemput oleh ibu bapa atau penjaga..silap jam..cikgu yang hantar balik rumah tau! Cik kak dah ada anak yang bersekolah??? hurmmm... kalau anak sakit cikgu yang hantar kehospital?? why?? sebab kat sekolah takde ambulance lol ! cikgu hantar ke hospital sebab nak selamatkan anak muridnya dulu... its called first aid! bukan nak mengelat! cik kak ingat perjalanan ke hospital tu... pakai nawaitu je ker..? tenaga, duit minyak..dan keselamatan diri dah jatuh perkara no. 2 tau tak! kebajikan anak muridnya lebih penting. huh..kan aku dah emooo.. astaghfirullaalazim....huh

ok..ok... ai tak marah u sepenuhnya...sebab ai cuba faham kenapa yu buat pandangan macam tu... so, untuk ubah persepsi yu tu.. why not, pegi ke sekolah dipedalaman sana nun.. tengok pengorbanan mereka... lebih banyak yang anda boleh nilai dari sudut yang lebih positif berbanding dari apa yang anda nampak sekarang...! as what i say before.. " nasib" telah ditentukan oleh Allah SWT ... yang baik itu datang dari-NYA..manakala yang kurang itu..adalah daripada kita sendiri...wallahualam



Manjakan diri di SPA dengan pakej harga MURAH dan berpatutan..JOM!

Spa-Massage.jpg (600×398)



Sebelum ni buat entry pasal berspa waktu raya hari tu... so sambil kerja, dok la google google nak carik pakej pakej spa yang menarik dan mampu dimiliki..hahahahah ni ai nak share something...teruskan membaca yer...

PA_Spa02_lg.jpg (576×433)



ok... untuk penjimatan yang agak BERBALOI_BALOI... cer..uolls tengok-tengok kat sini MILKADEAL

Banyak pakej-pakej yang agak murah dan menjimatkan.. lebih 50% leh jimat. apa salahnya grab 1 pakej untuk diri sendiri...nak buat gift pon boleh... kalau tak faham atau nak tahu lebih lanjut rerajinkan diri baca kat sini.

Macam-macam ada uolls bukan pakej spa je.. macam-macam...okeh!

Ai nak recommend kat uolls, cari la memana pakej spa untuk reward diri sendiri...hilangkan sikit stress tu. Sesambil tu boleh tenangkan minda dan badan kan..kan..kan. tidak kisahlah spa mana pon yang uolls berminat..tapi rasanya mereward diri dengan bermanja dispa amat berbaloi..ongkos kecik..pakej kecik la..ongkos besar..BESARllaaa pakejnye..hiks. Cari la pakej yang termampu bukan yang membebankan..

Dan satu lagi ..nak bagi tips! jika uolls bukan peng "spa" tegar dan portion belanja lain-lain agak terhad.. sila cekalkan diri anda dengan pujuk rayu Miss Miss spa tu untuk beli pakej-pakej yang ditawarkan tu yer...kang elok-elok nak berjimat..terus leburrrr..koyak poket uolls..

Lainlah kalau uolls ni memang pengunjung atau pengguna spa mingguan ..harusss la..tengok pakej yang ditawarkan..sebab kadang-kadang agak murah dan berbaloi untuk pelaburan kesihatan & kecantikan badan anda..yang penting jangan kedekut $$$...




ini spa yang ai pegi masa kat jb.. CRES

Sunday, September 2, 2012

Beraya di spa..kau ada???

Yoo...agak kasar kedengaran tajuk di atas... tapi sila abaikan yg negatif ya..

syokkk wooo dapat berspa dengan tenang dan selamat. Berspa di minggu raya ni adalah hasil plan kakak iparku yang awal-awal lagi dah buat arrangement sebelum raya... verryyy the exited !! ye..memang ai pon tersangat teruja nk berspa..pakej urut dan mandi susu...memang tidak pernah dibuatlah kan sebelum ni ... ai berurut secara traditional je..hikhikhik...

sebenarnyer nak berspa ni pon atas dasar nak layan kakak ipar je.. tapi akibatnya..ai plak naik syokkk... tetiba carik contact / cawangan kat KL... know what? why ai cakap nak carik kat cawangan KL... sebab urutan dia sangat awesome... orang kata kalau urutan dia best..kita sampai tertido.. NOP..ai tak dapat tido sebab dok carik dan apa persamaan dengan mypeberet makcik urut yang dah tak balik Malaysia balik dah... so macam lega sikit sebab jumpa dengan teknik urutan yang sama dan tak sakit..supa kena "pam" (modal) besar sikit la...

pergghh... urutan dia memang best la..mandi susu pon best..lembut je kulit lepas tu... so kami ipar duai senyum je keluar dari spa..sebab bill settle by our kakak ipar.. TQ Along! next time eh..next time eh..nak lagi....hiks..

ok nak sambung keje dulu.. sedikit pencuci mata di bawah.... daaa