Sunday, June 12, 2011

Masih Kerja... ???

Haaa....

today is 13 June 2011..saya masih bekerja okeh.... masih tiada tanda2 seperti mahu bersalin... saya masih sempoi berjalan...hahhahaa...

actually dah due 3 hari da..termasuk hari ni, tapi nak buat macam mana.. dah blom ada tanda2 kan.. so buat tak tahu je la kan... Rabu ni jumpa lagi doc..tengok lah dia cakap pe...

sebelum ni derang ada lah sebut pasal induce..paksa bersalin... hurmm seram jugak dengar... so saya search la memana laman sesawang untuk tahu..mcm mana bila kena induce...

rupanya..induce ni ada dua cara...

1) masuk ubat melalui vagina
2) masuk air melalui tangan ( saya tak pasti apa nama ubat itu)

banyak jugak pengalaman mommies di luar sana yang penah kena induce... ada yang cakap... sakit...sakit kejap..ada yang lama.. semunya bergantung pada nasib seseorang tu...

So, perkara ni kita bole dengar pengalaman je la dari mereka sebab penentunya adalah badan kita sendiri nanti... yer la..ibarat nasib la.. tgok kita kena yang mana...?

Bila dah baca semua tu.. so, saya kena positif kan diri la.. induce atau tidak.. ia tetap sakit.. cuma lama atau tidak la.. itu je.. sakit same je kot..?? kan kan kan?

Yang penting... waktu tu.. saya tidak lupa untuk terus ingat Allah SWT, berzikir, baca doa apa yang patut... semoga saya tidak lupa semua itu..insyaAllah.....

dan... Semoga Allah SWT permudahkan segalanya... Amin

Wednesday, June 8, 2011

Ikhtibar Hidup Pilihan Yang Manakah?..keinginan suami ataukah rasa kasih sayangku terhadap Ibuku?:

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah memerintah manusia supaya menyembah Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa terutama apabila mereka sudah berusia dan lemah seperti dalam firman-Nya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: 'Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.'" (Surah al-Isra' ayat 23-25) .

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah tanggungjawab setiap orang anak termasuk berbuat baik kepada ibu bapa ialah mentaati, menghormati, memelihara mereka ketika tua dengan baik dan mendoakan mereka supaya diberi rahmat oleh Allah.

Anak perlu menunaikan amanat dan pesan mereka, menghubungkan silaturahim dan berbuat baik kepada kerabat dan sahabat-handai mereka.

Apabila setiap anak memahami tanggungjawab dan perintah Allah itu tidak timbul perselisihan dalam keluarga terutama dengan ibu bapa sendiri atau keluarga mentua.


  • Linda Chayank
    Bismillahirrohmanirrohiim
    Assalamu'alaikum Wr.Wb

    Wahai saudari-saudariku....apa kabar semuanya?
    Saya punya sedikit beban dalam pikiran dan perasaan, mohon ma'af apabila dalam penjelasan masalah saya ini tidak dimaksudkan membuka rahasia keluarga, namun saya harapkan untuk solusi dari masalah saya.

    Kami (saya dan suami) sejak menikah bulan Okt 2009 lalu,Alhamdulillah sudah berusaha mandiri tidak bergantung/tidak dalam satu tempat tinggal dengan orang tua kami masing-masing. Namun, Ibu mertua (Ibu suamiasaya) saya mengingkari janji, beliau sering meminta suami untuk kembali dekat dengan ibunya. Padahal, saya ingat betul dulu sebelum kami menikah, (kami hanya ta'aruf sekali bertemu juga cm sekali setelah itu tidak pernah ketemu dengan tujuan agar terhindar dr fitnah dan dosa zina)..ibunya memberikan janji ke saya, nanti setelah nikah terserah kalian mau tinggal di mana aja...ibu tidak akan ikut campur rumah tangga kalian agar kalian bisa mandiri.
    Sekarang posisi saya bertempat tinggal di dalam satu kota dengan ibu saya di Surabaya Jawa Timur, dan ibu mertua ada di lain kota di Bandung Jawa Barat.
    Alasan ibu mertua sering meminta suami untuk dekat dengan ibu mertua karena ibu mertua merasa kesepian, walaupun d Bandung ada 2 keluarga/banyak saudara dari keluarga ibu mertua. Karena kasihan melihat ibu mertua sering meminta pulang dan juga karena sudah tidak ada lagi suami (note: ibu mertua sudah janda), suami punya niat kembali dekat dengan ibunya maksimal batas waktu setahun lagi, setelah lebaran tahun depan.
    Sebagai istri dan seorang anak, saya juga merasa bingung....
    Sebagai Istri, saya harus patuh selama keinginan suami tidak buruk dan menyalahi agama. Namun, sebagai seorang anak..saya merasa berat jauh dari ibu saya juga. Ibu saya sering merasakan kuatir bila saya jauh dari beliau. walaupun berat, saya berusaha menjelaskan semua kepada ibu saya tanpa menyakiti hati beliau.
    Saya sholat istikhoroh untuk memilih yang mana, akhirnya ibu saya pun mengikhlaskan saya pergi jauh. Namun, setiap saya melihat raut wajah ibu..saya selalu menangis bila jauh nanti. Saya ragu akan bahagia bila jauh dari ibu, karena saya selalu menangis bila ada rasa kangen sama ibu.
    Saya berusaha musyawarahkan suami, dan suami bilang walaupun jauh..kalau nanti saya kangen sama ibu, suami berjanji akan mengantar saya ketemu ibu saya. Tapi, saya merasakan berat sekali. Tolong saudari-saudariku, mungkin ada saran/nasehat buat saya agar saya juga ikhlas dengan keinginan suami saya ini..?

    Sebelumnya terima kasih.

    Wassalamu'alaikum Wr.Wb





    about 9 months ago
  • Cahaya
    subhanallah ukhti..
    sabar ya..
    ssungguhnya sabar e2 sbahagian drpd iman..
    ana cdangkan utk ukhti agr mlakukan solat hajat n solat tahajud
    minx ptunjuk Ilahi
    ssungguhnya Allah e2 maha mengetahui apa yg bkal t'jadi..
    about 9 months ago
  • Linda Chayank
    IYa..insyaAllah...syukron..
    about 9 months ago
  • Cahaya
    afwan...
    about 9 months ago
  • Hasyimah
    linda..
    TERUSKAN BERDOA SUPAYA DIBERIKAN JALAN/KEPUTUSAN YANG TERBAIK BUAT ANDA, SUAMI SERTA KELUARGA.

    but,i think..

    i.t/jawab anak lelaki terhadap ibu bapanya xakan putus selagi mereka bernyawa. so, i think it's ok if anda n suami tnggal bersama ibu mertua (ibu suami).-layanan/hubungan anda n ibu mertua ok k x??..if ok, it should be no problem.

    ii.t/jawab anak perempuan terhadap ibubapa akan putus bila mereka berkahwin.kita sebagai perempuan sewajibnya patuh kepada suami selagi arahannya tidak bertentangan dgn ajaran Islam. seeloknya, setelah berbincang sebaiknya bersama suami, patuhilah keputusan suami.

    iii.anda tidak terus terpisah dengan ibu anda bukan?.suami anda telah berjanji akan membawa anda berjumpa ibu anda bila anda rindui ibu anda kan?.so, i think suami anda amat memahami situasi anda, tetapi suami anda jugak tersepit antara t/jawab seorg anak lelaki dan t/jawab seorg suami (kedua-dua adalah tugas berat seorang insan bergelar lelaki). tetapi kita sebagai perempuan tugasnya hanya satu:suami(allah itu dah wajib). percayalah, jika benar janji suami anda(membawa anda berjumpa ibu),suami anda seorang yang memahami anda sebenarnya. tapi, janganlah anda rindu pada salah waktunya(suami sibuk).

    iv.tidak semua yang kita tidak suka tidak baik untuk kita.kekadang, yg buruk itulah yg terbaik buat kita.

    ini hanya pendapat saya.saya mungkin tidak memahami situasi anda kerana saya tidak berada di posisi anda sekarang. sesungguhnya,setiap perkara ada baik dan buruknya.
    teruskan berdoa. Insya4JJl,mudah-mudahan diberikan petunjuk oleh 4JJl.
    about 9 months ago
  • Ukhti
    Sahabatku Muslimah...ini pandangan ana buatmu...
    Sebagai isteri, kita harus patuh kehendak suami...kerna, wanita itu bila sudaberumah tangga harus patuh perintahnya. Itu yg utama dibandingkan kehendak ibu kita. Perintah ibu seorang isteri itu adalah no 2..perintah suami no 1...maka, duluin perintah suami. Suami pula, perintah ibunya itu yang utama dibanding kehendak isterinya. Kerana, seorang suami itu, biarpun sudah beristeri, PERINTAH IBUNYA NO 1...KEHENDAK ISTERINYA NO 2...ini mengikut aturan Islam...maka perintah ini harus di taati...seandainya sahabatku ukhti Muslimah wanita yang beriman dan taat akan Allah, maka kamu harus mengerti hukum ini...(Syurga Lelaki itu di bawah tapak kaki ibunya, dan Syurga wanita itu di bawah tapak kaki suaminya).

    Ana harap, penjelasan yang sedikit ini bisa membantumu...
    Sahabaku harus fikir akan pengertian hidup ini, kita sebagai wanita memang banyak pengorbanan dalam hidup, kerana itu, kenapa Allah swt. menyuruh wanita solehah (wanita taat perinta Allah) yg mentaati suaminya masuk ke mana2 sahaja pintu syurga yg dia kehendaki..kerana ganjaran di atas pengorbananya semasa hayatnya di dunia...
    Semoga Allah memberimu petunjuk yg sebenar...aku doakan sahabatku ini bahagia, gembira dan selamat di mana jua...(-_-)
    about 9 months ago
  • Linda Chayank
    All my sister....thank u untuk support dan doanya.....InsyaAllah nasehat/saran trutama doa kalian akan membuat saya bahagia...amien.
    about 9 months ago
  • Cahaya
    ini daripada ukhti nur atiqah..

    waalaikumsalam wahai saudariku yg dlm ujian Allah. Ana trtarik utk turut sma mmberikn pndangan. Bagi ana sewajarnya anti sbg isteri mngikuti kata suami walaupun akn mngundang kesedihn mu atau ibumu. Bagus cara enti menrangkan pada ibu enti sbb jauh dari ibu enti. Tringt ana ttg kisah seorg muslimah yg krn dia taat perintah suaminya mnjadikn ibunya bahagia didlm syurga. Insha Allah lebih kurang begini ceritanya. ! hari suaminya ingin keluar jauh dn mngamanahkn agr isterinya xkeluar spnjg dia blm pulang. Isterinya taat. Kmudian swktu lelaki dia pergi, dtg seseorang mmberitahu ibunya sakit. Muslimah itu tak ziarah ibunya kerana teringt pesan suaminya. Dtg lg org trbut mngatakan ibunya tlh mninggal dunia. Dia mnangis tetapi masih tak ziarah ibunya. Kemudian dia mimpi jika xsilap ana ibunya dimasukkan kedalam syurga asbab perbuatannya mntaati perinth suaminya
    about 9 months ago
  • Cahaya
    pendapat ukhti siti halija muhammad bakri

    kalo pada pendapat ana, itu cobaan buat anti dlm usaha mgalas isteri soleha.. sgalanya dtg dari Allah SWT.. anti sabar aja... lagi pula, suami anti sdh berse7 kan mahu mengantar anti bertemu ibu, jadi gak da masalahnya buat anti.. brsyukur krana suami anti itu lelaki yg pahami anti... ada masa, jenguk2 lah ibu anti itu, krana dia juga masih memerlukan anti sma macam ibu mertua anti... Alhamdulillah, ramai yg sygkn anti... harapan ana, bijak2 lah dlm hadapi permasalahan anti ini...smoga anti trus berbahagia brsama suami n keluarga...amin..
    about 9 months ago
  • Linda Chayank
    Syukron....iya ukhti......Amin...
    about 9 months ago
  • Cahaya
    by noraniza:
    pada pandangan saya, seharusnya kamu mengikhlaskan hati untuk mengikut suami tinggal bersama ibu mertua kamu kerana kamu sudah menjadi isteri kepada seorang suami dan seharusnya kamu berada dibawah tanggungjawab suami dan juga kamu mesti mendengar kata suami. Sekiranya kamu rindu ibu kamu, tidak salahnya kamu menghubunginya selalu dalam telefon dan sekali sekala kamu boleh pulang melawat ibu berdasarkan kepada janji suami yang akan menghantar kamu pulang...ini sahaja pandangan dari saya...moga kamu dapat memilih mana yang baik untuk kamu...wasalam..
Sumber : http://www.facebook.com/topic.php?uid=140114462680199&topic=190

Sunday, June 5, 2011

Doa atau ayat yang saya Amalkan ... epsd (1)

Assalamualaikum....

kali ni nk share tentang doa dan amalan ketika saya disahkan dan sedang pregnant.. kalau anda diluar sana ada yang ingin memberi pendapat, cadangan atau berkongsi amalan... Alhamdulillah..jemputlah masuk.... :)

Sebelum ini, saya telah mengalami 2 kali keguguran berturut... pada oktober lalu..saya disahkan mengandung kali ke-3. Masa ini saya berusaha juga dari segi menjaga kesihatan fizikal luar dan dalam. Contohnya saya terpaksa merehatkan diri dari team FUTSAL.... outdoor xtvt semua dibekukan. demi untuk mendapat zuriat .. :)

Seawal kandungan 3 minggu (seingat saya la kot) saya dah berjumpa dengan gyne untuk pemeriksaan dan mendapat nasihat. bukan itu saja.. saya gigihkan diri pergi dua klinik...private dan kerajaan..semuanya demi memastikan tiada masalah untuk kandungan ke-3 ini. Bukan itu saja, sebelum itu, saya juga berusaha dari segi perubatan kampung... (sukar untuk dijelaskan disini) tapi..iyala... tak salah kalau kita berusaha...janji jangan menjadi syirik sudahlah...(bukan bergantung pada bomoh semata yer..tapi mencari perubatan berpandukan ayat-ayat suci AL-Quran) sentiasa ingat ALLAH SWT itu Maha besar dan Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya...cuma kita perlu berusaha...

Ada 1 hari tu.. orang tua saya dikunjungi kenalan lama.. berborak punya borak.. mungkin terkeluar cerita saya dan sejarahnya.... hihihi..macam sejarah apa je ek..(buat suspen jer)... dan kebetulan kenalan parent saya ni tidak lokek ilmu. terus beliau beri sepotong ayat untuk saya amalkan ketika berbadan dua ini.... beliau tidak cakap lebih-lebih..tapi cuma minta amalkan ayat ini selepas solat fardhu... mungkin anda-anda juga boleh amalkan....

Bismillaahirrahmanirrahim...

أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

Diamalkan :

7 kali selepas solat fardhu
11 kali sebelum masuk waktu Maghrib...

Sebelum itu, ketika saya berusaha untuk pregnant lagi.. ada juga saya amalkan membaca surah Al-fatihah dan ayat Kursi....

Surah Al-Fatihah :



Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255):
Saya amalkan kedua-dua ayat ini beserta Selawat ke atas Nabi,..dan membacanya sambil mengusap bahagian perut dimana terletaknya rahim kita... perkara ini saya lakukan ketika saya hendak tidur.... dan tawakal lah pada Allah SWT yang Maha Mengetahui.... :) InsyaAllah...

itu saja buat masa ini....

wassalam...

Saturday, June 4, 2011

Jika syurga ganjarannya.....

Yer... Jika syurga adalah ganjarannya... Bersabarlah duhai hati... Memujuk hati memilih yang hakiki.. Akhirat sana suda, pasti.. Tp dimana kita ketika tu...? :: Pimpinlah aku ke syurga itu..... Tapi bukan membiarkan aku kesana berseorangan..... :: unknown

Thursday, June 2, 2011

Bila lagi giliran saya......?

Assalamualaikum......

ok... penah dengar tak tajuk di atas..?..haaaa..sesiapa yang sangat gemar menonton MAN LAKSA ...itu adalah salah 1 dialog dalam cerita tu...

hihihi.... kat opis ni, ramai yang peknan tahun ni... dan kebanyakan batch saya kali ni dah lepas.. dan selamat melahirkan... nak dijadikan cerita, mereka punya due lambat lagi..hampir semua after due date saya..tapi mereka dah selamat pon...lebih dulu dari saya.... hihihihi.... tak pe..rezeki mereka....

So, due date saya minggu depan.... saya masih bekerja. So..saya sabar menanti kehadiran Kurniaan daripada Allah SWT yang tak ternilai ini.... cepat atau lambat.. tidak kisah.. janji dia akan keluar jugak 1 hari nanti...

Semoga Allah SWT mengurniakan kami zuriat yang sihat dan sempurna, cukup sifat, dikurniakan umur yang panjang, akal yang bijak, sihat tubuh badan, panca indera yang baik, rupa bentuk yang baik...jadi anak yang soleh atau solehah dan bertaqwa juga beriman pada Allah SWT dan RasulNYA.... Jantina tu..tiada masalah bagi kami... almaklum.. anak sulung... hihihihi

Semoga Allah SWT mempermudahkan proses kelahiran ini nanti.... amin..

Wassalam...