Sunday, October 31, 2010

Monday yang emosi


yeah....pagi-pagi morning monday senin..wahhahahah...memang banyak kejutan...tapi bagi perkara itu bukanlah kejutan lagi... tapi tetap menjadi kejutan yang mempengaruhi emosi... manatidaknya..asal isnin jer MC..asala Monday jer MC.. ok faham..sakit tu tak kira hari atau masa...tapi... huh..susah nak cakap. Cuma yang baiknya.. sy perlu la berfikir positif..agar tidak mempengaruhi emosi saya yang kurang stabil sejak dua menjak ni....

ini lah akibat kalau paha sudah tidak laku..inikan pula dihulur betis..memang tak layan la.. haahha (ini peribahasa sy hentam saja....) tak pasal-pasal melibatkan emosi orang lain..tidak tahu lah sampai bila perkara ini akan berlaku sekaligus bila pulak nk berakhir???

mempelajari sesuatu dari apa yang terjadi pagi ini...betul kata pepatah/peribahasa melayu ::bahasa menunjukkan bangsa:: kalau hanya 1 perkara simple camni..boleh melepaskan bahasa kesat diruangan awam e.g fb, fs twitt etc... orang yang tak penah kenal kita pon leh judge kita by the BAHASA kan? owh no....amat mudah skali....

mood: susah nak makan ubat... kembang tekak...alahaiiii

Wednesday, October 27, 2010

rasa macam tak best

p/s : jika anda sedang makan atau nak mkn..jgn baca entry ini :)




pagi-pagi sy dah vomit...kuning yg pahit...aduh...sakit perut dan tekak..sampai office mkn lontong...aduh...dapat mkn nasi impit je 2-3 ketul pastu stop..tak tau la lontong tu pekat sgt..atau minyak bnyak giler? yang penting menjadikan tekak ini kembang... donno why...!

lepas mkn..cam biasa pagi² lepas mkn terus makan ubat plak.. 4 type of vit... tak penah2 rasa nk termun.....tapi kali ni..aduh..sehingga saat menaip entry ini pon tgh rasa memual... owh no..? morning sickness ker? isshh... tak pasti la plak... tapi sy sangat lapar sebenarnyer... mungkin salah makan kot..tu yg membuatkan saya berasa camni...

Tuesday, October 26, 2010

demam oh demam

dah baper ari ni..demam on of on offff.... kompius.. ini kah morning sickness atau ini demam selesema?? tapi rasanya demam selesema..hahahhaha... eh campur campur la kot.. ish..ish..

dah baper ari badan asyik berangin...sakit dada..kadang² cam susah nk napas.. kadang² tekan skit.. bruuppp..tak hengat...tekan ada lagi..tekan ada lagi..tekan ada lagi... hadohh.. apakah tandanya itu?
kadang-kadang juga mengganggu tido..sbb cam susah nak napas kan? kalau sendawa..memang bukan sekali dua... bederet deret..arrr sgt kurang sopan.. :-/

dan berapa ari juga badan seram sejuk...especially waktu pagi... mungkin aircon sgt tidak menyelesekan...kalau lah ini sintom morning sickness... aku redha je la..

to my baby yang solleh / solehah..ummi sanggup terima morning sickness itu..asalkan kamu selamat dan membesar dengan sihat didalam rahim ummi...kalau ada vitamin yang belum cukup..datang la kat mimpi ummi..bgtau... ummi kena makan buah ni banyak² ke.. tak moh makan pedas-pedas ker..atau ape² je la... heheh tapi mustahilkan?? :: ummi berseloroh je..but i mean it :) :: ummi nak pastikan kamu benar² cukup zat yang diperlukan...ummi dapat membesarkan kamu dlm kandungan dengan sihat dan sempurna hingga 9 bulan..dan Dengan izin Allah SWT tiba masanya selpas 9 bulan itu..kamu dilahirkan kedunia.. mungkin selepas itu rutin ummi dan baba akan berubah... :: kami sabar menanti saat itu... ;-) ::

hari-hari ummi berdoa agar kali ini rezeki berpihak pada ummi dan baba..berdoa agar kami dikurniaan zuriat yang sempurna sifat fizikal, sempurna akal dan fikiran, juga sihat walafiat.. menjadi hamba Allah SWT yang Solleh / Solehah dan menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab pada ummi & baba, Agama, Bangsa dan Negara... InsyaAllah..amin.
<--sgt admire kat baby mason..semoga anak ummi kuit cam dak ni..muahh

Thursday, October 21, 2010

going home at 3.00 a.m !!!!!!

Salam,

Semalam terkocoh kapah.sy nk settle balik..tapi masih under control... semalam terpaksa tumpang kak ezlin...nasib baik la.. kalau tak kena naik teksi.... ada perasaan takut skit nk naik teksi..almaklum macam-macam boleh jadi..tapi minta diellakkan perkara-perkara buruk itu dan mohon sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...

Mengikut perancangan..first skali nak cuti jumaat..tapi tak jadi..sangat MANYAKKK keje... sian plak kat bos kecik..sbb kawan sorang cuti.. so cancel la cooti sy.. jadi hari ini saya kerja dengan jayanya.... kenapa jaya?? sbb makan breakfast yang sangat pelbagai..hahahaha... verry theee...hehehehe..

Back to the story...about 3.00 a.m.... semalam tumpang kak lin..balik J.U.. balik umah Bonda..dan dengan harapan boleh request SOTO BONDA... tapi hampa..mana nk cekauu bahan²..takpelah... Ayahda pujuk...nntilah nak..ujung minggu suh bonda buat... yehuii..berbunga sikit ati acik ni..hahahahha..tapi ayaq liuq nk berkilo sih! apa ertinya..??? ini ker namanya ngidam....rasa time tak ngandong pon macam-macam nk makan.. tapi kali ni.. huh..memang bukan rezeki..dah baper minggu memang tak jumpa langsung soto nasik!! SEDIHHHH!!!! tak pe..pujuk hati... insyaAllah...1 hari dpat jugak soto nasik yang diidamkan.... ( topic ke laut lagi)

Semlam balik umah Bonda... En.Suami ckp nk jemput lebih kurang pukul 1.00 a.m.. huh?? tak pe sabar menanti..wah wah wah.. :) siap tetido... TARA pon sampai terlepas tgok..GERAM lagi!...
bila tersedar dari tido..jam dah kul 1 pagi..HP tak memberi apa² syarat pon.. huih..tik tok tik tok..dah masuk kul 2.pagi.... tik tok tik tok.. dah masuk 2.20 pagi..En. suami tidak dapat dihubungi...huuwwaaarr....PANIC ni!!!! (untuk memori..sy terhutang creadit -prepaid- dgn bonda sbb guna tepon dia tuk hubungi en. Suami..hehehhe) dalam kul 2.40 pagi ada isyarat dari maxis..malay translate.. no. 012dotdotdot..telah dapat sihubungi, wahh...sanggihh huuu..tepun sy pon takde reminder camtu..cepat² dial no. En. suami.. lom sempat ringing.. en. Suami call...huh Alhamdulillah..lega... dia bgtau..baru masuk kete nak balik..sorry tak dpat call sbb dalam studio takde coverage..(sy perlu berfikiran baik)

Tunggu punya tunggu.. kul 3.00 PAGI en. suami datang jemput.. kesian Ayahda..terpaksa jaga dari tido sbb nk hantar sy turun lif...(terima kasih ayahda).... kami pon balik...sampi umah..pinggan mangkok tu dah tak pandang..walaupun sakit mata tgok..huihsss... sebb sangat letih... @_@... ZzzzzZZzzZZZzz...

diluar topic:: kenapa dengan saya ek... rasanya emosi macam tak stabil je.. rasa macam tak boleh dengar bising-bising yang sgt annoying !!..kenapa dengan sy..?? :(... kenapa dengan sy..??!! nasihat untuk diri sendiri... kurangkan berseloroh dengan orang yang bergurau kasar @ cara kasar @ bahasa kasar.. sebab nnti diri sendiri yang terasa.. sometimes.. orang boleh guna bahasa/cara kasar bergurau dengan kita..dan kita cuba melayan dgn cara yang sama.. kadang² orang tak boleh terima pulak...begitu juga sebaliknya..moralnya..prepare la emosi dan mental yang secukupnya untuk bergurau dengan orang yang begini/begitu.. arrggggghh.

Monday, October 18, 2010

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

dipetik dari.. http://www.zaharuddin.net untuk sama-sama berkongsi ilmu & pengetahuan...Ribuan terima kasih buat ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

===~~~===

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.

Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.


MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM

Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?

Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Ia sangat nyata sebagaimana yang pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad dalam artikel saya sebelum ini . Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.

Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-

1) Ikhlas kerana Allah

2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.

Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.

APA ITU BERKAT ?

Setinggi-tinggi darjat insan soleh, dia mampu mengekang dirinya di ketika menyumbang dari terpengaruh oleh fikiran atau bisikan seperti, "apa balasannya di dunia"?.

Apa yang akan menjadi dorongan dan motivasi utama hanyalah apa yang bakal diperolehi di akhirat. Bukan ganjaran di dunia yag difikirkan. Apa yang diinginkan untuk dunianya hanyalah memperolehi rezeki yang BARAKAH atau berkat.

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-

هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.

Ertinya : iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla.

Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.



WHAT YOU GET BACK?

Hasilnya, ramai yang bertanya berkenaan ‘what will you get back?'

Bagi membuka minda kita semua akan bentuk-bentuk balasan yang mampu diperoleh hasil dari segala sumbangan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini. Secara ringkas, saya bahagikan ganjaran yang boleh diperolehi sejak dari alam dunia ini lagi, semua ganjaran-ganjaran ini mempunyai dalil dan athar yang tersendiri, namun bagi mengelakkan terlalu panjang, saya tidak menyertakan semua dalilnya. Balasan tersebut adalah seperti berikut :-

a. KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA

· Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak.

· Hati dan fikiran dikurniakan ketenangan yang akhirnya memberikan kesan positif kepada produktiviti kita di tempat kerja dan tugas, lalu mendapat kenaikan gaji dan pangkat.

b. KESIHATAN

· Allah selamatkan kita dan keluarga dari penyakit.

Nabi bersabda :

صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات

Ertinya : Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan)

· Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harat si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

· Dikurniakan zuriat yang sihat dan jika sakit sekalipun, ia tidak seteruk mereka yang lebih parah sakitnya.

c. HARTA

· Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

· Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

· Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.

· Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

· Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah yang disebut di dalam durah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai ayat seribu dinar :


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)

Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang untuk menjadi ‘BERTAQWA' sebagai jalan dibuka jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung' ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat taqwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, taqwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.

Ibn Abbas menegaskan maksud jalan keluar di atas sebagai jalan keluar dari perkara syubhat di dunia, jalan keluar untuk menghadapi kematian, dan kesukaran di hari kiamat. (Tafsir Al-Qurtubi)

d. SEKELILING YANG BAIK

· Dipermudah oleh Allah untuk berada di tempat dan persekitaran yang baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga.

· Kewujudannya menjadi pelopor kepada kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. Ia bertepatan dengan sebuah sabdaan Nabi:

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه

Ertinya : Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Riwayat Ibn Majah : Sohih )



KESIMPULAN

MashaAllah, terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah membalas baik sangka hambaNya dan amalan kebaikan hambaNya. Sama ada di dunia atau akhirat.

Lalu apa yang menjadi penghalang kini hanyalah ‘hati' masing-masing.

Jika hati itu masih belum mampu menyakini maha Pemurahnya Allah ta'ala.

Masih belum boleh menyakini Allah akan membalasnya.

Masih belum yakin wujudnya Allah dan ganjaran kebaikan-Nya.

Selagi itu, seseorang itu akan sentiasa dihambat pelbagai perasaan tamak, kedekut dan malas ketika ingin memberi.

Jalan awal penyakit tersebut adalah ‘malas' dan dikuti berterusan melakukan dosa dan berasa jalan ‘dosa' itu adalah cara pendapatan yang terbaik baginya.

Saya teringat, tatkala saya mengingatkan orang ramai perihal pelaburan haram, skim haram, skim cepat kaya, money game, skim piramid wang, MLM yang haram dan sebagainya, lalu berteriaklah beberapa orang yang tidak berpuas hati seraya berkata :

"Kami orang susah, ustaz bolehlah kata itu dan ini...cuba ustaz duduk di tempat kami selaku individu yang kurang berpendidikan, kerja berat tapi gaji sedikit. Itulah sahaja cara yang mudah untuk kami menambah pendapatan"

Individu seperti ini tidak sama sekali sedar, keterlibatannya dalam perkara haram HANYA AKAN LEBIH MENAMBAH JAUHNYA DIA DARI SEBARANG REZEKI HARTA DAN KETENANGAN. Nabi pernah bersabda :

لا يزيد في العمر إلا البرولا يرد القدر إلا بالدعاء وإن الرجل ليحرم الرزق للخطيئة يعملها

Ertinya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan[1], dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Justeru, jangan jadikan posisi kesukaran diri di waktu ini sebagai excuse untuk melibatkan diri dalam perkara yang haram, kerana ia sama sekali bukan jalan keluar tetapi ia jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri dan keluarga.

Imam Ibn Kathir pernah mengulas bahawa apabila manusia melupakan soal dosa pahala dalam harta dan kehidupan mereka maka

وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Ertinya : Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan (Al-A'raf : 96 )

PERKEMBANGAN POTENSI, JANGAN ASYIK MEMBUAT ‘EXCUSE'

Apa yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan duit simpanannya untuk mempelajari ilmu yang boleh digunakan untuk memperkembang potensi diri, bukan dengan menceburi skim-skim haram itu. Dan kemudian mengemukan alas an serta excuses yang pelbagai. Lihat ulama tabi'en berkata :

من طلب العلم تكفل الله برزقه

Ertinya : Barangsiapa yang menuntut ilmu Allah seolah telah menjamin rezekinya ( Kanzul Ummal, 10/139)

Ilmu itulah yang akan menerangkan kita jalan untuk bekerja dengan sebaik mungkin, dalam keadaan halal dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki. Semua ini perlu dilakukan tanpa malas. Atas dasar itu Nabi mengingatkan :-

لو أنكم توكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً

Ertinya : Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang.

Para ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakkal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu dan bersungguh dan sesudah itu bersangka baik kepada Allah.

Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah, Allah akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.


p/s : saya sukakan artikel ini kadang kala-kala saya baca berulang kali... masih terus mencari ilmu untuk memperbaiki diri...inysaAllah. terima kasih sekali lagi buat ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang berkongsi ilmu ini...

Sunday, October 17, 2010

Pandai Mendengar Kurang Bijak Bercakap

KALAU Tuhan mahu, Tuhan boleh beri manusia satu telinga dan dua mulut, tetapi Tuhan beri sebaliknya. Barangkali dengan pemberian itu manusia akan mengerti bahawa kita patut lebih banyak membuka telinga kita daripada membuka mulut kita.

Tetapi ramai daripada kita salah sangka. Kita menyangka kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran bercakap untuk mengemukakan pendapat, pemikiran dan perasaan dengan betul dan dengan terus terang. Jadi kita selalu digalakkan oleh penceramah-penceramah supaya jangan takut bercakap kerana bercakap itu baik, begitu kata mereka.

Mereka berkata kepada kita, Nyatakan perasaan anda. Jangan pendamkan perasan. Cakaplah... Anda jangan takut untuk menyatakan apa yang anda rasa. Anda mesti berani berterus terang! Begitulah lebih kurang bunyi galakan bercakap yang kerap kita dengar daripada para penceramah. Kita belum mendengar penceramah-penceramah menggalakkan kita supaya berhenti bercakap dan banyakkan diam.

Di sekolah, kanak-kanak dilatih supaya pandai bercakap. Sekolah mengadakan berbagai-bagai aktiviti dan galakan bercakap. Pelbagai pertandingan dan hadiah disediakan oleh sekolah untuk menggalakkan kita berani bercakap. Di sekolah tidak ada hadiah disediakan untuk kanak-kanak yang menang dalam pertandingan mendengar. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan lulusan sekolah tidak mempunyai kemahiran
mendengar.

Seorang manusia yang dianggap paling pintar ialah seorang lelaki. Dia hanya mula boleh bercakap apabila umurnya hampir empat tahun. Namanya ialah Albert Einstein. Tetapi kita selalu keliru, kita sangka orang yang pandai bercakap adalah orang yang banyak ilmu dan orang yang pintar. Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang pandai bercakap berasa suka hati kerana percaya mereka mendapat anak
yang pintar.

Pakar-pakar mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih cepat pandai bercakap dibandingkan dengan anak kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan juga lebih petah bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki.

Kajian pakar-pakar komunikasi mendapati wujudnya perkaitan yang kuat antara kejayaan seseorang dengan kemahirannya mendengar. Mereka mendapati orang-orang yang mengalami banyak kegagalan mempunyai kemahiran yang lebih rendah daripada orang-orang yang berjaya. Fenomena ini berlaku baik di dalam bidang kerjaya mahupun di dalam bidang perhubungan peribadi.

Didapati pengurus-pengurus yang berjaya mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi. Mereka juga mendapati orang-orang yang berjaya di dalam percintaan dan perkahwinan adalah orang-orang yangmahir mendengar.

Adalah susah apabila kita mahu bercakap dan mendengar serentak. Sama susahnya kalau kita cuba berdiri dan baring serentak. Nampaknya kita tidak ada pilihan. Kalau mahu mendengar kita mesti diam. Apabila kita sangat pandai bercakap (seperti halnya dengan ramai isteri yang bermasalah) bilakah masanya kita hendak mendengar? Padahal mendengar mempunyai fungsi-fungsi yang sangat penting.

Fungsi mendengar ialah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang, menjalin hubungan, untuk berseronok dan untuk menolong orang lain.

Mendengar Untuk Belajar:

Apabila kita pandai mendengar, kita akan pandai belajar. Isteri yang banyak mendengar suaminya akan banyak belajar tentang hati dan jiwa suaminya. Sesiapa yang sibuk bercakap tidak belajar. Dalam konteks komunikasi, kita mendengar untuk memahami orang-orang lain, untuk memahami diri sendiri, memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada kita, untuk memahami alam dan untuk belajar daripada orang-orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui ataupun yang tidak pernah kita alami lagi.

Dalam konteks hubungan suami isteri, kita mendengar untuk belajar tentang diri pasangan kita. Jika seseorang isteri mendengar suaminya bercakap, dia berpeluang belajar mengenali 'siapa' suaminya. Ramai isteri yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih berkata mereka
tidak faham suaminya.

Mendengar Untuk Menjalin Hubungan:

Manusia lebih suka mendengar suaranya sendiri. Bunyi yang paling sedap di telinga kita ialah bunyi-bunyi yang kita keluarkan daripada mulut kita sendiri. Bukan bunyi-bunyi yang keluar daripada mulutorang lain. Patutlah jualan mesin kara-o-ke sangat laris. Ciptaan itu memberi manusia peluang mendengar suaranya sendiri. Fitrah inilah yang menyebabkan manusia lebih suka kepada orang-orang yang memberi dia peluang mendengar suaranya sendiri.

Apabila kita banyakkan mendengar orang lain bercakap, lebih mudah bagi kita menjalin, mengekalkan, dan mencipta hubungan kasih sayang yang memuaskan kedua-dua belah pihak. Hubungan baik dan mesra itu terjalin kerana orang yang didengar suka menerima kehadiran si pendengar. Fakta ini disahkan oleh kajian pakar-pakar komunikasi interpersonal yang mendapati bahawa manusia suka kepada manusia-manusia lain yang mahu mendengar mereka bercakap.

Dalam konteks hubungan suami isteri, apabila si isteri pandai mendengar suaminya bercakap, suaminya akan berasa dirinya diminati oleh isterinya. Akibatnya si suami akan lebih rajin bercakap-cakap, berbual-bual, berunding dan mengadu kepada isterinya. Akibatnya si suami akan menghargai hubungan mereka berdua. Suami yang seperti ini akan lebih terbuka untuk mendengar giliran isterinya pula bercakap. Inilah faktor yang menyebabkan kedua-dua belah pihak mendapat banyak rasa kepuasan dalam hubungan mereka.

Mendengar Untuk Mempengaruhi:

Ramai isteri mengadu suami mereka tidak mahu mendengar cakap mereka. Akibatnya hubungan mereka selalu tegang dan mereka tidak puas. Kata seorang isteri 'berrcakap dengan tunggul lebih baik! Ramai isteri
yakin cara untuk mempengaruhi suami mereka ialah dengan cara bercakap kepada suami mereka.

Sebenarnya, bercakap bukanlah cara yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Sebaliknya diam dan mendengar adalah strategi yang lebih berkesan. Apabila seseorang isteri itu pandai mendengar, lebih mudah baginya mempengaruhi sikap dan tingkah-laku si suami. Kajian mendapati orang yang didengar akan menghormati orang yang suka mendengarnya bercakap. Didorong oleh rasa hormat, mereka tidakbersikap defensif, oleh itu mereka mudah menerima pandangan dan idea-idea orang yang dihormatinya. Sebagai contoh, kajian menunjukkan orang-orang bawahan lebih terbuka mendengar pendapat ketua yang pada pandangan mereka mahu mendengar dengan teliti dan prihatin apa yang mereka kemukakan.

Mendengar Untuk Berseronok:

Rasa seronok ialah pendorong yang sangat berkesan. Lelaki suka berada di rumah selagi rumah memberi dia keseronokan. Kita menyukai seseorang selagi orang itu menyeronokkan kita. Apabila sesuatu itu menimbulkan rasa seronok, kita suka melakukannya. Kita suka mendengar cerita-cerita, lawak-jenaka, gurau senda dan perbualan kosong daripada rakan-rakan kita semata-mata kerana hendak berseronok-seronok dengan mereka. Kita hendak menikmati kehadiran mereka, dan kita seronok dengan aktiviti perbualan itu. Ini kita lakukan dengan cara mendengar apa-apa sahaja yang mereka ceritakan tanpa bersikap kritikal ataupun tanpa menilai apa yang kita dengar.

Kemahiran mendengar untuk berseronok adalah unsur utama yang diperlukan di dalam aktiviti gurau senda. Ramai wanita tidak mempunyai kemahiran mendengar jenis ini. Mereka tidak pandai membezakan kata-kata yang dimaksudkan untuk bersenda semata-mata dengan kata-kata yang serius. Mereka cenderung menganggap semua kata-kata suami adalah bermaksud serius. Akibatnya mereka bersikap kritikal terhadap cakap suami. Sebaik-baik si isteri bersikap kritikal, matilah nafsu suami untuk melawak dan bersenda dengan isterinya.

Mendengar Untuk Menolong:

Ada kalanya dengan cara mendengar kita dapat menolong orang lain kerana kita dapat merasakan apa yang mereka rasakan dan kita dapat berfikir dengan menggunakan sudut pandangan mereka. Bagi tujuan ini,
kemahiran mendengar yang digunakan ialah kemahiran mendengar secara empati.

Panduan Mendengar:

Orang yang bercakap dengan kita bercakap menggunakan dua jenis bahasa, iaitu bahasa mulut dan juga bahasa badan. Untuk memahami apa yang dikatakannya lakukan perkara-perkara berikut:

1. Beri tumpuan kepada kata-kata orang itu dan juga kepada gerak-geri bahasa badannya.

2. Dengar apa yang dikatakannya, dan dengar juga apa yang tidak dikatakannya.

3. Tumpukan perhatian kepada orang itu. Jangan sibuk memikirkan apa yang kita sendiri hendak katakan.

4. Jangan suka mencelah cakapnya. Jangan ''berebut mikrofon'' kata pepatah moden. Tunggu sampai dia habis bercakap, baru kita pula bercakap.

5. Jangan pedulikan gangguan-gangguan yang ada semasa kita sedang mendengar dia bercakap.

6. Fahami apa kata orang itu daripada sudut pandangannya. Jangan tafsirkan kata-katanya daripada sudut pandangan kita.

7. Tunjukkan sikap dukungan kepada orang itu dengan berkata seperti ''hm.... hm....'' dan gerak-geri seperti mengangguk- anggukkan kepala.

8. Banyakkan bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

Banyak perkara yang kita buat menghalang kita daripada mendengar secara yang berkesan. Perbuatan-perbuatan itu ialah:

1. Kita cuma hendak mendengar apa-apa maklumat yang dapat kita jadikan peluru untuk menembak orang itu semula. Maklumat-maklumat lain, walaupun relevan, kita buang ke tepi.

2. Pura-pura mendengar, iaitu kita berlakon seolah-olah kita berminat mendengar apa yang dikatakan oleh orang itu, tapi sebenarnya otak kita di tempat lain.

3. Membuat penilaian, rumusan dan keputusan walaupun orang itu belum habis bercakap.

4. Sibuk memikirkan apa yang ada dalam kepala kita, bukannya sibuk mendengar orang itu bercakap. Kita berasa fikiran kita lebih penting daripada apa yang orang itu fikirkan dan rasakan.

5. Sibuk bercakap, bukan sibuk mendengar. Pantang orang itu berhenti sekejap menarik nafas, kita pun terus mencelah.

6. Tidak minat mendengar kata-kata orang itu kerana kita dia akan mengatakan apa-apa yang kita tidak suka dengar.

Ramai isteri yang sangat petah bercakap kepada suami. Mereka juga tidak suka mendengar cakap suami. Mereka pandai menjawab suami. Kata pepatah Melayu, Kita cakap satu, dia jawab sepuluh. Mereka mahu suami mendengar cakap mereka.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa tidak ada perkaitan antara kemahiran bercakap dengan kemahiran mendengar. Ramai orang yang pandai bercakap sebenarnya sangat B.o.doh mendengar. Ramai orang yang B.o.doh bercakap, pandai mendengar. Jadi, kalau kita rasa kita pandai bercakap, besar kemungkinannya kita B.o.doh mendengar.


bahan bacaan dari : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-74722.html
(terima kasih buat insan yg berkongsi ilmu ini)

Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah.... Syukur Padamu Ya ALLAH...

Alhamdulillah.... Syukur Padamu Ya ALLAH.....

betul-betul bersyukur pada Allah SWT.. dan samgat-sangat berterima kasih pada kawan-kawan yang turut mendoakan usaha kami untuk mendapat zuriat..semalamm.. 13 oct 2010 semperna birthday girl Lubaina.. dia paksa buat PT (Pregnancy test) siap bagi 1 set PT..hihi ok lah.. memenuhi kehendak pn.lulu aku pon try la buat... BEDEBAR-DEBAR sih! buat jugak..memula cam tak nmpak pape.. tapi last last.. huh.. menggeletar babe! tgok result! rasa cam nk lompat! lompat!.. tapi cover.. ini toilet Office.. bukan rumah sendiri...

cover muka yg over excited ni.. gi amik HP kat suami ( Almaklum NOrKIA aku rosak) amik gambo result tu..sblm dibuang..takkan aku nk simpan kat opis kan?

settle keje aku kat toilet.. call asben ckp suh amik balik hp dia...urmm.. selang baper minit..tepacul depan kaunter ni.. bla bla bla.. dia dah blah... aku gtalk la kat dia..soh tgok gambo dlm hp dia.. hehhe....

jeng jeng jeng.... dia reply... erkkkk.....demam...! hahahhaha.. itu tandanya dia tekejut.. dan happy la kot... tq la kat lulu yg bg harapan kekunun.... seb baik positif.. klu tak kecewas weiii.....

harap-harap.. kali ni adalah yang terbaik......dan berdoa.. agar rezeki kali ni berpihak pada kami.. InsyaAllah...amiin...

Tuesday, October 12, 2010

CIk NOrKIA yang tidak sihat

‎:: Cik NOrKIA sy tidak sihat..telah dihantar ke mobilephone clinic untuk beberapa minggu...ini akibat asyik menyebut pasal buah epal je lately ni..pandai jugak NOrKIA merajuk.. tak macam anak lelaki eric yang kental bodynya.... MOoD : sepi tanpa HP.. kikiki ! :: <-- ini ialah status aku di fb... yeah.. HP tiba2 padam..tetibe jer...

dah ler kena tggal kat kedai seminggu paling cepat..sebulan pon bole jadi. Aiyak!! apa bole buat..memang sepi la tak pakai HP.. HP anak lelaki Eric adik aku pinjam..huh...

eh sepi sih..tanpa HP..akekeeke

Thursday, October 7, 2010

DOA Hari Ini

Ya Allah Ya Tuhan Kami, berilah cahaya pada hati kami, lidah kami, penglihatan kami, pendengaran kami, di kanan kami, di kiri kami, di atas kami, di bawah kami, di hadapan kami, di belakang kami, dan pada diri-diri kami. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Allah, sesungguhnya kami termasuk golongan orang yang menzalimi diri sendiri.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup, yang Berdiri dengan Sendiri, rahmatMu jua kami memohon pertolongan.

Ya Allah, rahmatMu jua yang kami harap, maka janganlah engkau serahkan kami untuk mencelikkan diri kami walau sekelip mata sekalipun, baikilah kedudukan kami kesemuanya, tiada Tuhan melainkan Engkau jua.

Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu, anak kepada hambaMu, ubun kami di atas kekuasaanMu, telah berlakulah kepada kami hukumanMu, adillah hukumanMu, kami memohon kepadaMu melalui segala namaMu, yang Engkau berikan nama pada diriMu, atau yang telah Engkau turunkan pada kitabMu, atau yang telah Engkau ajarkan pada salah seorang daripada makhlukMu, atau yang telah Engkau simpan pada ilmu-ilmu ghaib disisiMu, supaya Engkau jadikan Quran itu sebagai penenang hati-hati kami, sebagai cahaya hati kami, pembuka dukacita kami dan penghilang kerisauan kami.

Terima kasih buat pengarang/pemilik..cahayamukmin.blogspot.com kerana berkongsi doa ini...

Tuesday, October 5, 2010

Lagu: Kalau Berpacaran

Apabila kata-kata difikirkan oleh mulut bukan otak

Jem..Jem.. Jem Lagi..!

Pagi ni rasa cam dah awal dah keluar umah.. kira cam biasalah.. tapi pesal arr jem tak hengat dunia...banyak pulak kete.. dari 2 line jadi 3 line.. eh.. apa dah jadi!??! Pastu diorang ni korek korek..tampal la jalan tu leklok.. tapi yer la..dari sudut positifnya mungkn diorang ni nak menambahbaik saluran bla bla bla bla....

tapi yang tak tahan tu..bila orang yg susah nk mengucapkan Astsagfirullaalazim.. tak abes abes.. ayat yg pedih aku dgr.. memang benci... sabar je la aku dibuatnyer. Dan dan jugak lah nk itu lah ini la.. tem ada masa lapang tak pk plak benda2 tu semua.. hadoii....eee geram lah.. eh GERAMLAH!